Isnin, 7 Mei 2012

Kemana Hilangnya JANTAN?


Apa sebenarnya yang berlaku? seolah olah mamai terjaga dari tidur! mimpi berdengkur! melihat anak bangsa semakin jauh jatuh tersungkur! apakah ada masa depan yang makmur? kalau pun tidak ianya kelam dan semakin kabur!

Kita semua faham! kita semua tahu! bahawa apa jua yang telah dan sedang berlaku kini natijah dari hilangnya majoriti 2/3 UMNO dan BN dalam PRU yang lalu. Itu jelas dan kita tak perlu ulas disini. Kita juga jelas bahawa kekacauan dan ketidaksetabilan politik kini juga berpunca dari sikap dan budaya politik pembangkang yang ganas, rasis, tohmah, adu domba dan jijik diketuai oleh Anwar Ibrahim dan sekutunya. Itu juga tidak mahu kita kupas disini kerana dunia tahu rupa dan jiwa mereka!

Tapi...ada persoalan yang menjadi tanda tanya didada dan pemikiran rakyat terbanyak. Yang menjadi perbualan bagi setiap rakyat yang waras, tahu bersyukur dan berterima kasih atas kemakmuran dan keamanan yang kita semua kecapi selama ini. 

Apakah wajah sebenar negara kita Malaysia yang sedang kita lukiskan? Apakah roh yang sedang kita seru dan tiupkan kepada anak anak bangsa negara bagi mereka genggam sebagai pemuka bangsa masa hadapan? Apakah budaya yang sedang kita semai didalam jiwa dan sanubari rakyat jelata yang yakin percaya untuk mempastikan kemerdekaan, kedamaian dan ketenteraman yang mereka kecapi ini mampu mereka warisi dan wariskan kepada generasi anak bangsa seterusnya?

Apakah kita sedang membenarkan tumbuhnya budaya politik ganas, buas dan zalim? Apakah kita rela membiarkan agama dicemar, budaya dikotorkan, peradaban dileraikan, kemakmuran diganggu gugat hanya atas nama kebebasan dan hak asasi mereka yang sebenarnya didoktrin oleh ideologi politik jelek yang dibawa oleh pembangkang dewasa ini?

Apakah peranan menjaga kemanan dan kemakmuran serta memajukan negara hanya terletak di pundak segelintir kita sahaja? Bagaimana dengan tanggungjawab kita semua sama ada yang memegang tampuk kuasa mahupun hanya bergelar rakyat jelata?

tindakan biadap puak pembangkang! kenapa dibiarkan?

Apakah peranan mereka di MCMC? Apakah mereka tidak melihat kenyataan biadap diatas? Apakah peranan mereka di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia yang menjaga setiap tingkah yang jauh tersasar? 

Apabila wujudnya ramai mahasiswa yang dirasuk dengan agenda politik kotor pembangkang hingga sanggup tidur secara sonsang diantara lelaki dan perempuan di Dataran Merdeka hinggalah kepada berlakunya mahasiswa yang terlibat sebagai perusuh 3 minggu yang lalu...apakah tindakan pihak pengurusan Universiti kita? Dimana suara cerdik pandai mereka? dimana nilai intelek mereka?

Kalau semuanya nak dijawab oleh orang politik yang memegang kuasa...pastinya jawapan mereka akan dipolitikkan! tapi dimana peranan Jawatankuasa Suruhanyaja Komunikasi dan Multimedia dalam memantau agenda jahat yang sanggup meletakkan muka mereka yang menjadi pejuang Bangsa dan Negara sebagai orang buruan? Mana muka dan suara kelompok ini? Apakah mereka juga dirasuk dan sebenarnya merelakan perkara ini berlaku?

Dimana suara pihak yang memegang disiplin di Universiti dalam mengambil tindakan keatas para pelajarnya sejak dari kes UPSI, Dataran Merdeka hinggalah kejadian rusuhan pada 28 April yang lalu?

YAB PM Dato Seri Najib nampaknya terpaksalah duduk lebih lama dalam meneliti setiap nama mereka yang hari ini memegang tampuk tapi langsung tidak menjalankan kerja! Rakyat terbanyak yang merupakan suara majoriti dalam negara mahu YAB PM menyenaraikan mereka ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya..

