Klip video ucapan sulong Bekas Pengarah Siasatan Jenayah selepas menyerahkan borang menyertai Parti Ajaran Sesat di Ulu Sepetang, Batu Kurau Perak. Dalam kegairahan dan kegagapan beliau berceramah sebenarnya beliau telah membuka pekung bahawa selama ini beliau mengundi PAS!
Biarpun menjawat jawatan ke 3 tertinggi di dalam pasukan PDRM, mengetuai satu cabang organisasi penting negara! Bertanggungjawab dalam melaksana segala dasar yang terkadang tidak popular tapi kerana amanah dan tanggungjawab maka ianya dilaksana dengan jaya...kerana apa? kerana Kerajaan BN bertanggungjawab untuk mempastikan rakyat terus mengecap bahagia dan hidup dalam sejahtera!
Soalnya bagaimana orang yang sebegini masih boleh memangkah PAS atau pembangkang dalam setiap pilihanraya? Bagaimana orang seperti ini boleh diberikan amanah yang tinggi semacam tanpa usul tanpa periksa? Kalau Fauzi boleh apakah tidak mustahil beribu lagi kakitangan kerajaan yang berjawatan JUSA atau pembuat dasar juga berhati perut sepertinya?
Apakah puncanya? Apakah kerana mereka memang dilahirkan untuk gagal menerima kebenaran? Apakah mereka yang mencekik gaji dan elaun tinggi ini sememangnya sudah ditakdirkan Allah tertutup hati, akal dan budi untuk menilai kebaikan yang tersedia didepan mata?
Atau apakah ianya juga berpunca dari kita? dari kita dipihak kerajaan yang gagal mentarbiah anak anak buah? Apakah kerana kegagalan segelintir dari kalangan kita yang gagal menerbitkan perasaan sayang dan cinta kepada majikan dikalangan pekerja?
Apakah hari ini ramai kakitangan awam sudah menjadi seperti robot yang tidak mempunyai deria? tiada rasa, tiada jiwa? Atau apakah sudah terlalu ramai penderhaka dan pengkhianat yang bermaharaja lela hingga menggigit tangan yang menyuap juga sudah seperti menjadi budaya?
Sesuatu perlu dilakukan... kakitangan awam perlu disubur bugarkan.. jiwa dan perasaan mereka perlu dibaja... menanam perasaan sayang dan berterima kasih adalah sifat terpuji yang digalak oleh agama! Kita tidak mahu melahirkan masyarakat yang tidak reti berterima kasih lalu tidak tahu bersyukur! Bersyukur semata mata tanpa berperasaan kasih sesama insan akan menyebabkan masyarakat jadi pincang.. Ianya mesti dibetulkan dan dimulakan didalam perkhidmatan awam!
Apa peranan INTAN? sejauh mana berkesannya BTN? dimana tarbiah Jabatan Agama? Sejauh mana kakitangan awam boleh di 'insan' kan fitrah kejadian mereka dengan mensyukuri nikmat tuhan lalu berterima kasih sesama manusia! jika tidak...apa juga kebaikan oleh Kerajaan yang diungguli oleh PM melalui program transformasinya akan menjadi sia sia! Tangan mereka yang menyampaikan segala kebaikan kerajaan.. tapi tangan dan mulut mereka juga lah yang merosakkanya!!! Apa nak jadi?
Lu Fikir La Sendiri!!!
banyak kwn gua pun kena orang lain usaha orang lain mengaku harta dia hasil usaha dia kononnya,aggrement pun langgar nie kan pula contract sain keje,aku bagi hang jaga urus kebersihan umah holiday tu je bukan bagi kat hang beruk sekalian umah holiday tu,ni buat kira kat balai pulak pas tu menyamar jadi polis pulak,sedar lah diri hang tu sape beruk oii....port dickson negeri sembilan.mengaku harta dia pulak,pas tu kata orang ganggu dia pulak,protokol bodoh kena la shown on document.owner nak gi cuti kena bayar ke bodoh..........
BalasPadam