Jumaat, 25 Mei 2012

Siapa Melayu Idaman Kit Siang..?


Apakah benar Karpal Singh tersasul? Apakah benar beliau terlanjur kata bila mengatakan bahawa Lim Guan Eng adalah bakal PM bukan Melayu yang DAP fikirkan sesuai masa kini? 

Namun dalam masa yang sama Karpal juga mengulangi roh, semangat dan tujuan beliau serta partinya DAP berpolitik yang terus memperjuangkan bukan Melayu berhak menjadi PM di dalam negara ini.


Karpal mengungkapkan kata kata nista ini sebagai memberikan vitamin dan kekuatan moral kepada para pengikut DAPig. Terutama kepada mereka yang bukan Melayu dan bukan beragama Islam yang condong menolak Kuasa Melayu dibumi bertuah ini. Itu pertama! Itu pembayang!

Keduanya Karpal telah dengan sengaja memberikan 'signal' dengan membugarkan semangat pengikut komunisnya bahawa Anwar bukan satu satunya tuhan, ketua, taikun dan boneka yang boleh mereka harapkan hanya kerana Anwar Melayu! Dikalangan mereka sendiri pasti dan tentu boleh serta layak diangkat menjadi PM! Itu maksudnya! Itu matlamatnya!


Hari ini Lim Kit Siang bingkas menjawab keterujaan Karpal tersebut dengan mengatakan..-

Berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu, kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.

Anggota Parlimen Ipoh Timor itu bagaimanapun berkata, perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa jawatan itu terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan kediamannya.

Inilah cara DAPig berpolitik! cara lambung dan smash! sebenarnya DAPig sedang menjawab dan memainkan isu politik semasa yang hangat diperkatan kini. Isu Muzakarah ialah isu Melayu! Isu Muzakarah ialah Isu Islam! Bila Melayu dah bercakap tentang agama maka padah dan celaka la DAP dan sekutu mereka! Itu premisnya.


Melayu yang Kit Siang maksudkan itu berlambak dan banyak didalam puak pakatan haram. Pastinya Melayu berdarah Kitol dan Mandaliar ini akan mencium tangan Kit Siang sebagai respond dari apa yang Kit Siang katakan itu. Tentu PAS boleh mengeluarkan fatwa mencium tangan Kit Siang atas kenyataan 'berani', 'jujur' dan 'ikhlas' Kit Siang itu..!

Bos Kit Siang pasti tersenyum senang..Kit Siang pasti ketawa girang! Karpal berjaya membuka ruang! Pengikut DAPig boleh terus mabuk sampai terlentang! Kerana apa? kerana adanya Melayu Idaman! kerana ramainya Melayu pondan! kerana melatanya Melayu yang tidak lagi beriman! kerana wujudnya Melayu yang berebut untung secupak tapi rugi dan hilang segantang!


Barang dijauhkan Allah manusia munafik dikalangan bangsa Melayu dan Umat Islam. Sebenarnya semakin kuat kita diasak, semakin kukuh dan semakin lasak! semakin kuat kita ditekan, semakin tinggi pegangan dan semakin bertambah keimanan!

UMNO ialah parti Keramat, menyelamat bangsa dari merempat, meninggikan syiar dan memartabat umat, membentuk negara aman, makmur dan berkat..! 

Kepada Allah kita berserah!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. tapi bang.. aritu pun Mahathir ckp camni jugak.. PM tk semestinya org melayu.. ?
    mungkin mmg ini caranya berpolitik hee.. ;)

    BalasPadam