Ahad, 20 Mei 2012

Abang Jo Buat Anwar Tak Selera Meliwat..!

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen Barisan Nasional (BN) terbesar di Sarawak, sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) seandainya Parlimen dibubar dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata semua jentera parti sudah bersedia untuk memastikan kemenangan besar BN di
Sarawak pada pilihan raya umum kali ini.

"Kita sudah bersedia, hanya menunggu masa bila semboyan (pembubaran) akan dibuat," katanya kepada pemberita selepas menutup ujian tilawah Al-Quran dan pertandingan nasyid Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak di sini hari ini.
Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan negeri berkata di atas semangat BN, semua anggota akar umbi PBB dinasihati agar kekal memberikan sokongan kepada semua calon yang akan mewakili BN nanti.

Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dan daripada jumlah tersebut 14 kerusi merupakan milik PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak dengan lima kerusi,
Parti Rakyat Sarawak (enam kerusi), Parti Demokratik Progresif Sarawak (empat kerusi) manakala dua lagi dikuasai pembangkang iaitu DAP.

Mengenai senarai calon PBB, Abang Johari berkata senarai calon parti sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti di peringkat negeri dan pusat.

"Kita sudah serah nama calon, sama ada calon dikekal ataupun digugur terserah kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri," katanya.- Bernama

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan