Tak apalah, tangkap sahajalah Aduka Taruna tu, sebab menghasut, tetapi saya pasti ramai rakyat Malaysia juga ternanti-nantikan apakah yang dah jadi dengan siasatan oleh PDRM mengenai kes 1MDB?
Bukan apa, Bank Negara dah berikan hasil siasatan pada bulan September 2015, walaupun siasatan yang terperinci, tetapi Peguam Negara buang kes ini tanpa mempedulikan di manakah wang USD 1.83 bilion pinjaman murabahah oleh 1MDB kepada Petrosaudi sebelum ini. Bukannya apa, rakyat nak tahulah, mana dia wang USD 1.83 bilion itu, lebih-lebih lagi 1MDB mengumumkan bahawa wang pinjaman murabahah itu dan dibayar semula oleh Petrosaudi berserta 'keuntungan' sebanyak USD 488 juta, maka di manakah wang itu?
Peguam Negara telah buang kes ini kerana hanya lihat pada isu borang sahaja, tapi tak pedulikan wang yang hilang itu, ini pun jenis spesis cari makan juga, macam Pengerusi PAC.
Kemudian SPRM juga telah mengemukakan laporan siasatan mengenai SRC International, berhubung isu siasatan RM 2.63 bilion dalam akaun peribadi Najib pula, pihak SPRM telah mengemukakan permohonan untuk pihak Peguam Negara menyelaraskan MLA (Mutual Legal Assistance) supaya dapat menyiasat saksi-saksi di luar negara serta mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan dari pihak-pihak institusi di luar negara.
Berhubung siasatan oleh SPRM ini, Peguam Negara beri 'jaminan' bahawa akan dijalankan dengan teliti, tak tahulah seteliti mana dan tak tahulah boleh percaya ke dengan jaminan Peguam Negara itu.
Berhubung isu permohonan supaya Peguam Negara menyelaraskan MLA dengan pihak agensi luar negara, tak tahulah apakah pihak Peguam Negara akan beri kerjasama atau tidak atau akan beri macam-macam alasan untuk panjangkan siasatan kes ini atau untuk terus gagalkan kes ini, sama-samalah kita nantikan.
Sekarang ni, hanya PDRM sahaja yang masih belum beri hasil siasatan mereka, malahan tak diketahuilah apakah yang sebenarnya disiasat oleh PDRM, malahan tak tahulah apakah PDRM memang menyiasat kes ini atau sebaliknya, bukan apa, PDRM lebih sibuk kacau siasatan Bank Negara Malaysia dan siasatan oleh SPRM sebelum ini, malahan pegawai-pegawai kanan PDRM pun asyik bertukar, malahan tempat fail pun terbakar sebelum ini.
Ketua Polis Negara tak pernah pun memberi pengumuman rasmi mengenai hasil siasatan mereka, paling kurang berilah dah berapa peratus siasah dah dibuat, dan dalam berapa lama lagi diperlukan untuk laporan lengkap hasil sisatan dihantar ke pejabat Peguam Negara, bukannya orang nak tau detail sangat pun, cuma nak tau status sahajalah, tetapi ini pun tak dapat dibuat oleh Ketua Polis Negara.
Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Negara diharap dapat bertindak dengan cepat dan teliti serta menjalankan tugas dengan amanah, ingat bahawa gaji awak itu dibayar oleh wang cukai dan wang milik negara, maka bekerjalah untuk kepentingan negara dan rakyat, bukannya terus melindungi kegiatan salah kerana nak melindungi permimpin dengan niat membodek supaya disambung kontrak.
Tak tahulah, apakah siasatan oleh PDRM ini akan selesai sebelum kontrak Khalid Abu Bakar di tamat atau hingga dah tamat kontrak pun masih tak selesai-selesai juga, entah-entah siasatan pun tak jalan, auta sahajalah yang lebih.
Tak apalah, tangkap sahajalah Aduka Taruna tu, sebab menghasut, tetapi saya pasti ramai rakyat Malaysia juga ternanti-nantikan apakah yang dah jadi dengan siasatan oleh PDRM mengenai kes 1MDB?
BalasPadamBukan apa, Bank Negara dah berikan hasil siasatan pada bulan September 2015, walaupun siasatan yang terperinci, tetapi Peguam Negara buang kes ini tanpa mempedulikan di manakah wang USD 1.83 bilion pinjaman murabahah oleh 1MDB kepada Petrosaudi sebelum ini. Bukannya apa, rakyat nak tahulah, mana dia wang USD 1.83 bilion itu, lebih-lebih lagi 1MDB mengumumkan bahawa wang pinjaman murabahah itu dan dibayar semula oleh Petrosaudi berserta 'keuntungan' sebanyak USD 488 juta, maka di manakah wang itu?
Peguam Negara telah buang kes ini kerana hanya lihat pada isu borang sahaja, tapi tak pedulikan wang yang hilang itu, ini pun jenis spesis cari makan juga, macam Pengerusi PAC.
Kemudian SPRM juga telah mengemukakan laporan siasatan mengenai SRC International, berhubung isu siasatan RM 2.63 bilion dalam akaun peribadi Najib pula, pihak SPRM telah mengemukakan permohonan untuk pihak Peguam Negara menyelaraskan MLA (Mutual Legal Assistance) supaya dapat menyiasat saksi-saksi di luar negara serta mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan dari pihak-pihak institusi di luar negara.
Berhubung siasatan oleh SPRM ini, Peguam Negara beri 'jaminan' bahawa akan dijalankan dengan teliti, tak tahulah seteliti mana dan tak tahulah boleh percaya ke dengan jaminan Peguam Negara itu.
Berhubung isu permohonan supaya Peguam Negara menyelaraskan MLA dengan pihak agensi luar negara, tak tahulah apakah pihak Peguam Negara akan beri kerjasama atau tidak atau akan beri macam-macam alasan untuk panjangkan siasatan kes ini atau untuk terus gagalkan kes ini, sama-samalah kita nantikan.
Sekarang ni, hanya PDRM sahaja yang masih belum beri hasil siasatan mereka, malahan tak diketahuilah apakah yang sebenarnya disiasat oleh PDRM, malahan tak tahulah apakah PDRM memang menyiasat kes ini atau sebaliknya, bukan apa, PDRM lebih sibuk kacau siasatan Bank Negara Malaysia dan siasatan oleh SPRM sebelum ini, malahan pegawai-pegawai kanan PDRM pun asyik bertukar, malahan tempat fail pun terbakar sebelum ini.
Ketua Polis Negara tak pernah pun memberi pengumuman rasmi mengenai hasil siasatan mereka, paling kurang berilah dah berapa peratus siasah dah dibuat, dan dalam berapa lama lagi diperlukan untuk laporan lengkap hasil sisatan dihantar ke pejabat Peguam Negara, bukannya orang nak tau detail sangat pun, cuma nak tau status sahajalah, tetapi ini pun tak dapat dibuat oleh Ketua Polis Negara.
Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Negara diharap dapat bertindak dengan cepat dan teliti serta menjalankan tugas dengan amanah, ingat bahawa gaji awak itu dibayar oleh wang cukai dan wang milik negara, maka bekerjalah untuk kepentingan negara dan rakyat, bukannya terus melindungi kegiatan salah kerana nak melindungi permimpin dengan niat membodek supaya disambung kontrak.
Tak tahulah, apakah siasatan oleh PDRM ini akan selesai sebelum kontrak Khalid Abu Bakar di tamat atau hingga dah tamat kontrak pun masih tak selesai-selesai juga, entah-entah siasatan pun tak jalan, auta sahajalah yang lebih.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar