Sabtu, 23 Januari 2016

Jawapan Terbaik Berkaitan Derma 2600 Juta..!


Kalau dari awal lagi pakaiguna jawapan ni selesai..! senang..! Tak payah nak turun naik mahkamah..! Tak payah nak tunggu selasa nak saman WSJ..! Tak payah peningkan dunia..!

Wang RM2.6 bilion tiada kaitan dengan Ling, kata Najib 

Sumbangan RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah yang tidak dikenali ialah derma peribadi dan tidak boleh digunakan Tun Dr Ling Liong Sik sebagai pembelaan, kata Datuk Seri Najib Razak dalam plidingnya berhubung saman fitnah terhadap bekas presiden MCA itu.
Dalam dokumen dilihat The Malaysian Insider, perdana menteri berkata memandangkan wang itu derma peribadi, tidak wujud isu beliau melanggar perlembagaan Umno dan peraturan penyata kewangan parti bagi 2013 dan 2014.
Presiden Umno itu sebelum ini berulang kali menegaskan, wang itu dipegang sebagai amanah untuk Umno.
“Sebarang penggunaan (derma itu) ialah urusan antara plaintif (Najib) dan parti, dan tidak ada kena mengena dengan defendan (Dr Ling),” kata perdana menteri dalam jawapan kepada pembelaan Dr Ling dan tuntutan balas dalam saman yang difailkan Oktober lalu.
Dalam kenyataan difailkan pada 12 Januari, Najib berkata Dr Ling, yang pernah menjadi rakan Kabinetnya, tidak ada asas undang-undang membangkitkan perkara itu sebagai salah satu hujah pembelaannya.
Tak payah la berkuntau kuntau memberi 1001 alasan sebelum ni..!

Tak payah nak upah peguam...

Dr Ling berkata perdana menteri tidak layak memimpin Malaysia kerana menerima sumbangan RM2.6 bilion itu dan RM42 juta daripada syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Bekas menteri pengangkutan itu berkata, jika wang RM2.6 bilion itu memang benar-benar sumbangan derma, maka wang itu hanya boleh digunakan untuk parti.
Dr Ling berkata Najib melanggar Artikel 26.2 dan 27.2 perlembagaan Umno kerana sumbangan itu sepatutnya disimpan dalam bank komersial atau oleh pemegang amanah parti.
Katanya, penyata kewangan Umno bagi tahun 2013 dan 2014 juga tidak merekodkan sumbangan RM2.6 bilion itu.
“Ini menimbulkan keraguan serius sama ada RM2.6 bilion itu benar-benar sumbangan untuk parti,” katanya.
Sumbangan yang dikatakan itu dibuat pada Mac 2013, hanya kira-kira 2 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
“Dengan menyalurkan RM2.6 bilion itu ke dalam akaun bank peribadinya, paling kurang pun, plaintif mencipta persepsi umum yang dia tidak jujur dan telus atau terbabit dalam politik wang untuk beli pilihan raya,” kata Dr Ling.
Katanya, Najib hanya mengakui menerima sumbangan itu selepas pendedahan dibuat The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu.
“Ini bermakna wujud tempoh senyap di pihak Najib selama lebih 2 tahun.
“Defendan (Dr Ling) hanya boleh mengagak yang plaintif (Najib) tidak akan mendedahkan sumbangan yang dikatakan itu jika tidak kerana pendedahan yang dibuat dan disusuli bantahan awam,” katanya dalam pembelaan dan tuntutan balas yang difailkan 14 Disember lalu.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Ogos lalu berkata sumbangan RM2.6 bilion itu dimasukkan ke akaun peribadi Najib sebagai tanda terima kasih kerana perjuangan Malaysia menentang keganasan.
Ketua Umno Bahagian Kuantan Wan Adnan Wan Mamat dilaporkan memberitahu perkara sama dalam mesyuarat bahagiannya.
Beliau juga dilaporkan berkata, Najib sendiri memaklumkan perkara itu di hadapan 146 ketua Umno bahagian pada satu pertemuan awal Ogos lalu.
Najib dikecam teruk selepas berita mengenai RM2.6 bilion itu tersebar.
Ahli politik kedua-dua belah pihak mengkritik Najib, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkali-kali mendesak beliau meletak jawatan. 
Patut nya semua diajar memberikan jawapan yang sama..! standart..! JANGAN SEBOK..! Rahman Dahlan dan yang sewaktu dengannya sudah boleh berwirid dengan perkataan TIADA KAITAN DAN JANGAN MENYEBOK..!

