Isnin, 11 Januari 2016

Jangan Tidur..!


BANGKIT LA..! BANGUN MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN RAKYAT..! BARU UMNO DAN BN TERUS KEKAL DIHATI..!

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan pemimpin BN dan Umno agar sentiasa bersiap-siaga bagi menghadapi ancaman politik pembangkang.

Katanya,  ini kerana ‎ pembangkang menerusi media sosial semakin aggresif melancarkan pelbagai bentuk propaganda untuk memburukkan kepimpinan kerajaan dan Umno.

"Pembangkang akan guna apa sahaja untuk memesong perhatian rakyat supaya tercetus kebencian dan kegusaran terhadap Umno dan BN selaku parti pemerintah," katanya menerusi catatan terbaharu di blognya hari ini.

Justeru itu, beliau mengingatkan pemimpin Umno disetiap peringkat supaya tidak menanggap parti sentiasa kebal dan mereka boleh 'tidur lena'.

Malah tegas beliau, rakan-rakan komponen BN juga seharusnya mempunyai iltizam untuk menambahbaik agenda perjuangan agar keyakinan rakyat tidak terhakis sepertimana berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

"Bukan setakat Umno rakan-rakan komponen BN juga hendaklah bekerja keras  memastikan BN sentiasa mendapat sokongan rakyat, semua pihak harus bertanggungjawab menjamin kemenangan yang mutlak.

"Jangan kita beranggapan Umno khususnya BN sentiasa kebal sehingga ada dikalangan kita berpeluk tubuh, sebaliknya kita perlu melihat kepada realiti semasa betapa asakan pembangkang semakin aggresif unhtuk menumbangkan BN pada PRU akan datang," katanya.

Tambah beliau lagi, Umno  kini berdepan dengan ancaman politik bentuk baru yang banyak dipengaruhi oleh sentimen generasi muda.

Katanya, pemikiran generasi muda yang semakin kreatif dan agresif dilihat sebagai satu bentuk aliran baru dalam senario politik masa kini.

Untuk itu katanya, Umno juga seharusnya mensasarkan pendekatan terhadap golongan muda supaya mereka lebih memahami dan menghayati makna sebenar perjuangan yang diperkasakan oleh Umno.

"Generasi muda perlu sentiasa disemaikan dengan benih-benih patriotik dan erti perjuangan Umno mengangkat martabat serta maruah orang Melayu dan umat Islam di negara ini," katanya.

Faham ke?

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Macam mana tak tidur,mengantuk disebabkan dah makan terlalu banyak.Mula terlelap sikit atas bangku tetapi tak ada yang tegur bolehlah sambung tidur dimana-mana.

    BalasPadam
  2. nak sebut "Melayu " pun menteri kena tanya cina dulu...macaman aku nak caya menteri bela melayu

    BalasPadam