Mungkin 1MDB boleh lakukan SOP yang pernah dibuat oleh sekutunya dahulu dalam isu derma..! pertama diam..! kemudian cari kemungkinan ada salah ejaan dalam pendedahan tersebut..! seterusnya beritahu dunia bahawa 1MDB bukan penyamun..! Tapi ayat yang kalau nak samun simpan duit di luar negara tu jangan pakai..! tak sesuai..!
Kemudian mungkin 1MDB boleh dapatkan peguam selasa..! kerana masih berbaki 6 hari lagi untuk dinamakan bagi tujuan mengacah untuk menyaman AG Swiss..! Mungkin juga 1MDB boleh ajak abang Obama main golf untuk mengajak Amerika menggunakan kuasa mereka membubar, memecat, menggantung dan menggantikan semua yang berkaitan dengan isu ini di Swiss..! Nak ganti dengan Pandi ke?
Sambil tu cai pemakan dedak dah boleh viralkan bahawa dunia sedang bersatu menyerang kabilah mereka..! menyerang negara Islam contoh dll lagi...! Anggap ini semua fitnah terbaru...!
Tak gitu?
Ketua pendakwa Switzerland berkata semalam bahawa beliau telah secara rasmi meminta bantuan Malaysia berhubung siasatannya terhadap kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang negara itu oleh firma milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pejabat Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata permintaan itu adalah mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang negara itu yang berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada pegawai asing, dakwaan salah laku di pejabat awam, dakwaan pengubahan wang haram dan dakwaan jenayah salah urus di 1MDB.
Awal minggu ini, Peguam Negara Malaysia telah membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang kesalahan jenayah atau rasuah, dengan mengisytiharkan bahawa AS$681 juta yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya adalah pemberian daripada keluarga diraja Arab Saudi.
1MDB di mana lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Najib, telah diperiksa oleh pihak berkuasa Malaysia yang menyiasat tuduhan salah urus kewangan dan rasuah.
Syarikat tersebut diselubungi kontroversi berkaitan hutangnya sebanyak AS$11 bilion serta dakwaan salah urus kewangan.
Menurut kenyataan Switzerland itu, siasatan Lauber didakwa telah "mendedahkan tanda-tanda serius yang dana telah diselewengkan daripada syarikat milik negara di Malaysia."
Dana-dana tersebut "dikenal pasti untuk pelaburan dalam projek-projek pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia," kata pegawai Switzerland.
Pendakwa Switzerland berkata jumlah yang didakwa diseleweng itu disyaki sekitar AS$4 bilion (RM16.6 bilion).
Beliau berkata sebahagian kecil wang itu telah dipindahkan ke akaun yang dipegang di Switzerland oleh bekas pegawai-pegawai awam Malaysia dan pegawai serta bekas pegawai awam Emiriah Arab Bersatu
Pejabat Peguam Negara Switzerland membuka prosiding jenayah Ogos lepas terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan juga "orang-orang yang tidak dikenali."
Kenyataan itu semalam berkata Lauber telah membincangkan kes itu dengan rakan sejawatannya dari Malaysia pada mesyuarat di Zurich pada bulan September. - [Baca berita penuh]
- Reuters
WASHINGTON, Jan 30 — Switzerland’s chief prosecutor said yesterday he has formally asked Malaysia for help with his probe into possible violations of Swiss law by the state-owned fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB), saying suspected misappropriations amounted to about US$4 billion.
The office of Swiss Attorney General Michael Lauber said the request pertained to possible violations of Swiss laws related to bribery of foreign officials, misconduct in public office, money laundering and criminal mismanagement at 1MDB.
Earlier this week, Malaysia’s attorney general cleared Prime Minister Datuk Seri Najib Razak of any criminal offences or corruption, declaring that US$681 million deposited into his personal bank account was a gift from Saudi Arabia’s Royal family.
1MDB, whose advisory board is chaired by Najib, was being examined by Malaysian authorities investigating accusations of financial mismanagement and graft. The fund has been dogged by controversy over its US$11 billion debt and alleged financial mismanagement.
The Swiss statement said Lauber’s investigation had already “revealed serious indications that funds have been misappropriated from Malaysian state companies.”
Those funds “would have been earmarked for investment in economic and social development projects in Malaysia,” the Swiss official said.
The Swiss prosecutor said the misappropriated amount was suspected to be around US$4 billion. He said a small portion of the money had been transferred to accounts held in Switzerland by former Malaysian public officials and current and former public officials from the United Arab Emirates.
The statement said the prosecutor wanted legal assistance from Malaysian companies involved to try to find out whether “losses on this scale have been sustained.”
The Swiss Attorney General’s office opened criminal proceedings last August against two former 1MDB officials as well as “persons unknown.” The statement on Friday said Lauber had discussed the case with his Malaysian counterpart at a meeting in Zurich in September.
Sources familiar with the September discussion between the two law enforcement officials said that the Malaysian official strongly urged Lauber to abandon his 1MDB-related investigation.
Malaysia’s anti-graft agency said on Wednesday it will seek a review of a decision by the attorney-general to clear Najib.
1MDB is also under investigation by law enforcement agencies in Hong Kong and the United States, media and other sources have said. — Reuters
Benda salah...makin ditutup makin terdedah..!
Nak saman hari apa ni???
Lu Fikir La Sendiri!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Bukankah USD4.4 billion ni, DERMA raja Sudi ARABIA.
BalasPadamRaja Abdullah pernah bagitahu Zahid Komidi selepas baginda meninggal dunia. Macam mana ada cerita lain pulak ni....??????
Ni mesti agenda Yahudi nak jatuhkan Pemimoin Islam yang bersih dan mulia. Mari kita boikot Nestle dan Milo...........!!!!!
Cik minah boleh check themalayonline pada tarikh tersebut dlm bahasa Inggeris yg berbunyi Zahid meet donor representatives....
PadamMengapa kerajaan saudi tutup mulut dan tak mengesahkan. Kerajaan saudi pun baru nak siasat. Maknanya tiada rekod. Raja saudi yg kaya ada pemegang harta, akauntan, lawyer, dll yg menjaga semua harta kekayaannya. Berpadalah kalau nak menipu pun.
PadamKerja berat....tutup bangkai gajah dengan nyiru.
BalasPadamMoga pihak yang berkenaan tampil memberi maklumat...
BalasPadam#ApaNakJadiDenganMalaysia
Punya lama nak cari nama penderma....last guna nama almarhum raja abdullah.
BalasPadamDuit swiss nak guna nama siapa pula?
Mungkin duit tu nanti dikatakan derma dari Huyayy bin Akhtab, Ketua Kabilah Yahudi Bani Nadhir yang dihalau ke Khaibar kerana mengkhianati umat Islam di zaman Rasulullah sebelum ini. - sekadar sindiran kerana sebelum ni Najib pergunakan nama Raja Abdullah yang dah meninggal dunia kononnya Raja Abdullah itu yang derma kepadanya.
PadamSedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Aku syak nii semua angkara kapir dajal dap...Semakin tak lena mohd najib..satu persatu dibongkar..macai makin pening kepala..nek tempoyak apa cerita..?
BalasPadamNek Tempoyak mungkin tengah bertapa mendalami ilmu carut mencarut yang lebih hebat lagi lepas ni untuk maki hamun sesuka hatinya.
PadamSedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Abg Najib berentilah jadi pm...pening orang UMNO nak jawap dgn rakyat.Lepas berenti pandai pandailah Najib selesaikan masalah ini.Ini bukan masalah UMNO .Sekarang kan dah susahkan semua menteri..rakyat dah pandang serong dgn UMNO sebab kelakuan tuan.
BalasPadamBerikut dikemukakan kenyataan dari pihak berkuasa Switzerland mengenai isu RM 16.8 bilion ini:
BalasPadamLihat di sini: http://tukartiub.blogspot.my/2016/01/surat-dari-ag-negara-kapir.html?zx=e41407e824b84a1d
Mana mau lari lagi ha?
Kencing sana, kencing sini, bau hancing dah kuat, mau tutup guna apa lagi?
Semoga kebenaran akan menang menentang kebatilan, insya Allah.
Sedarlah semua. Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Sirul pun dah main wayang, buat 'pengakuan' bersumpah kononnnya Najib tak terlibat dengan pembunuhan Altantuya.
BalasPadamKalau Najib tak terlibat siapa yang terlibat?
Apakah Sirul dan Azilah suka-suka nak bunuh Altantuya?
Dalam pengakuan Sirul itu kalau kita dengar, Sirul kata ' dia tak pernah diajar dan diasuh untuk melakukan fitnah, kerana adalah berdosa besar kalau dia fitnah Najib bunuh Altantuya'.
Lihat ini: http://wargamarhaen.blogspot.sg/2016/01/sirul-najib-was-not-involved-in.html
Tapi apakah Sirul diajar dan diasuh untuk membunuh orang sesuka hatinya dan mengebom mayat itu? Apakah tidak berdosa besar membunuh seseorang lepas tu mengebom mayatnya hingga hancur berkecai?
Malahan perbuatan Sirul yang membuat pembunuhan itu adalah menyebabkan kesedihan yang tak terhingga terhadap keluarga Altantuya, apakah tidak salah dan tak berdosa menyebabkan kesedihan terhadap orang lain?
Sirul memakai kopiah putih, lepas tu bercakap pasal agama bagai dalam videonya itu, tetapi dia sendiri melakukan kekejaman yang sangat dahsyat iaitu pembunuhan dan menyebabkan ahli keluarga orang yang dibunuh itu kesedihan yang tak terhingga akibat kehilangan orang yang tersayang.
Ibu bapa mana yang boleh terima bila anaknya dibunuh, lepas tu dibom hingga hancur tubuh badan seperti yang dilakukan oleh Sirul terhadap Altantuya itu?
Di dunia ini bolehlah Sirul larikan diri ke sana ke mari dan menyorok di sana sini untuk elakkan diri dari tindakan undang-undang, tetapi di akhirat kelak, di Padang Mahsyar, di dalam Mahkamah Paling Agung yang Hakimnya adalah Allah Taala dan pegawai di Mahkamah Agung itu adalah para malaikat yang taat dan patuh kepada perintah Allah Taala, bila Altantuya menuntut keadilan terhadap kekejaman yang telah dilakukan terhadapnya oleh Sirul, apakah Sirul boleh lari lagi masa itu? Mana nak lari lagi Sirul, di Padang Mahsyar tu tak ada Australia bagai, tak ada kapal terbang, helikopter, sampan, perahu, bot, kapal bagai untuk kau larikan diri, maka masa itulah kau akan sedar dan tahu betapa kuasa Allah Taala mengatasi segalanya.
Kalau kita tengok video itu, Sirul pakai kopiah putih, bercakap pasal agama bagai, tetapi apakah itu telah telah membebaskan dirinya dari kezaliman yang dia lakukan terhadap Altantuya itu? Apakah tindakan pakai kopiah putih, dan mungkin lepas ini pakai jubah dan serban akan membebaskan Sirul dari kekejaman mendatangkan kesedihan terhadap keluarga Altantuya yang dizalimi dengan penuh kejam oleh Sirul itu?
Baliklah ke Malaysia, minta ampun kepada keluarga Altantuya itu, lepas tu berhadapanlah dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah itu, kerana itu baru hukuman di dunia, hukuman di akhirat tak tahulah macam mana pula. Sedarlah Sirul, berhadapanlah dengan kebenaran.
Sedarlah
Semakin lama Najib nak berpaut kepada kuasa untuk mengelakkan dirinya dari pendakwaan di mahkamah di atas dakwaan pelbagai jenayah yang didakwa terhadapnya itu, makin banyak yang akan terbongkar.
BalasPadamSedarlah Najib, sampai bila nak berpaut kepada kuasa untuk disalahgunakan?
Bila dah tumbang macam Marcos di Filipina sebelum ini nanti, masa itu barulah kau akan sedar bahawa kuasa yang kau salah gunakan selama ini tidak mampu untuk dipergunakan untuk selama-lamanya bagi mengelakkan tindakan undang-undang terhadap kau.
Sedarlah insaflah, berhentilah buat kejahatan, berhadapanlah dengan keadilan, bertaubatlah selagi masa masih ada, kerana ingatlah Najib apa yang kau buat ini, bukan hanya melibatkan dosa dengan Allah sahaja, tetapi turut berkait dosa dengan manusia yang dizalimi akibat perbuatan kau ini.
Maka bukan setakat minta ampun dengan Allah sahaja, malahan patut minta maaf dengan manusia juga, dan kau perlu tahulah bila buat salah, maka perlulah bertanggungjawab di atas perbuatan itu.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Selain WSJ, diterbitkan juga oleh BBC, the Guardian, NYT, CNBC, Bangkok Post, the Australian, dll. Femes 1mdb, najib dan msia. Mungkin kerana kes Justo, seorang rakyat Switzerland?
BalasPadam