Peminum arak tegar @ PRESIDEN kepada semua parti dalam dunia ni nampaknya marah sangat dengan tindakan Jakim dan pihak Jabatan Agama Negeri yang sebulat suara mengharamkan buku penulis sesat Irshad Manji.
Menurut Zaid, jabatan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan buku Irshad yang dikenali sebagai pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
"Jakim tak ada kuasa haram buku pun. Ini masalah menteri tak faham tugas. Menteri Jakim tak ada kuasa haram buku. Menteri Dalam Negeri ada kuasa," kata Zaid yang dipetik menerusi akaun twitter miliknya pada Khamis.
Komen Zaid itu dipercayai merujuk kepada tindakan Jakim memutuskan buku Irshad haram kerana bertentangan dengan ajaran Islam.
Buku tersebut diterbitkan syarikat milik Zaid iaitu ZI Publication yang dikendalikan anaknya, Ezra Zaid.
Agak nya apa perasaan Zaid bila bercakap demikian? bangga? seronok? dan merasa diri hebat dan cerdik agaknya bila menafikan pula hak dan kebenaran Agama yang dia dakwa dia anuti! Mendukung kesonsangan dan kesesatan yang jelas bertentangan dengan kehendak agama juga norma susila kita sebagai manusia.
Yang lebih malang apabila Zaid rupanya mendapat laba! mendapat untung! malah mengambil untung dari menyebarkan kesesatan dan kesonsangan...Nauzubillah!
Mengulas lanjut Zaid turut mempersoalkan keputusan pengharaman yang dibuat Jakim bersandarkan kepada kandungan unsur liberalisme.
"Mengapa Jakim sangat takut dengan idea liberalisme? Mungkin mereka fikir ia seperti komunisme.
"Penulis liberal memberi pandangan yang agak lembut mengenai agama. Berbuat baik...memaafkan, tidak hanya mengenai neraka dan hukuman. Apa yang salah mengenainya?" katanya.
Selepas menyokong dan menyebarkan kesonsangan sex, Zaid terus menyokong kebersamaan Agama yang beliau anuti dengan agama lain yang jelas dan terang sesat! Mengiktiraf dan mengakui bahawa adanya kebenaran didalam kesesatan agama orang lain dan membuktikan bahawa agama yang dia anuti sekarang ini masih tercela dan kekurangan dalam beberapa perkara terutama hal yang berkaitan dengan sex..! Nauzubillah!
Jenis ni la yang dimaksudkan oleh Kit Siang bahawa beliau menyokong negara ini terus diperintah dan dikuasai oleh orang Melayu sebagai PM! tapi Melayu yang macam mana? tentunya Melayu yang macam Zaid Ibrahim kalau pun bukan Anwar Ibrahim..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan