Ingat lagi tak sajak pesan ibu beribu ribu..waktu dulu tv rtm ada keluar kan sajak ni. tapi sekarang agaknya orang yang simpan video tu dah mati..tu sebab tak keluar lagi video tu..huhuhu
Tapi kita masih boleh layan bait bait sajak tu kat bawah ni..
Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
"buat begini jangan begitu
bacalah buku selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang yang punya petunjuk
tolaklah kawan penagih rokok."
ibu yang satu menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju
"jagalah diri selalu
di luar sana mungkin bencana menunggu."
Kita menjadi jemu
mendengar pesanan ibu beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
"jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu."
Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa masuk perangkap
Si bedul sudah ditangkap
Si Bedul masuk lokap
Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
"pilihlah kawan yang bermutu
jang dipilih kawan berhantu"
Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu
Ya, pesanan ibu.
Ibu,
kuyakini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.
- Puisi ini karya Rahman Shaari.
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
"buat begini jangan begitu
bacalah buku selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang yang punya petunjuk
tolaklah kawan penagih rokok."
ibu yang satu menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju
"jagalah diri selalu
di luar sana mungkin bencana menunggu."
Kita menjadi jemu
mendengar pesanan ibu beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
"jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu."
Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa masuk perangkap
Si bedul sudah ditangkap
Si Bedul masuk lokap
Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
"pilihlah kawan yang bermutu
jang dipilih kawan berhantu"
Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu
Ya, pesanan ibu.
Ibu,
kuyakini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.
- Puisi ini karya Rahman Shaari.
Lu FIkir La Sendiri
Salam, sy x tau bagaimana nk ucapkn terima kasih sbb awak upload sajak ni.... :') i have been searching for this poem my entire life... Sejak sy di sek menengah mse tgk kt rtm.. Saya igt nk buat persembahan jt skolah waktu tu 1990an kot.. Sy igt lg cara perempuan itu membacakan sajak ini.. And now i am a teacher, so saya nk baca sajak ni pd hari guru yg bakal menjelang... Terima kasih... Terima kasih.... I am crying right now.
BalasPadamPada hari Ahad yang lalu,bapa membawa kami sekekuarga berkelah di Port Dickson.Kami menaiki ketera bapa ke sana.Kami berbual-bual sepanjang perjalanan.
BalasPadamSetibanya di dentinasi,bapa mengeluarkan bekalan dari but kereta.Kami nemolang mengangkat barangan lalu metakkan bekalan Kami di bbawah sepohon pokok yang rendang.Cuaca pada hari itu cerah Dan nigin bertiup sepoi-sepoi bahasa-Kelihatan banyak pengunjung berada di pantai.Suasana di sana riuh-rendah Dan meriah.
Tanpa membuang masa lagi,saya Dan adik segara menukur pakaian renang.Kami membawa pelawang besar Dan baru dibeli.Saya Dan kakak nerenang dengan gembira.Abang Pula belajar menyelam.Bapa membaca surat khabar manakala ibu mendengar muzik dipantai.Oleh sebab adik tidak nerenang,dia mrlonggak pasir Dan membina Istana pasir di pantai.
Setelah penat nerenang,Kami menjamu selesa di pantal.Ibu menyediakan pelbagai hidangan di atas tikar mengkuang.Kami menikmati mi goreng,sate,kuih-muih,tembikai Dan jus Oren.Kami makan dengan helojohnya kerana terlalu lapar.Tambahan Pula,masakan ibu sungguh enak Dan berkhasiat.
Kemudian,Kami bermain bola tampar di pantai. Pemandangan di pantai indah nian.Kami sekekuarga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.Ibu Dan bapa juga bersiar-siar di pantai sambil berbual-bual dengan mesrannya
Kami mengemaskan barangan Dan pulang.Kami membuang sampah-sarap ke DALAM tong sampah Demi menjaga kebersihan pantai.Selepas,itu Kami pulang dengan gembirannya.Bekelah di pantai merupakan aktiviti yang menyeronokkan.👍👍👍👍👍