Isnin, 11 Januari 2016

Cukup Cukup La Fitnah..!


Jangan risau..! Tun M takkan kembali memerintah negara ni..!

Inilah bahananya apabila takut dengan bayang bayang..! Soalnya kenapa perlu takut kalau berada di pihak yang benar..! Kenapa nak buat fitnah..!

Hakikatnya dibawah ni bukan fitnah..!

Baca dan fahamkan..!

Satu lagi kisah mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir.
'PETRONAS' merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.
Ketika tahun 1988, selepas Sudan mula stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi "TEXAS OIL" yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.
Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
Ketika itu tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat, apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh mana-mana negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir mencabar kewibawaan Amerika. Atas arahannya Mahathir, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.
Setibanya kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
Walaupun CEO PETRONAS membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah Mahathir sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab bagi memasang paip.
Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.
Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.
PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak mendapat projek minyak di Sudan, Amerika akan cuba menjual senjata agar Sudan menjadi kucar-kacir dan Amerika akan dapat memasuki dan menjajah negara itu dengan lebih mudah. 
Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.
Dr.Zakir Naik pernah mengatakan bahawa semua pemimpin muslim tidak ada keberanian. Terdapat sedikit ahli politik yg saya hormati dan salah seorang dari mereka ialah "Tun Dr.Mahathir." Jika Tun Dr.Mahathir mempunyai kuasa untuk mengawal minyak milik orang arab, beliau pasti hampir memerintah dunia. Sheikh Imran Nazar Hosein juga mengatakan hanya terdapat satu negara didalam dunia muslim yg melihat bahawa sistem kewangan antarabangsa adalah satu penipuan dan beliau adalah "Dr.Mahathir". jika beliau cuba utk memperkenalkan islamik dinar,wang emas & perak di pasaran sebagai wang sah, Yahudi pasti akan membunuh beliau. Kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat menaruh dendam yang cukup besar kepada beliau.
Ini baru standart Tun M..! World class..!
Disegani kawan dan digeruni lawan..!
Segan ke gerun dengan Tun M???
Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Alamak...macai mohd najib tak putus asa sebar fitnah...modalnya diungkit 2 kisah lalu...gelisah..resah..takut..sedang menghantui mohd najib...nek tempoyak dah takde modal untuk meroyan...ProOO00ootTt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syaitan bernam Junaidi muncul lagi

      Padam
  2. Tun ni yg baik pun ada yg x baik pun banyak. Bab2 kroni YTL dengan Vincent Tan tu memang jijik. Bab tipu rakyat tol dan ipp juga jijik. Bab memfitnah Najib juga jijik....sukar nak terima dia ni lagi.


    BalasPadam
  3. Ceritalah sedikit yang jijik itu. Tentu ramai yang berminat nak mengetahuinya.

    BalasPadam
  4. Biasala cai bijan...
    Xde modal lain,salah tun, kroni tun,YTL...
    Suka beronani di siang hari & bernostalgia terutamanya psl tun razak
    Sampai bawak ke tv astro pulak tuuuu....zaman tu gemilang pulak katanya...
    Konon mewarisi la tu dr tun razak...

    BalasPadam