Merekalah sebenarnya penyumbang kepada kerosakan, keruntuhan budaya dan kelamnya peradaban didalam negara kita yang tercinta! penyakit perlu diubati..kalau dah tak boleh diubati maka perlu dibuang agar tidak membawa parah kepada anggota yang lain...! Itu sebesar besar amanah!


Kita berbangga mengakui bahawa kita sebagai orang Islam yang Beriman..! namun kita tidak pula menilai apakah kedudukan Iman yang kita miliki. Seorang Islam yang beriman tahu bahawa kuasa yang ada ditangan boleh mencegah dan menghalang dari sebarang kerosakan. Jika tiada pun kuasa maka menyuarakannya juga ada lah lebih baik dari hanya menolak dan menafikannya didalam hati...kerana itu selemah lemah Iman..!


Namun keimanan juga perlu disubur dengan keberanian yang hak! keberanian yang meletakkan kebenaran sebagai asas setiap tindakan! Iman lah yang mencipta keberanian yang hak lagi benar! Namun apakah masih lagi ada keberanian...? jika kita selesa dengan tahap selemah lemah Iman..! Hilang lah keberanian...Jauh lah JANTAN!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. selagi ada bapak penipu tu tak aman lah malaysia ni, dari 1998 sampai sekarang tak aman kita di buatnya,wakil rakyat bela rakyat bukan jahanam kan rakyat,.. dia gila kuasa,,,

    BalasPadam
  2. Pada 28/08/2009 demonstrasi kepala lembu jadi isu panas menggemparkan negara. Banyak laporan polis telah dibuat. Kita tidak hairan jika pihak kuil Hindu dapat sokongan kaumnya. Apa yang menghairankan sikap pemimpin Islam PR yang keluarkan pelbagai fatwa konon demo kepala lembu menghina anutan agama lain. Pada 04/09/2009 Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. Kenapa setiap bantahan penduduk pemimpin PR salahkan UMNO?. Kenapa pemimpin dan blog pro PR membela pihak yang buat provokasi kepada penduduk Seksyen 19?. Melayu bawa kepala lembu jadi isu sensitif sedangkan pengunjung kuil tidak penduli sensitiviti penduduk Seksyen 19?. Aktiviti kuil mengganggu ketenteraman awam dikawasan majoriti Islam. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu?. Pada April 2008 bendera PAS dan PKR digantung pada papan tanda PKNS, pemuda kuil kata dua parti sokong kuil tak payah pindah?. Kenapa bendera parti Islam berkibar disitu?. Pada 26/07/2008 pengunjung kuil buat perarakan bergendang bawa patung besar waktu tengah malam jam 1 pagi, suasana malam itu kecoh. Tetapi tidak ada tindakan susulan selepas aduan dibuat kepada wakil rakyat walaupun ada ugutan bunuh pada malam itu. Malah gangguan semakin kronik hingga Dis 2008 penduduk minta bantuan NGO. Kedatangan NGO diserang Khalid Samad (semak minaq jinggo 08/01/2009 Ahli Parlimen pertahan kuil). Berderet artikel Khalid Samad menuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. Kenapa Khalid Samad membela pihak yang buat provokasi kepada penduduk Islam?. Kenapa wakil rakyat tidak peduli situasi sukar, tekanan emosi dan risiko yang dihadapi penduduk ketika itu?. Adakah YB Khalid menunggu keadaan jadi kritikal baru hendak membantu?. Kenapa YB Khalid tidak persoalkan kenapa pihak kuil enggan keluar walaupun sudah beberapa kali diarahkan pindah?. Kenapa kuil kecil itu dimasukkan elektrik, air dan dibesarkan tanpa pelan dan permit PBT walaupun mereka tahu disitu tapak rumah PKNS?. Pada tahun 2006 dan 2007 penduduk buat aduan kepada Sultan Selangor, BPR dan Biro pengaduan Awam JPM. Pada 29/12/2007 BN lulus kuil pindah ke Seksyen 22. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan kuil dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Semasa BN pihak kuil disokong pemimpin mereka, tetapi semasa PR disokong pemimpin Islam. Gangguan kuil semakin menjadi-jadi hingga berlaku pelbagai ugutan. Aduan demi aduan tiada tindakan, bila minta bantuan luar Khalid Samad buat pelbagai tuduhan. Pada Januari 2009 NGO hantar memorandum desak kuil pindah. PR bersetuju pindahkan kuil ke Seksyen 23. Penduduk Islam bantah tidak mahu kuil besar dibina dikawasan mereka. Mereka persoalkan kenapa surat pesetujuan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 pada 07/05/2009 ditanda tangani oleh YB Rodziah, YB Khalid Samad dan wakil kuil sahaja?. Kenapa tiada wakil penduduk Sek 23 dipanggil dalam mesyuarat itu?. Pagar tapak kuil satu ekar di conteng penduduk, tetapi MB Selangor tegas hendak teruskan bina kuil disitu. Kenapa pemimpin PR tidak menjaga sensitiviti masyarakat Islam?. Bantahan penduduk Islam Seksyen 23 tidak dipedulikan. Selepas demo kepala lembu kuil tidak jadi dibina di bersebelahan padang permainan Seksyen 23, kuil Seksyen 19 dipindahkan bersebelahan kilang Nitto Denko. Seramai 6 penduduk dan 6 NGO terpaksa turun naik mahkamah kerana demo kepala lembu. Pemimpin PR menuding jari kepada UMNO demi untuk menutup kesilapan mereka sendiri. Sebuah filem dokumentari ditayangkan di Menara PKNS pada 16/10/2010 memaparkan kesah kumpulan penduduk Melayu menentang pemindahan kuil dari Seksyen 19. (http://freedomfilmfest.komas.org/fff/kisah-tauke-mancis-minyak-tumpah). Wakil Rakyat Shah Alam salahkan UMNO dalam isu kuil Seksyen 19 dan bantahan penduduk Seksyen 23. Penduduk yang menonton filem itu tahu fakta sebenar yang dihadapi penduduk Islam. Isu kuil itu menyerlahkan sikap pemimpin yang berprasangka buruk sesama Islam tetapi amat toleransi dengan puak kafir. Masalah diSeksyen 19 selesai pada 02/02/2012 selepas campur tangan NGO dan jadi isu Negara 2009.

