Jumaat, 13 September 2013

Beauty & The Beast Dibicarakan Di Mahkamah...


Sebelum kawin, perempuan cakap lelaki dengar...

Selepas kahwin, lelaki cakap perempuan dengar...

Dah lama kahwin, laki bini bercakap, jiran tetangga dengar...gaduh besar rupanya..!

Yang ini..tak cakap dan tak dengar...! tapi satu dunia nampak!!!

Tarikh sebutan semula kes seorang penjawat awam didakwa memukul isterinya di dalam lif pada Ogos lalu ditetapkan 22 Oktober ini di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini.

IMajistret Nur Zafirah Mohamed Ali memutuskannya bagi menetapkan tarikh bicara selepas peguam bela menyerahkan dokumen berkaitan prosidng kes.

Mengikut  pertuduhan, Muhammad Affandi Ismail, 36, dituduh sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya berusia 36 tahun dalam lif di Hospital KPJ, Bandar Perda di sini, kira-kira jam  4 petang, 12 Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan, Muhammad Affandi boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Penjawat awam itu diwakili Suhaila Saad manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.

Nama isteri lelaki itu dirahsiakan kerana wanita itu berada di bawah perlindungan sementara (IPO) atas perintah mahkamah.


Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Dia ni "mengaku tidak bersalah" walaupun satu dunia nampak jelas apa yang dia buat. Malah, anak-anak dia pun nampak.

    Pasti lucu bila dalam mahkamah nanti dia cakap yang dia tak pukul, dia cuma sentuh....sentuhan yang TERkuat sedikit sebab tangan dia besar.

    Dia sengaja pilih peguam wanita. Selalunya untuk menggambarkan isteri dia tu laa yang jahat.

    Pasti lucu bila peguambela tu cakap yang si isteri tu lah yg menyebabkan OKT bertindak di luar kawalan. OKT ni lembut orangnya tp mangsa tu yang jahat.

    Kah..kah..kah...

    Si Suhaila ni... kenapa laa dia sanggup terima tugas utk bela lelaki macam ni. The smirk on his face buat saya rasa nak muntah...

    BalasPadam