Ahad, 31 Januari 2016

Jumpa, Nilai & Putus..!


Jemaah Diraja mana ada pilihan? apa pun Jemaah Diraja berhak memanggil setiap ADUN untuk mendengar, meneliti dan menilai seterusnya membuat keputusan..! Keputusan pun cuma tukar atau tidak dan memperakui calon yang dicadangkan..! Mana ada pilihan..!

Jemaah Diraja Kedah dilaporkan meminta satu pertemuan diadakan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) pada Isnin bagi menyelesaikan isu menteri besar di negeri itu, menurut akhbar The Star hari ini.
Akhbar bahasa Inggeris itu melaporkan, jemaah itu akan menemui semua 21 wakil rakyat, termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, secara berasingan.
Memetik sumber politik, akhbar itu berkata, perjumpaan yang akan diadakan di Alor Star itu bagi membolehkan jemaah menilai sama ada majoriti Adun BN menyokong rancangan menukar menteri besar tersebut.
Mereka memberitahu akhbar itu, jemaah terpaksa bertindak kerana Mukhriz enggan meletak jawatan sebagai menteri besar.
Media mengeluarkan laporan yang berbeza-beza mengenai nama calon menteri besar yang dikemukakan kepada jemaah diraja itu, dengan Berita Harian mengatakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah tidak termasuk dalam senarai.
Memetik sumber yang tidak dinamakan, akhbar itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan tiga wakil rakyat – Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak), Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid (Ayer Hangat) dan Datuk Azmi Che Hussin (Bayu).
Bagaimanapun, The Star pada Ahad berkata, hanya nama Ahmad Bashah yang dikemukakan ketika presiden Umno itu menghadap istana Kedah pada Jumaat.
Pada sidang media 20 Januari lalu, Ahmad Bashah berkata, Mukhriz gagal menyatukan parti dan jentera di Kedah, dan tidak menyediakan strategi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, 14 bahagian dan sayap pemimpin di negeri itu mahu Najib campur tangan untuk menurunkan Mukhriz.
Menurut laporan media, 19 Adun Umno menandatangani kenyataan bersumpah menyokong penyingkiran Mukhriz.
Laporan itu juga berkata, istana meminta surat rasmi mengenai status Mukhriz dalam Umno, dan Mukhriz dikatakan sudah dipanggil menghadap pada pukul 4 petang Jumaat.
Pada Jumaat, Najib mengumumkan pertemuannya dengan Jemaah Diraja Kedah itu berjalan lancar dan senarai cadangan calon menggantikan Mukhriz sudah dikemukakan dan tidak ditolak istana.
Beliau tidak mendedahkan senarai nama itu dan berkata, Mukhriz akan kekal sebagai menteri besar Kedah dan ketua Umno negeri itu sehingga diberitahu kelak.
Apapun cara Jemaah Diraja itulah yang terbaik..! bukannya terbalik..! putus, nilai baru jumpa..! Kan kalut..! Suka sangat buat kerja terbalik macam suka mengundang terbalik..!
Memang nak terbalik kot???
Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. Dalam hal Mukhriz ni aku pun sebenarnya rasa tak berapa setuju Mukhriz disingkirkan, walau pun aku bukan org Kedah.
    Pada aku Mukhriz banyak bersangka baik dlm berpolitik. Tapi cara dia ni tak menjamin kedudukan dia.

    Dlm politik apabila kita dah ada kedudukan politik, kita kena pastikan kita ada KUASA POLITIK. Kuasa ni kita kena pandai aturkan sendiri krn dia tidak datang secara pakej dgn kedudukan politik.

    Ayam jaguh tua expired bapak dia cerdik, dia ada dan pegang kedua-duanya selama 22 thn. Tapi Mukhriz ambik ringan ttg kuasa politik walau dah dapat kedudukan politik. Itu silap dia.

    Tapi ayam jaguh tua expired tu ingat bila dia dah keluar gelanggang sabung, ayam jaguh masakini takut dengar gertak kokok dia. Rupanya tidak. Dia tak ada kuasa nak kokok gertak ayam jaguh baru utk jgn buru anak dia dari gelanggang sabung.
    Dgn ayam lalok sblm ni dia boleh tunjuk hero/samseng lah, tapi bukan ayam jaguh semasa.

    Ayam jaguh masakini dlm senyap sikit-demi-sikit dah perkukuhkan kuasa politik dia, ambik cth apa yg ayam jaguh tua expired lakukan masa dia bertakhta jadi jaguh gelanggang sabung.

    Krn sbb tu lah zikir harian pemakan dedak expired yg dia bela "BILA NAK SAMAN?", "1MDB", "RM2.6B" tak berapa nak mendapat ganjaran yg diharapkan. Hampir gagal.
    Last-last anak sendiri kemungkinan besar hilang kedudukan politik (kena patuk keluar gelanggang).

    Begitulah jadinya bila ego telah menguasai minda, ingatkan diri agung selamanya. Rupanya tidak.

    BalasPadam
  2. Azeez raheem ni padukang, kerjanya tlg org tipu org! Buat kerja dpn kamera, azeez 10%

    BalasPadam
  3. Jom pakat pi dengaq mukhriz berucap kat stadium darulaman mlm esok...selepas sesi 20 adun Bn jumpa jemaah pemangku sultan ptg esok...sahih gamat stadium

    BalasPadam
  4. Esok Insya Allah Mukhriz bukan lagi MB Kedah.
    Ucapan haram di stadium esok akan dihadiri oleh mat2 rempit, mat2 pit, puak2 yang muflis seperti khairudin, apalah sgt bagi anak lord mcm Mukhiz untuk rasuah rokok sekotak dua dengan duit minyak moto untuk penjilat2nya di Jerlun tu...

    Org Jerlun baru kenai Mukhriz sehari dua ni ja.. dulu kelepiaq mana Mukhriz mai punnn..

    Esok kita tgk berapa puluh ribu penyokong ex'MB Part Time' Kedah..

    Jemaah Pemangku Menteri mau jumpa setiap ADUN mugkin untuk dapatkan maklumat untk pilih siapa jadi MB full Time Kedah.. bukan soal nak pertimbangkan Mukhriz sbg MB lagi.. harap cai dedak expired usah kaitkan isu ini dengan NAjib atau pihak lain kecuali Madey Kutty( kerana byk cantas org untuk hampar karpet pada Mukhelis)..kerana ini pilihan 14 ketua BAhagian di Kedah.

    Org luaq boleh lah mai ramai2 sokong Mukelis. rasanya org Kedah takdak nak habis masa mai stadium... esok pulak hari kerja... hang ckp lah2 puas2 Mukelis oii.. ajak depa jatuhkan NAjib sama.. ada berani???

    alang2 bg gamat betui2 tak payah duk berlakon alim tarik tali. cai2 tun mamak mesti ramai esok..kunun2 lah bapak mamak mesti turun punye..

    BalasPadam
  5. Rimas Tengok Politik Huruhara Org Melayu31 Januari 2016 pada 11:29 PTG

    Aku tak kenal Mukhriz secara peribadi, tapi aku percaya dia ni ikhlas dlm memimpin.

    Hanya kerana bapak dia yg buat huruhara dan tunjuk belang, kepimpinan anak dia yg jadi hancus. Org tua-tua dan guru selalu cakap, jgn buat tak baik atau cerita buruk ttg org lain, nanti Tuhan bukak pulak keburukan diri kita sendiri atau timpakan keburukan pada kita. Kalau tak kena dgn kita, anak cucu kita yg kena.

    Sbb tu eloklah kita selalu beringat dan ingat-mengingat.

    Mukhriz dan Mahathir mungkin ada pengikut sendiri, tapi dia tak ada kuasa politik penentu mcm yg pemberi komen kat atas tu tulis. Walau sokongan melimpah stadium pun, keadaan tak dapat menjamin kedudukan krn yg menentukan adalah siapa yg ada kuasa politik.

    Mcm manapun harap Mukhriz kekal sbg MB kalau ada rezekinya lagi utk berkhidmat.

    BalasPadam
  6. Ada yang taksub KETERLALUAN pada Mukhriz.... sampai doa tok sami SIAM pun depa canang cerita..kunun nak habaq sakannya 'sokongan' pada Mukrizn... mcm mulia mcm wali dah laaa Mukeliss ni. tp syg org Jerlun tak pernah kenai life style sebenar keluarga Mukelis. Kebaratan, kekayaan luar biasa.. dia kerja apa sebelum ni rumah macam Istana hinggap Sultan.
    Mukhriz ni org KL..bukan org Kedah pun.. tapi demi nak memanjat cepat naik takhta UMNO. gagah pi la belakon jadi org Kedah.. sampai senget mulut ckp loghat Kedah...MACAM TAKDAK DAH PEMIMPIN LAIN DI KEDAH NI LAYAK JD MB..??? Org kaya KL biasa mewah ala raja mcm Mukelis ni lama mana mau duk berdamping dengan org Jerlun selut bendang? Sekali skali tnjuk muka bolehlaaa.. tp dah 3 tahun takpun buat rumah duk di Kedah kalu betui berani jd MB sbenar rakyat Kedah.

    Dato Ahmad Bashah jadi ADUN lebih dari 4 penggal, dari ADUN ALor Merah sampailah jadi Bakar BAta.. tapi hidup sederhana org biasa dengan rumah kos sederhana berjiran dengan Melayu2 biasa lain.. takdak kaya mewah lord mcm Mukelis..

    kat situ pun boleh lihat betapa licik lakunan anak MAdey ni...sembunyikan kekayaan dan life Barat di KL.. sekali sekala turun Kedah 'tukar kulit' pakai jubah..bli lembu sekoq habuan perdaya org Kampung... alahaai murahnya politik MElayu di mata Mukelisss anak laki MAdey ni.

    Esok semuga semuanya selesai. Mukelis boleh duduk KL puas2 tak payah berlakun lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rimas Tengok Politik Huruhara Org Melayu1 Februari 2016 pada 1:09 PG

      Laaaa, betul ke Mukhriz ni duduk KL? Aku ingat selama ni dia duduk kat Kedah sana. Apa hal dia ni jadi mcm ni?

      Mcm ahli politik pembangkang pulak lah jadinya. Yg wakili DUN Kajang duduk Segambut KL pun boleh tak nampak muka kat Kajang, bukan jauh pun. Kawasan diwakili lain, duduk kat tempat lain ... Payahlah nak citer mcm ni ...

      Apa pun maaf lah aku salah teka-teka kat atas tu, org Kedah pastilah lagi tau ...

      Padam
    2. Sedara, kalau tak ada angin orang kata takkan pokok bergoyang. Yang tak puas hati dengan Mukhriz ni bukan seorang tapi semua Ketua Bahagian di Kedah.

      Lepas tu EXCO2 majoriti tak berkenan dengan cara Mukhriz mentadbir Kedah. Jadi MB Kedah bukan suruh tumpu bab bolasepak sahaja.. bab kehidupan dan kelangsungan seluruh rakyat dan jntera Kedah.

      Kalau part time MB macam mana nak tabir negeri?

      Padam
  7. Ampa smua ni kalau nk komen pa2 pun xpayahla smpai maki hamun kutuk2 ,caci maki, kalau ampa smua org baik2 ampa guna la ayat elok2 sikit, xsakit sgt hti org nk bca tulisan ampa..ampa xtakut Tuhan ka..yg tu ja aku nk tanya

    BalasPadam
  8. Elok bagi tau secara peribadi kat blogger ni dan yg lain-lain tutup blog, gerenti takde org sakit hati baca artikel dan komen.

    Tanya je buat apa, ambik tindakan terus, dapat jugak selamatkan bangsa Melayu dan negara. Kalau asyik tanya aje tak habis-habis, tak lama lagi punahlah Melayu semua.