Tak payah pecat Muhyiddin, Shafie, Mad Said, Ainina termasuk ketua ketua cawangan yang melatah yang digantung kerana suruh Presiden berhenti..! Kalau cakap awal awal pasti merekalah yang akan berceramah ke pelusuk negara menerangkan perihal duit derma tersebut..! 

Tun M pun tentu akan mengelilingi dunia untuk menerangkan kepada dunia akan isu sebenar yang melanda..!

Mudah..! Sebab jawapannya...JANGAN SEBOK..!

Faham???

Lu Fikir La Sendiri!!!

10 ulasan:

  1. Dah berapa byk dosa la yg ko tanggung Najib Razak...bukan setakat rakyat Msia jadi saksi, dah satu dunia kena kelentong...berundur & bertaubat la sblm mati, takut x sempat je...tiap2 hari 70 kali malaikat maut dtg melawat...takut sgt penjara dunia, azab penjara akhirat beribu2 kali punya dahsyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu pun jangan fikir terlepas juga. Menabur dan menyambung fitnah. Satu dosa yang paling besar. Kau dah selidik betul2 maklumat atau ikut2 orang je. Jangan kata orang, diri sendiri tu cermin betul2. Baik ke engkau?

      Padam
    2. 1.51

      Ko yakin ke maklumat yg ko terima itu sahih..?

      Ko pun dh selidiki ker apa maklumat yg ko dpt itu benar2 btl..?

      "Menabur dan menyambung fitnah." Itu kenyataan ko kan..?

      Maka, tlg senaraikan satu persatu secara detail yg mana satu dikatakan fitnah dan yg mana satu adalah sahih..?

      Yg mana satu adlh fakta dan yg mana satu adalah auta..?

      Padam
    3. Chai 1.51,

      Bro 2.18 mintak seperti berikut;

      "Maka, tlg senaraikan satu persatu secara detail yg mana satu dikatakan fitnah dan yg mana satu adalah sahih..?

      Yg mana satu adlh fakta dan yg mana satu adalah auta..?"

      Kami tunggu ni chai 1.51....jawablah?

      Padam
  2. Mohd najib...tolonglah teliti diri sendiri...kebencian rakyat meluap2...berhenti memperbodoh rakyat..biar nek tempoyak saja yg bodoh...ProOO00ootTt

    BalasPadam
    Balasan
    1. nek tempoyak tu keturunan yg makan dedak campor tahi... sbb tu otak da mcm tahi... semuo dikaitkn dgn yg anti melayu dan anti malaysia... nk bela melayu konon... klu dh mkn tahi... smo sdh makan tahi ler

      Padam
    2. Habis kamu makan apa? Selalunya orang macam engkau yang makan dedak campor tahi sebelum kata orang lain. Sedap ke?

      Padam
    3. Selalu nya orang mcm ko jg yg selalu nya buat2 tanya "sedap ke?"

      Padahal mungkin diri sendiri dah biasa merasainya..

      Padam
    4. 1.54???? Apa citer???

      Padam
  3. 1:51ptg

    Fitnah apa nya....Najib sendiri nafi habis mungkin, kalau nak menyamun tak akan bawak masuk dalam negara dan account peribadi, siap puji angkat Haron Din lagi.....tak caya youtube bersepah muka sekor bugis penipu agong tuh.....

    2012 berdekah dekah tersembur air liur kata wang mesti dimasuk kan account parti untuk elak rasuah.....

    WSJ kasi hentam cukup cukup tapi tak saman jugak.....

    So, fitnah apa ke benda buah keduak bugis sekor tuh???

    Geng telan dedak bugis dengan bugis sekali nak putar seluruh cekrawala jauh mana pun 2.6 billion dah dah masyuk!!!!! 42 juta juga sahih....kalau 40 ringgit ke 4 ribu 200 ratus tetap RASUAH...billion apa lagi!

    Geng telan dedak najib, dia sekor tuh bukan hanya Penjawat Awam! PERDANA MENTERI......apa bodoh sangat duit masuk account peribadi!

    BalasPadam