    BalasPadam
  3. www.khalidsamad.com - Petikan blog Khalid Samad - Isu Kuil Seksyen 19

    Saturday, January 10, 2009 - Persoalan Kuil di Sek 19 dan Tindakan Pewaris

    Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan. Melihat dia teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR gagal menyelesaikan masalah di Selangor.

    NOTA PENTING: Minta disebarkan perkara ini kerana dijangka provokasi yang sedemikian rupa akan digunakan lebih kerap lagi menjelang PRK-KT, maka harus sentiasa berwaspada. Jangan kita terpedaya!

    Monday, January 12, 2009 - Undang-Undang DS atau BN
    Ini jugalah seruan Pewaris. Kumpulan yang datang untuk menimbulkan provokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Mereka seolah-olah menyeru orang Melayu/Islam bersatu untuk menekan kaum India supaya orang India akan memindahkan kuil mereka kepada mana sahaja yang ditentukan oleh pihak MBSA. Walau ke ceruk mana. “Melayu bersatu! Melayu bersatu!” laungan mereka. Bersatu untuk ke mana? Ke landasan rasuah, penipuan dan penyelewengan yang telah disediakan selama ini oleh UMNO? Tak payah lah. Landasan kita adalah Islam dan kalau tak berapa tahu Islam, mengajilah. Datang kuliyah agama ataupun ceramah PAS, insyaAllah, semuanya akan jelas.

    Tuesday, August 18, 2009 - Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam
    Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka.
    Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

    Wednesday, August 19, 2009 - Respon Pengunjung: Persoalan Kuil Seksyen 23

    Terima kasih diucapkan atas komen-komen yang terima, termasuk yang menolak dan mempertikaikan tulisan saya. Isu yang dibincang memang ‛sensitif’, kerana dijadikan sensitif. Lebih-lebih lagi bila ada tukang perhangat. Namun perbincangan rasional perlu untuk menyelesaikan masalah yang diwarisi.

