Rabu, 23 Mei 2012

Dr Mashita Bogelkan Siapa Pulak Ni..!

 
Dunia akhir zaman..zaman dimana penipuan dianggap benar manakala benar dianggap dusta! Dek kerana desakan hidup maka penipuan dan pembohongan dianggap sesuatu yang biasa bagi sesetengah pihak! Apa yang lebih menarik budaya ini bukan sahaja hidup dikalangan manusia yang jahil malah menyusup masuk melingkari kehidupan mereka yang masyarakat panggil Ustaz dan Ustazah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, yang juga seorang pendakwah terkenal, berpendapat, sudah tiba masanya satu badan pentauliahan dibentuk bagi memastikan gerakan dakwah di negara ini mengikut landasan yang dikehendaki Islam.

"Setakat ini, ada satu sahaja badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha mengesahkan setiap pendakwah yang dikatakan menerima pendidikan dalam ilmu-ilmu berkaitan Islam mempunyai pentauliahan yang diiktiraf dan diakui.

"Kita tidak mahu sesiapa sahaja boleh mengaku mereka kini 'ustaz' atau 'ustazah' kerana definisi 'ustaz/ustazah' itu memberi makna yang sangat besar dan tinggi iaitu tuan guru, pak guru atau maha guru.

"Apa yang berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini ialah semua yang pandai sedikit sebanyak bercakap mengenai Islam dipanggil ustaz/ustazah. Sebab itu, kini berlaku pelakon jadi ustazah, penyanyi jadi ustazah, pemain muzik jadi ustaz dan pelawak pun jadi ustaz," keluhnya dalam ucaptama bagi merasmikan Simposiun Pendakwah Wanita Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra di sini hari ini.

Beliau kesal perkembangan tidak sihat ini kian ketara dan beliau risau mengenai hala tuju dan masa depan gerakan dakwah apabila kekeliruan atau "keliruisme" mengenai siapa yang boleh dipanggil 'ustaz/ustazah' ini dibiarkan berlarutan.

"Saya nampak banyak yang bergelar 'ustaz/ustazah' ini bercakap mengenai Islam dari aspek pengalaman yakni akal dan bukan dari aspek kefahaman yakni ilmu.

"Akibatnya masyarakat menjadi keliru kerana pelbagai pendapat serta 'fatwa' dikeluarkan, yang dilihat kini menjadi punca perbalahan serta perpecahan di kalangan orang Islam.

"Pada saya, apa yang berlaku sekarang adalah satu penjenayahan terhadap ilmu-ilmu berkenaan Islam itu sendiri, apabila orang yang tidak ada kredibiliti dan tiada pentauliahan atau akreditasi dibenarkan bercakap mengenai Islam," tegasnya. - UTUSAN ONLINE

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Bro, comel sungguh Mashitah ni kan? Dan aku setuju ngan dia, kalau tak nanti asal nak dalami agama je terus mereka sesat dengan PAS nanti.

    PAS bukan Islam

    BalasPadam
  2. BYK POMPAN PEEGAYRR NK JD ULAR DLM SEMAK BROO. DIORANG NK SETANDING JD BANGSAT MCM ULAR2 PASRAEL..TGOK JEK MAK LAMPIR, FUZIAH RADIASI, JIJAH, NURUL IZAH..SEMENYE DAH PANDAI KUAR FATWA GILER VAVI..SAPE LG KLU BKN BAPAK KAFIRRUN YG AJOR KEHKEHKEH

    BalasPadam