Isnin, 14 Mei 2012

Perusuh Ada Masa Hingga Esok..!


Perusuh hanya ada masa hingga esok! Pihak Polis akan mula megetuk pintu rumah mulai esok!
Jadilah Jantan! jangan menyorok! Hadir bagi keterangan pun takut ke? takut bermakna mengaku salah! 

Polis masih menunggu 120 peserta, perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas, yang disiarkan wajah mereka dalam media, untuk menyerah diri sehingga Selasa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga Ahad, 21 peserta terbabit ditahan dengan sebahagiannya menyerah diri kepada polis dan ada yang ditahan di rumah mereka.

Beliau berkata, secara keseluruhan polis telah menyiarkan 141 gambar wajah demonstran yang dipercayai terbabit dalam rusuhan di Dataran Merdeka itu.

"Kita akan mengesan dan menangkap mereka yang belum menyerah diri. Kita tidak perlukan waran tangkap kerana ia kesalahan lazim ditangkap dan merusuh merupakan kesalahan lazim," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis kontinjen Kuala Lumpur, di sini, Isnin.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan