Isnin, 25 Januari 2016

Dakkk Aii..!


Siapa nak mengaku..!!!

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya 'gila jawatan menteri besar'.

Ahmad Bashah menarik perhatian bahawa hakikatnya ialah beliau memberi laluan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menjadi menteri besar.

Ini di sebalik beliau menyandang jawatan pengerusi UMNO Kedah dan pengarah pilihan raya umum Barisan Nasional negeri ketika itu.

"Saya terima kerana itu adalah hak perdana menteri dan saya tak pertikaikan. Ia demi kekuatan dan kepentingan parti dan negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Saya terima kerana pada masa itu tujuan kita adalah untuk menang dan merebut kembali kuasa di tangan pembangkang," katanya.

Bashaah sendiri akui diatas tu bahawa pengaruh@aura Mukhriz telah berjaya membawa kemenangan BN di Kedah..! Itu sebab Najib sebutkan semasa berkempen bahawa Mukhriz bakal dilantik menjadi MB sekiranya BN diberikan mandat mentadbir Kedah..! Ada Najib sebut nama Bashah?

Lagipun semasa kenduri kahwin Ku Rahman 2 malam lepas rata rata ADUN Kedah yang berada di majlis tersebut apabila ditanya...

'Kalau buang Mukhriz dan tukar Bashah jadi MB...PRU akan datang boleh menang ke???'

Rata rata jawapannya sekata walau tak sama ayatnya - TAK..! BN AKAN KALAH..!

Dah tu buat apa nak tukar??? Tukar hanya untuk menanti kalah..! Kerja gila apa ni???

Takkan la kerana sejarah kedua dua bapa bekerjasama, berkawan baik maka nak menuntut yang bukan bukan..! Jawatan ADUN dan Senator hingga diangkat menjadi Timbalan Menteri pun seharusnya disyukuri dengan menggalas amanah tersebut dengan lebih serius..!

Buktikan dahulu bahawa jawatan yang mencari anda..! Bukan sebaliknya..!!!

Akai ada kaa? Ada...Akai mangkuk..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

12 ulasan:

  1. Bashah Boboi patut tumpukan kerja di KPDNKK, dia jadi Timbalan Menteri KPDNKK, tapi entah apa kejadahnya yang dia buat masa jadi Timbalan Menteri sekarang ni, isu harga barang tak selesai sampai sekarang, malahan menjadi makin teruk, kalau di KPDNKK pun Bashah dah tunggang langgang, jangan nak menyibuk pasal jawatan Menteri Besar Kedah lah, Datuk Seri Mukhriz dah buat yang terbaik untuk Kedah setakat dia termampu, banyak pembangunan di bawa untuk Kedah, banyak pelaburan asing masuk ke Kedah terutama di Kulim High Tech Park, terbaru syarikat semikonduktor dari Jerman, Osram labur Euro 1 bilion, lebih kurang hampir RM 5 bilion di Kedah, itu pun Bashah Boboi nak pertakai lagi ke?

    Tapi hakikatnya jika berlaku pertukaran Menteri Besar juga, maka Barisan Nasional Kedah terutama UMNO Kedah bolehlah bersiap sedia nak jadi pembangkang pula selepas pengumuman PRU 14 kelak, kerana kini sentimen di seluruh Kedah samada orang awam, penjawat awam di Negeri Kedah menentang keras sebarang percubaan untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz dari jawatan Menteri Besar, beliau tak ada buat salah, beliau tidak ada kes jenayah, tak ada kes rasuah, pasal apa nak kacau beliau? Biarkan Datuk Seri Mukhriz terus jadi Menteri Besar Kedah, jangan kacau Datuk Seri Mukhriz nak bangunkan Kedah pula ye.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. Lebih baik Bashah Boboi pergi kira berapa banyak lagi harga petrol di pam yang perlu diturunkan bagi bulan Februari 2016, kira betul-betul, jangan putar alam sampai rakyat pula yang kena beri subsidi kepada kerajaan pula. Itu baru kerja Bashah Boboi sebagai Timbalan Menteri KPDNKK, jangan nak menyibuk dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pula ye, kamu tu bukannya Menteri Besar Kedah pun, Menteri Besar Kedah adalah Datuk Seri Paduka Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  3. Marilah kita umat Melayu Islam...
    turunkan Najibul 2.6 bil dollar man..
    Bapa segala masalah..

    BalasPadam
  4. Org gila tak gila hanya gila gila, yg gila adlh org yg suka mencarut babi dan makan babi cicah tempoyak macam nek tempoyak.....

    BalasPadam
  5. Hahaha 2.6 Billion Dollar Man

    I like that!!!

    And Ahmad Bashah tukar jadi Ahmad Albab!!!

    Wahkakakakakakaka....

    BalasPadam
  6. Tukar Najib Good Idea!!!

    Tapi jangan gantikan dengan si Pendubur Tegar Ya!!!

    BalasPadam
  7. Aduhh...tengok muka mcm ada dendam kesumat...masaalahnya jalan cerita untuk singkir mukriz terlalu lemah...atau ada pengarah wayang tamil dibelakang...atau ini semua kerja kapir dajal dap..kahkah..nek makan ubat dulu..ProOO00ootTt

    BalasPadam
  8. Ahmad Albab!!!!!!!!!!!!

    I like that!!!!!!!!

    BalasPadam
  9. Sebab tiada PRU lagi.

    Pahlawan Bugis dah agak Kedah akan kalah.

    Malah dia juga agak UMNO akan kalah teruk maka dia akan menggunakan NSC untul terus berkuasa.

    BalasPadam
  10. if Basha thinks he is that good, tell to consolidate his position and stop digging history where he claimed that he should be the man ( in a fine print )though he denies all the way. Siapa nak mengaku dia kentut di khalayak ramai?

    BalasPadam
  11. Jangan marah Tok Basah sangat,mungkin orang lain yang dok pressure dia.Agak-agak orang yang lama sangat dalan Adun takut mereka akan disingkir dalam pru 14 nanti kot?.Mungkin ada khabar-khabar angin yang telah bocor dengan perancangan DSMM siapa yang akan dipilih untuk pru14 nanti.Cuba siasat sikit,

    BalasPadam
  12. Apapun dia kata, hanya pemakan dedak seperti dia saja yang percaya.
    Walaupun kita semua tahu UMNO akan kalah teruk dlm pru 14, pemakan dedak tak peduli dan mereka tak kisahpun..
    Mana menteri yang berani menyuarakan kelemahan kerajaan sekarang. Ada ke mereka ambil pusing pasal kesusahan rakyat. Rasuah jadi budaya. Pendatang haram penuh merata tempat. Keresahan rakyat tak ada siapa peduli. Pemimpin umno masih dalam persepsi umno masih kuat. Menteri2 sibuk tak keruan membodek dan berkomplot nak kekalkan kuasa. Perjuangan mereka hanya berpaksi kepada pancung ahli umno yang sehaluan dengan Y.Bghgia.Tun. Agenda yang jelas difahami rakyat ..


    BalasPadam