Ahad, 17 Januari 2016

Hantunya Siapa Nak Pantau..!


Apabila ada isu dan kes yang menggemparkan baru ler ada pihak yang nak mengambil tahu, memantau dan menyelia..! Soalnya apakah kewujudan lori hantu selama ini dijalanraya dibenarkan? Apakah lori yang tiada roadtax, tidak diselenggara malah merbahaya kepada pengguna jalanaraya yang lain hanya akan dipantau mengikut musim?

APakah Kementerian Pengangkutan atau pihak JPJ selama ini membenarkan mereka bermaharajalela apabila Timbalan Menterinya Aziz Kaprwai mengatakan akan memantau? Akan memantau kerana sudah berlaku kes?

Rakyat selalu dihidangkan dengan sesuatu kenyataan apabila sesuatu kes SUDAH @ TELAH berlaku..! Soalnya apakah penguatkuasaan agensi terbabit hanya mengikut musim?

Kalau macam tu selama ini siapa yang sebenarnya menjaga dan memantau lori hantu tersebut? Apakah memang ada hantu hantu dibelakang tirai yang telah pun menjaga pihak berkuasa?

Kalau begitu tahu la rakyat siapa sebenarnya yang menjaga hantu hantu selama ini..!

Hantu jaga hantu..!

Tak gitu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Standard penguatkasaan..
    Bertindak atas isu..

    BalasPadam
  2. Lepas tu saman rakyat sb font no plate x standard..
    Blh menyebabkn kemalangan katanya..

    BalasPadam
  3. Jawapan standard. "Kita kekurangan anggota penguat kuasa"...

    BalasPadam
  4. Semua terjadi kerana berleluasanya hantu Cina, manakan tidak kalau sudah terbukti yang memegang konsesi perniagaan dalam Malaysia majoritinya bangsa Cina.

    BalasPadam