Ahad, 13 Mei 2012

Tarikh PRU 13..!

baca seterusnya di sini

Namun ada sumber yang mengatakan PM tidak akan membubarkan Parlimen esok..! PM akan menghadiri majlis konvokesyen anak beliau dan seterusnya bercuti sambil mengambil masa panjang untuk menilai nama nama calon yang telah diserah kepadanya.

Diberitakan PM juga dijadualkan menemui beberapa orang yang amat diperlukan dalam memberikan pandangan mereka bagi menghadapi PRU yang akan datang.

Ada yang mengatakan PM hanya akan membubarkan Parlimen selepas hari raya setelah UMNO dan BN bertungkus lumus 'melayan' orang Melayu dan Umat Islam semasa mereka berpuasa dan berhari raya! 

Ini juga menurut sumber akan memberikan PM masa untuk menemui para calon untuk melengkap kan diri selain menemui mereka yang tidak dicalonkan semula agar bertenang dan bersedia memberikan laluan...

Ada juga yang mengatakan PM hanya akan mengadap Agong untuk membubarkan Parlimen setelah beliau membentangkan bajet 2013 pada Jumaat 7 September yang akan datang. Tentu Bajet yang dibentangkan akan memberikan kekuatan kepada BN untuk memenangi PRU yang akand datang.


Tapi ada juga yang mengatakan kalau dibiarkan lama sangat...takut nanti ramai nama mereka dicalonkan tempoh hari terus menerus berkempen hingga menjejaskan persiapan parti secara keseluruhan...sekarang pun dah ada yang jalan mengepak! pakai bush jacket! malah ada yang dah mula mengutuk wakil rakyat yang sedia ada! mereka dah jadi suara pembangkang pulak!

Itu pun juga rumours! Sama macam kat atas tu yang kata PM nak mengadap Agong dalam waktu terdekat..!

Yang tahu hanya PM setelah mendapat petunjuk dari Yang Maha ESA..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan: