Selasa, 22 Mei 2012

Berapa Yusof Dapat Untuk Khianat Kepercayaan Rakyat Dan Negara?

Cerita tak guna..tembak pun tak kena! tersentak ada...terperanjat beruk pun ada! Itu kiasan kepada apa yang berlaku di Mahkamah hari ini. Semua orang dah tahu bahawa BEKAS Peguam Cara II Negara Dato Yusof Zainal Abiden telah muncul sebagai salah seorang barisan peguam bela Anwar Ibrahim. fullstop!

Kita faham itu hak dia! Hak dia sebagai seorang rakyat Malaysia untuk menjadi peguam bela kepada siapa jua yang dia suka! Kita faham itu hak dia setelah bersara! Kita tidak sedikit pun mahu mempertikaikan hak Dato Yusof Zainal Abiden...itu jelas!

Baik...sekarang kita cerita pasal hak kita! Hak kita sebagai rakyat Malaysia! hak kita rakyat Malaysia yang bebas memberikan penilaian! hak kita rakyat Malaysia yang bebas bersuara! 

Bila bekas Pegawai Tinggi di Jabatan Peguam Negara ni rela dan merelakan dirinya menjadi peguambela Anwar..timbul persoalan! Kerana baru sahaja 'berapa hari' lepas beliau mengetuai pendakwaan dalam kes sodomi 2 yang berakhir pada 9 Januari yang lalu dimana Mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah!

Maka kita sebagai rakyat Malaysia juga ada hak bersuara dan nak bertanya? Apakah penundaan demi penundaan yang dibuat oleh Anwar ada kaitan dengan Yusof? Apakah kelemahan pihak pendakwaraya mengemukakan hujah bernas dan bukti kukuh bagi mensabitkan Anwar dalam kes liwatnya keatas Saiful ada kena mengena dengan Yusof? Apakah keputusan YAA Arif Hakim boleh dibaca sebagai kepercayaan dan kehendak peribadi Yusof?


Kenapa pulak kehendak peribadi Yusof? Ini kerana beliau baru sahaja memberitahu kepada kita dan dunia bahawa beliau mempunyai keyakinan kepada Anwar Ibrahim..maka apakah keyakinan yang beliau miliki kepada Anwar kini telah tersemai dan wujud sejak beliau mengetuai kes sodomi 2 tersebut?

Kalau Yusof tidak mempunyai perasaan begitu dan mengatakan bahawa beliau profesional dalam menjalankan tugas maka kita harus mengucapkan tahniah kepada beliau kerana mampu memisahkan perasaan terdahulu dan perasaannya sekarang! dulu dalam sodomi 2 bertindak sebagai musuh manakala sekarang bertindak sebagai hulubalang yang mempertahankan Anwar!

Apa yang lebih hebat ialah Yusof dilihat tega dan tuntas dalam mengkhianati kepercayaan dirinya dalam kes sodomi 2 kalaupun beliau tidak merasai apa apa perasaan terhadap pasukan pendakwaan yang beliau ketuai dalam kes tersebut. Yusof juga hebat dalam  meng'erase' kepercayaan beliau terhadap kes tersebut.

Kalau benar maka Yusof seperti robot yang jelas tidak berperasaan..maka tentunya beliau melakukan tugas profesional ini semata mata mengejar kepuasan dirinya sebagai seorang peguam! Hari ini beliau yang menjalankan perniagaan sendiri pasti mahukan firma guamannya mencipta kejayaan dan mampu meraih pendapatan yang lumayan! Kerana kemenangan bakal mencipta bayaran yang pasti mengundang kepuasan..!!!

Apakah cara dan tindakan Yusof ini semakin menjadikan bidang guaman negara dipandang tinggi ? Apakah benar bahawa ramai peguam didalam negara ini tidak berperasaan? Apakah sikap begini selari dengan tujuan para peguam yang mahu menegak keadilan? 

Sejak dari pagi tadi..Yusof tidak boleh melarikan diri dari persepsi rakyat terhadap dirinya? beliau akan dibaca dan dinilai oleh rakyat sebagai apa? Apakah sebagai seorang Peguam hebat yang tidak berperasaan? Kalau benar begitu...Yusof akan hanya 'berperasaan' kepada apa?

Lu Fikir La Sendiri!!!

13 ulasan:

  1. persepsi pebenda nya bro??? suka hati dialah dah pencen pun, dia nak defend aljubs ke, mak siapa-siapa ke? suka hatilah, hak dia, salah ke? apa-apa pun UMNO kena cermin diri sendiri, cuba tengok betul-betul dalam cermin tu, mesti nampak wajah si babi aljubs, itulah dia UMNO, sama je ngan si albontoti !!! corrupt=UMNO=ANWAR=BABI !!!

