Rabu, 11 September 2013

Azalina Kibar Bendera..



JOHOR BAHRU 10 Sept. - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagaian Pengerang berkata, walaupun berat untuk menarik diri, namun demi perpaduan dan keutuhan parti keramat Melayu itu, beliau sanggup membuat keputusan tersebut.

"Saya tak mahu bibit-bibit perpecahan berlaku khususnya dalam Wanita UMNO yang merupakan tunjung kepada UMNO. Berikutan itu, saya buat keputusan untuk tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, tetapi akan mempertahankan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti bulan depan.

"Saya yakin walaupun tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, masih ada ruang dan peluang untuk membantu memantapkan parti menerusi jawatan MT," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.


Baca kupasan lanjut di sini

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Nak elak perpecahan penting ke atau UMNO nak berkubur !

    Pemimpin UMNO tak ada semangat jati....penakut. Asyik nak mintak talian hayat...

    Dah tahu kalah . .. TURUN LA DARI TAHTA TU...TAKKAN NAK BAWAK MASUK KUBUR KOT. (KUBUR UMNO)

    BalasPadam
  2. Bagus tindakannya. Betul untuk elakkan perpecahan eloklah batalkan perebutan. Itu lah semangat perpaduan namanya. Dia tahu apa yang terbaik untuk parti. Kalah menang adat pertandingan tetapi siapa yang patut turun dari tahta yang anda maksudkan? PuteraNS.

    BalasPadam
  3. Jika Wanita bahagiannya nanti menyokong Sharizat utk jawatan Ketua Wanita maka ia akan memberi kesan kepada pertandingan mengekalkan jawatan Ketua Bahagiannya. Oleh itu lebih baik dia lupakan niat asalnya. Rasanya beliau pun goyah dlm mengekalkan jawatannya kerana ramai orang kuatnya dulu yg membantu menewaskan Harun telah kembali menyokong Harun balik.Saat-saat kejatuhannya di Pengeang semangkin hampir. Eloklah beliau menumpukan kerjanya sebagai Ahli Parlimen. Bairlah orang lain anak tempatan yang jaga UMNO Pengerang.

    BalasPadam
  4. Play Safe, Selamatkan diri, Orang UMNO skag sume PLAY SAFE, Tun M. Dulu hantar surat pada Tunku Abd Rahman selamba jer. Jd gak dia PM yang k 4. Bagi akulah, Skandal NFC 1 hal, nak jd ahli parlimen lembah pantai kompom kalah dah tah di terima, masa PRU pun x de kawasan yang boleh masuk nama dia, Nak lantik senator jadi menteri lagi k? Berapa ramai plak ahli parlimen x di lantik menteri????. 6 orang di lantik senator ke jawatan menteri. agak-agak la. Apa semua nie??? aku bkn la pandai sangat tp aku pk logik. walau mcm maner pun terjadi UMNO ttp d hati. Bukan pemimpin bangkai. takut bacul. melayu skang banyak bergantung pada yang lain. yang berani boleh kira. ketua pemuda, bak kato org kampong den HOH Jo LOBIH, Buek Bolom Tontu laieeeeeeee......

    BalasPadam
  5. Ketua Wanita kasi Lawan!!!! Sampai Menang

    BalasPadam