    BalasPadam
  9. Melayu ni , bila bab nak jatuhkan sesama bangsa kreatif dia luar biasa, kalau gaduh sesama sendiri garang dia syaitan pun takut , dia punya bengis kalah raja lanun suluk filipina, itulah melayu ..dan itulah penyakit tradisi bangsa melayu yang mengaku bangsa berdaulat, bangsa pemilik Tanah Melayu, bangsa MIM konon ..hakk tuihh

    tapi bila berdepan dengan bangsa lain , melayu kecut telor kalah itk serati yg berendam seminggu dalam air, dengan cina saja melayu dah ketar , sanggup sembah cium lutut cina,belum masuk bab gadai mengadai , kalau boleh tanah kubur bapak dia pun nak gadai dengan bangsa cina,

    melayu perasan dihujung perjalanan, tak lama lagi mampuslah ...

    BalasPadam
  10. Mukriz dah tak boleh jadi MB sebab bapak dia dah kacau.
    MB mesti lah sokong PM bukan nye duk bangkang. Mukriz jadi MB pun sbb Najib yang pilih dia. Masa bapak sendiri jadi PM bapak sendiri pun tak lantik dia duduk mana2 jawatan.....so tak payah lah nak marah kat Najib bila kena ganti.
    Memang Najib berhak dan latut ganti. Mukriz ni nampak baik tapi boleh tahan jugak
    mulut lancau duk hentam PM.Kerja pun tak buat sangat kalau tak takkan sampai lebih dari separuh jumplah Exco tak sokong dia!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soheh tu bro.
      Kalau perangai baik org tak tendang la
      Ini depan kamera TV3, depan Najib dia berlakon mcm alin taik kucing... mcm MB yg 'bagus'.. PM balik je dia pun balik dgn kapal terbang dia.. baru jd MB tak sampai sepenggal tp hidup mewah..

      ulang alik KL dgn kapal terbang macam BAPAK dia yg kasi dia jawatan MB.

      Lepas tu tikam PM dari belakang bersama2 dengan gerakan bapa dia. Kalau zamana bapanya org yg baik2 pun ditendank tanpa sebab.. ini zaman PM Najib beri peluang dia naik wpun dia ni tak layak naik.. sebab takde talent..

      Tpi dasar benih jahat macam bapak dia.. tak kena kebaikan orang lain.. dia membunuh pengaruh PM dengan senyap2.

      Org jenis ini bayangkan kalau dah naik jd Timbalan PM.. hancur UMNO.. cina2 pek boleh duduk bawah meja dengan dia.. sama macam bapak dia pernah buat.. sbb itu cengkaman YTL antara yg tak boleh dicantas walaupun sudah masuk 2 org PM..

      Mukriz wajib diganti segera walaupun lakonannya depan Jemaah Pemangku Sultan Kedah sedikit sebanyak men'cair'kan hati mereka.

      Mukhriz juga sedah melancarkan gerakan saraf mengheret Istana demi menipu rakyat supaya terus menyokongnya..


      "HANGPA TAK KENAI MUKHRIZ.. makan dalam punya manusia... biawak dengan dia mau tenyeh dia dulu.."

      Padam
  11. Kesian betul ngan manusia2 nak bagi pahala free kat Tun Dr Mahathir dan anaknya DS Mukhriz dengan mengutuk mereka sehabis-habisnya tanpa berlapik. Malah yang disanjung2 pula sang Waghih Bugis yang kononnya tersangat maksum tapi pada masa sama menyebat sekalian kemewahan Malaysia untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga. Apabila dipertikai habis semua orang ditindas kejam dengan kuasa dunia yang dipegangnya. Puak Cina kafir harbi dok tengok sambil tepuk tangan atas kebodohan penyanjung penerima sedekah 2600 juta Ringgit yang langsung takde maruah selain dihurungi oleh lalat2 langau pencacai...

    BalasPadam