    BalasPadam
  2. demi prinsip atau duit?

    BalasPadam
  3. Takde apa la nak herankan dia bela si Nuar tu. Dah kerjaya dia sekarang sebagai peguambela, sudah tentu kerjanya membela pelanggan. Lagi tinggi profile kes tu, sudah tentu lagi syok dia. Dia boleh gunakan sebagai platform utk menonjolkan kebolehan dia. Aku pasti habuan Nuar kat dia pun cantikkk. Ni berniaga bro.

    BalasPadam
  4. kejadahnya dia khianat,

    dia seoarnag pendakwaraya yg bagus dikecewakan oleh peguam negara yg hampeh,

    dia seoarang yg cukup professional..

    cukup wibawa.

    dah jadi lawyer persendirian ikut dia ler nak jadi peguam utk siapa...

    bisnes is bisnes bro...professional ler sikit

    aku harap naiib razak singkirkan peguam negara yg KPI hancus lebus...buang duit rkayat bauar cukai je...

    drputera

    BalasPadam
  5. Why not? Karpal Singh knows that Anwar is gay; he was the first to buka cerita in parliament. And yet he defended Anwar in Sodomy II. A lot of money bro. This lawyering business is very lucrative. So our ex-Public Prosecutor also want a piece of the action; easy money lah for a new law firm.

    Pssst! Maybe it's also a conspiracy hatched by UMNO/BN. Because as defence lawyer, Anwar must tell Yusof everything; the truth, that is. No kelentong. Otherwise, how to defend and win. So with all the secrets acquired, pass it on to UMNO/BN lah. Makan depan belakang bro.

    BalasPadam
  6. Yusof yg aku kenal bergegar2 ckp pasal integriti, prinsip, ideal, dsb. Tapi kini jelas apa yg dicakap selama ini omong kosong. Tanya mereka di pej peguam negara semua selama ini ingat yusof seorang yg manusia yg pegang teguh kpd prinsipnya. Bergegar2 pegang teguh anwar melakukan liwat atas saiful tapi kini membela anwar apabila kes anwar masih dlm rayuan. Yusof amat mengecewakan dan jijik.

    BalasPadam
  7. dah terang lg besuluh yoep

    BalasPadam
  8. apo yg dibuek , itu ikut suko hati dio, kito cakap apo pun tak guno....cumo yg bergunonyo, kalau si yusof cakap pasal profesioliasme, integriti, prinsip, dan ideal..dopan Den..Den akan respond..PUIIIIIIIIIIIIIIIIII....pirah mabok.!

    BalasPadam
  9. DIA DH KENE BELI LER BROO..INTEGRITI DIA DH HANCUSS..SEME DH KE LONGKANG!..TINGGAL RANGKA JEK..TP BAGUS GAK..SEKURANG2NYA RAKYAT DH TAU KNP KES SAIFUL ASIK TANGGUH2 KEHKEHKEHKEH HARKKK PTUIHHH

    BalasPadam
  10. entahlah apa nak jadi, semua orang2 penting dah dibeli oleh anwar, agaknya tak lama lagi peguam negara juga akan dibeli oleh anwar. hancur negara ini, kalu anwar dan orang2nya berkuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TAU X PE KITA BERDOALAH PADA ALLAH AGR MNUNJUKKN KEBENARAN..ALLAH MAHA MELIHAT DA MENGETAHUI SEGALANYA...

      Padam
  11. kalau pegawai kerajaa kita maseh bekerja....

    ada kah mungkin pendakwaan anwar pimpinan yusof ini mempunyai unsur2 korupsi oleh pendakwa?

    ia itu pendakwa yakin tertuduh tidak bersalah, jadi banyak kerenah di buat dalam menangguh kes berkali kali?

    atau pun pendakwa mahu anwar tidak di dapati bersalah dengan sengaja cuai dan leka di dalam kesahihan bukti2?

    jadi kalau kerajaan maseh berkerja, bekerja lah untuk mendakwa yusof, buka lah fail2 lama kes ini bagi mendapat kedudukan yang sebenar.

    rakyat mahu kerajaan bertindak - kerana sudah nyata ada unsur korupsi dalam pihak pendakwa untuk melepaskan anwar dari tuduhan liwat 2.

    BalasPadam
  12. kembali lah kepada kehendak dan perancangan Allah yang Maha Kuasa..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..

    BalasPadam