    Dasar kerajaan PR, ‛Tiada kuil baru dan tiada kuil yang diroboh’. Ada pula yang menambah Seksyen 22 adalah tapak cadangan kerajaan BN dulu, majoriti masyarakat Hindu. Hakikatnya tapak cadangan BN adalah kawasan kilang, jauh dari mana-mana penduduk, Muslim mahupun Hindu. Terlalu jauh dan amat tidak sesuai. Kalau betul ingin membantu, biarlah ikhlas, biarlah adil.
    SUNDAY, AUGUST 30, 2009 - Peta Lokasi Berhubung Kuil Seksyen 19

    BalasPadam
  4. http://pewarisummah.blogspot.com/
    TUESDAY, JANUARY 13, 2009
    ADUAN BERKENAAN KUIL DI SEKSYEN 19, SHAH ALAM
    KUIL YANG MENYUSAHKAN PENDUDUK SETEMPAT :

    ADUAN 2 - PENDUDUK BENGKEK

    Merujuk kepada komen YB Khalid Samad
    “Memang perjumpaan YB dengan penduduk telah diadakan di dewan Masjid Seksyen 19, malah perjumpaan penduduk bersama AJK kuil pun telah diadakan pada 12/8/2008. Di mana, beberapa rumusan telah dibuat dari pertemuan tersebut sementara janji YB untuk memindahkan kuil tersebut dalam masa satu tahun memerintah seperti :-
    1) TIDAK TERUS MEMBUAT PEMBINAAN TAMBAHAN DAN PEMBESARAN KUIL YANG AKAN DIPINDAHKAN.
    2) TIDAK MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA SEBAB 100% PENDUDUK PERSEKITARAN ADALAH BERAGAMA ISLAM.
    3) JANGAN BUAT BISING SEMASA GUNA KUIL.
    4) JANGAN GANGGU PENDUDUK DENGAN UGUTAN OLEH MANA-MANA PIHAK ATAU KUMPULAN SAMSENG YANG TERLIBAT.
    5) TIDAK GANGGU LALU LINTAS SERTA LETAK KERETA PENDUDUK.
    6) BENDERA PAKATAN RAKYAT DAN BENDERA PAS MINTA DIALIH DARI KUIL.

    Malangnya Nazir Masjid telah dihubungi pihak AJK kuil menyatakan :

    1) “KITA TAK BOLEH PINDAH, TEMPAT TAK SESUAI TAK ADA ORANG DUDUK SANA DAN TEPI SUNGAI.”
    2) “KITA TAK MAU PINDAH TAPI KITA AKAN BUAT TEMBOK TINGGI KELILING KUIL SUPAYA ORANG TAK NAMPAK”
    3) “KITA AKAN BUAT JALAN MASUK IKUT SEBELAH PADANG JOGGING.

    Sejak Kerajaan pakatan rakyat memerintah, aktiviti kuil semakin rancak.

    1) TIAP-TIAP HARI RAMAI ORANG LUAR BERKUMPUL SEMBAHYANG DIIRINGI TROMPET SERTA GENDANG BERKUMANDANG DARI PUKUL 7.00 PETANG HINGGA 11.00 TENGAH MALAM.
    2) BEBERAPA UGUTAN BUNUH TERHADAP PENDUDUK TELAH BERLAKU. ADA PENDUDUK DIUGUT DENGAN MELETAK PEDANG DI GATE RUMAH.
    3) AHLI PENDUDUK NAK BUAT KENDURI TAHLIL PUN KENA BAYAR DUIT PERLINDUNGAN DENGAN PIHAK SAMSENG KUIL WALAUPUN PENDUDUK INDIA DI PERSEKITARAN KUIL HANYA LIMA KELUARGA SAJA.
    4) KEGIATAN SAMSENG 303 SEMAKIN RANCAK MABUK-MABUK DAN BERKUMPUL DI KAWASAN KUIL SERTA RUMAH PENDUDUK DICONTENG 303. PAPAN TANDA JALAN DICONTENG 303 SEBAGAI TANDA MARKAS. KELENGKAPAN DAPUR PENDUDUK JUGA DICURI, PANTANG NAMPAK LETAK DI LUAR MESTI KENA CURI.
    5) KAMI KHUATIR SAMSENG 303 AKAN MEMBAKAR RUMAH PENDUDUK YANG BERANI MEMBANTAH PERBUATAN MEREKA SEPERTI YANG BERLAKU PADA 25/3/1994 YANG LALU.

    # Aduan penduduk kepada PBT tidak dihiraukan sebab tangan mereka pun terikat Aduan Polis pernah dibuat, mereka datang sekadar tengok saja sebab jenayah tak serius.

