Selasa, 29 Mei 2012

Nizar Derhaka Bangga Meneruskan Kerja Komunis..!


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak mengambil duit daripada kerajaan sejak Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.

Baginda berkata perkara itu boleh disahkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman atau mana-mana pegawai kerajaan.

Baginda berkata demikian dalam Twitternya pada Isnin sebagai menjawab kritikan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung laporan bahawa Sultan Johor memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000.

Mohammad Nizar dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.


"Duit yang diperuntuk kepada ayahanda saya (Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar) dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

"Tujuan yayasan itu (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) ialah untuk rakyat dan bagi membantu kerajaan negeri Johor," kata baginda.

"Saya sendiri, semasa menjadi Raja Muda, tidak pernah mengambil satu sen dari kerajaan sehingga hari ini. Ia adalah duit rakyat. Jadi sebelum anda membuka mulut, selidik dahulu," tegas baginda.

-- BERNAMA

1 ulasan:

  1. nie satu lagi.bikin panas.ordinan,enekmen,cap dan geo dan gubal,mansuh.sekarang law of malaysia,kalau hang nak ikut depa gi la britain sana.undang undang pun tak patuh lagi nak mengaku diri tu tot tot tot,cakap boleh gua punya job lu jangan bikin panas.gua saran kan kepada penyamar jpj tu tak payah lah cari bahan cerita murahan untuk masyurkan diri orang lain bikin kacau gua punya opis je.act 333....gua saran kan tottottot gi cari kerja hidup macam orang biasa cari wang bukan curi wang.

    BalasPadam