Ahad, 10 Januari 2016

Akhirnya Salahkan Orang Lain ~ Senang..!


Sebagai ketua keluarga..seorang bapak hanya tahu menyalahkan dan bukan menyelesaikan masaalah bermakna bapak tu yang sebenarnya bermasaalah..! Lebih lebih lagi apabila si bapak tu ler yang menentukan semua perkara untuk diikuti oleh ahli keluarga terbabit..!

Gitu ler halnya dengan kes GST, peniaga dan pengguna..! Rakyat dihidangkan dengan kajian dan persiapan selama setahun lebih..! Rakyat diberitakan telah membuat kajian keatas lebih 150 negara yang mengamalkannya..! Yang paling best rakyat dijanjikan akan menuai harga yang lebih rendah..!

Hakikatnya??? meleset dan terus melecet...!

Bila dah menggelupur..Menteri kata..

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dapat menurunkan harga barang sekiranya semua peniaga beretika.

Bagimanapun jelasnya, rakyat perlu memainkan peranan supaya melaporkan sebarang proses jual beli mencurigakan bagi membanteras peniaga tidak bertanggungjawab itu.

"Saya pernah menyebut GST boleh menurunkan harga barang dengan syarat peniaga hendaklah beretika itu syaratnya. Peniaga hendaklah mengikut apa yang telah digariskan iaitu buang yang dulu 10 peratus (SST) dan baru masuk GST 6 peratus, tapi kalau peniaga tidak buat begitu dan mereka tak beretika maka harga barang tidak boleh diturunkan.

Namun akhirnya apa yang akan berlaku sebagaimana yang berlaku di negara lain yang melaksanakan GST, pengguna akan mengurangkan kadar pembelian barangan yang mereka tidak perlukan, apabila pengguna melakukan perkara demikian maka peniaga akan mengalami kemerosotan jualan", katanya di sini.

Beliau ditemui selepas meninjau persiapan program rantaian kasih anjuran Pertubuhan Sahabat Alam Maya (SAM) di Masjid Jamek Kampung Baru, ibu negara hari ini.

Kenapa kerajaan tak menarik balik SST sebelum GST dilaksana? Kenapa kerajaan tidak memberikan tempoh masa ( mungkin 3 bulan ) untuk peniaga menurunkan harga terlebih dahulu dengan menuntut cukai SST mereka kepada kerajaan..! 

Dalam tempoh tersebut pasti rakyat dapat menikmati harga asas..! Kalau kerajaan boleh membayar balik GST kepada peniaga tentu mekanisme yang sama boleh dilakukan dalam tempoh tersebut terhadap peniaga sekaligus rakyat tidak menjadi mangsa..!

Hari ini rakyat terpaksa membayar dua kali cukai...! SST kena...GST pun kena..! Bagaimana ini boleh dibenarkan berlaku oleh pihak berkuasa? Kenapa tidak disenaraikan semua harga barang tanpa SST dan setelah dikenakan GST?

Siarkan di media massa..! di TV, radio dan suratkhabar..! Bukan cuma reti beli helaian akhbar untuk memenuhi ruang dengan muka bapak Menteri semata..!

Akhirnya Menteri hanya tahu menyalahkan..! Kenapa? apakah itu sahaja jalan penyelesaian terbaik kerajaan?

Lakukan pembetulan..! Tak salah melakukan kesilapan..! Yang menjadi salah apabila membenarkan kesilapan berterusan dan berulang tanpa sebarang penyelesaian..!

Kalau cuma tahu menyalahkan baik tak payah jadi Menteri..!

Tak payah rakyat nak dengar dan tengok muka Menteri macam ni..! menyampah..! 

Ada jawapan lain?

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Wah...iyalah senang saja kerajaan nk buat untung...tapi pasal apa poket rakyat diganggu...? Sekarang nii kerajaan sibuk pasal tppa...kononnya tk menyusahkn rakyat...

    BalasPadam
  2. Jangan salahkan peniaga...

    Skrg terbukti rakyat telah dicukai 26% (sst + gst ).

    So tunggu apa lagi? Hapuskan income tax la. Atau turunkan kepada level zakat iaitu hanya 2.5%.

    Kerajaan ada kuasa...tapi apsal tak buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan saudara/i,

      16%

      Tapi betul juga. Jika dicampur dengan cukai pendapatan, memang parah rakyat terutamanya golongan pertengahan.

      Setuju jika cukai pendapatan dikurangkan 6% seperti nilai gst.

      Padam
  3. Adakah tak beretika itu suatu jenayah??????

    BalasPadam