    1) Pembinaan dan pembesaran kuil terus rancak berlaku.
    2) Pembesar suara tetap rancak digunakan dengan kuat .
    3) Bunyi bising tetap rancak sambil semua bertepuk tangan.
    4) Bunyi-bunyian special lagi diada-adakan menandakan tuhan mereka datang.
    5) Kata-kata kesat turut diucapkan, mereka kata ‘MELAYU BODOH’, orang mahu sembahyang. 6) Aduan dibuat kepada pembantu wakil rakyat tetapi jawapannya “ MELAYU-MELAYU NI MENGADA-NGADA AJE”.
    7) Aduan kepada pihak polis jawapannya ‘kami tidak boleh buat apa-apa kalau tidak melibatkan jenayah berat laporan pun lambat.”

    BalasPadam
  5. sambungan:

    Pemindahan kuil telah di tangguhkan beberapa kali sejak September 2010. Pada Julai 2011 penduduk melihat kuil baru di Seksyen 23 masih belum lagi disiapkan. Pada 22/09/2011 penduduk hantar aduan ditanda tangani lebih 100 penduduk kepada YB Dato' Khusrin bin Munawi, SUK Selangor mohon bantuan agar pemindahan kuil itu keSeksyen 23 disegerakan. Laporan dokumen Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada Julai 2009 yang ditanda tangani oleh Datuk Bandar Shah Alam ada laporan yang ditulis ia-itu pihak Polis menasihatkan pihak MBSA memindahkan kuil di Seksyen 19 bagi mengelak perkara tidak dingini terus berlaku.

    Kuil yang mengganggu ketenteraman awam penduduk di Seksyen 19 Shah Alam sudah pun dirobohkan pada 02/02/2012. Blog pro PR membuat ulasan UMNO PIJAK KEPALA LEMBU - MASALAH KUIL SEKSYEN 19 SELAMA 24 TAHUN DISELESAI PR HANYA DALAM 4 TAHUN. Memang benar usaha PR selesaikan pemindahan kuil ke Seksyen 23. Kuil kecil di atas tanah milik PKNS Seksyen 19 sudah digantikan tapak baru dikawasan seluas satu ekar di Seksyen 23. Pemimpin dan media PR memuji kuil berjaya dipindahkan dengan kerjasama pihak kuil itu. Tetapi pemimpin dan media PR jangan lupa masalah penduduk Seksyen 19 berlarutan selama 4 tahun kerana pemindahan kuil ke Seksyen 22 dibatalkan oleh PR. Pemindahan kuil yang sepatutnya selesai pada tahun 2008 ditangguhkan hingga tahun 2012. Hakikatnya pelbagai masalah yang berlaku dalam masa empat tahun PR berkuasa (Mac 2008 - Januari 2012) lebih teruk berbanding semasa BN dahulu. Cabaran penduduk bukan sahaja dari pengunjung kuil, tetapi sikap toleransi pemimpin PR kepada Hindu kuil menimbulkan masalah kepada penduduk. Kuil senyap selama tujuh bulan selepas campur tangan NGO Islam pada Januari 2009. Tetapi keramaian bergendang berlaku semula pada bulan Ogos, November dan Disember 2009. Pintu pagar gelanggang dibina NGO telah diconteng nombor gengster 303, dinding gelanggang diconteng perkataan yang bermaksud mencarut, dalam gelanggang sering dibaling botol-botol arak. Papan tanda Tapak Gelanggang Pewaris telah dirosakkan. Keramaian kuil pada 11/08/2010 hingga 15/08/2010 dalam bulan Ramadhan mendapat kebenaran YB Adun konon upacara terakhir sebelum dipindahkan September 2010. Tetapi selepas berakhir September 2010 kuil tidak pindah. Selepas itu YB Adun maklumkan kuil akan pindah pada akhir November 2010, tetapi kuil disitu juga. Aktiviti kuil menganggu penduduk sampailah hari upacara akhir dikuil itu pada 26/01/2012.
    Sikap toleransi pemimpin politik Islam menggugat bangsa sendiri. Penduduk terpaksa menerima kesannya walaupun dalam pelan asal Seksyen 19 tidak ada tanda kuil disitu.

    BalasPadam