Rabu, 4 September 2013

Kenal Siapa Ni?

Presiden Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayah Utara, Datuk Yusoff Ismail
Nampak? dah mula dah...! cuba baca dan fahamkan apa dia kata dibawah ni...

ALOR SETAR - Kenaikan harga minyak jenis RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa semalam akan meningkatkan caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan antara empat hingga lima peratus.

Presiden Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayah Utara, Datuk Yusoff Ismail berkata, kenaikan itu memberi impak besar kepada syarikat pengangkutan perdagangan termasuklah pengusaha bas ekspres.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan pengusahanya menaikkan tambang atau sewa perkhidmatan pengangkutan bagi mengelakkan kerugian kerana terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api.

“Pengusaha pengangkutan perdagangan terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api yang lebih membebankan dan mereka berkemungkinan menaikkan tambang atau kadar sewa kos perkhidmatan pengangkutan.

“Saya terima laporan daripada pengusaha syarikat pengangkutan perdagangan, bahawa mereka jangka caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan akan naik sebanyak 4 hingga 5 peratus," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Yusoff berkata, kenaikan harga minyak itu juga sekali gus akan meningkatkan harga barangan lain.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengguna Kedah (Cake) berkata, barangan lain secara langsung membabitkan kebergantungan kepada kos pengangkutan untuk proses pengedaran dan penghantaran.


Ini yang rakyat risaukan, ini yang membuatkan rakyat resah gelisah, semua orang tahu waima keling bunting pun boleh faham kesan kepada kenaikan bahan api. 

Rakyat berharap sangat agar pak pak menteri yang bijaksana sini tu turut risau dan gundah gulana berfikir bagaimana pihak kerajaan mampu 'menyerap' sebarang harga agar rakyat tidak terus 'menyirap'.

Rakyat faham bahawa sebarang kenaikan harga dipasaran hampir tidak dapat dielakkan disebabkan kenaikan harga minyak NAMUN sebarang kenaikan harga barang, jualan dan perkhidmatan mestilah BERPATUTAN dan tidak membebankan rakyat. Macam Din Turtle kata kat sini.

Amaran..amaran tak main..! turun ke padang dan pastikan mana mana lintah darat ini dihukum dan diberitakan kepada umum agar rakyat dan pengguna tahu mana yang terbaik untuk mereka. Banyakkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi...puak PEMANDU kena perah otak..! bukan perah duit rakyat..!

Contoh macam cadangan nak mewujudkan minyak RON92..lakukan segera! jadi rakyat terbanyak yang tak mampu ada pilihan untuk menggunakan barang murah.


Menuju negara maju pasti ada kesannya, rakyat marhaein terpaksa terima jika mereka akan jadi warga kelas 3 dengan mengungguli barang barang 'low class' kerana SESUAI dan SEPADAN dengan kekuatan kewangan yang ada pada mereka. Bagi yang kaya boleh terus nikmati kekayaan yang mereka miliki.

Setakat ini rasanya rakyat terbanyak belum lagi menikmati slogan pihak kerajaan yang mahukan rakyat berpendapatan tinggi. Macam mana nak rasa pendapatan tinggi..kerana kalau pun naik gaji...kos hidup pun turut meningkat..! bila nak rasa kaya kalau senang pun belum boleh?

Lu Fikir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. sampai bila nak serap? kau ingat kalau pembangkang ambil alih Negara ni diorang serap ker kos tu? kau tengok Singapore Negara kecil macam tu pun minyak dia lebih mahal dari Malaysia..

    Hang ada otak ker tak ni?

    BalasPadam
  2. hairan nya bila minyak naik semuanya naik, tapi jika minyak diturunkan, barang2 serta perkhidmatan yg lain tidak diturunkan pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naik berantai, turun tak de rantai.

      Padam
    2. SEMUA NAIK NI SEMUA AKU OK OK NO HAL LAH BUBUR JE
      TAPI AKU TERLEBIH RISAU TIAP KALI HARGA MINYAK NAI 'BATANG' AKU TAK NAIK
      ISSUE BESAR BEB
      NJI UTUK SELAMATKAN BATANG AKU U TLG DOWN HARGA PETROL SUPAYA MAINTAINNNNNNNNNNNNNNNNN

      Padam
  3. aku dah tak boleh bersabar dengan situasi inii...amaran,,,amaran...dan amarannnnnn dengar kata bulan depan tariff api pon turut naik diikuti harga simen dan lain-lain lagi,,..

    WAHAI PAK MENTERI TOLONG KESIAN LAH SIKIT KAT KAMI,RAKYAT YG KERDIL INI....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mai la kita naik beskal ramai ramai...utk short distance je la...kalau long distance kita naik bas or ketapi....tak pun naik lori.....
      mai la kita bawak bekal nasik bila pi keja....makan ramai ramai ala ala pot luck gitu kat kantin.....

      Padam
  4. Mereka ni pernah tak cakap mereka ada untung dari berniaga? Rasa-rasa tak pernah. Kalau asyik kata rugi, baik jangan berniaga. Dah memang pengkhianat.... asyik pentingkan diri sahaja. SPAD jangan beri muka. Tauke-tauke selalu Nampak segak pakai kot sana sini dan keta pun menjalar, hisap cigar yang mahal, berpusing-pusing melobi ahli politik, kaut untung.....tapi tak pernah cakap untung, asyik jer rugi. Piirahhh.

    BalasPadam
  5. MASALAHNYA PENGUSAHA KENDERAAN BERAT NI TAK KIRALAH LORI PENGANGKUT ATAU BAS KOMERSIAL ADALAH MEREKA INI TIDAK PERNAH MAHU HILANG ATAU MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN YANG MEROSOT. ASAL NAIK JER HARGA MINYAK DEPA DAH KATA AKAN TANGGUNG KOS DAN MENGALAMI KERUGIAN..... KENYATAANNYA DAH BERTAHUN TERUS PEROLEH KEUNTUNGAN...SESEKALI KENA SERAP KOS YANG MENGURANGKAN KEUNTUNGAN MEREKA. BUKAN RUGI PUN CUMA BERKURANGAN UNTUNG JER.

    BalasPadam
  6. rugi!!!? jawapan cam sial je...kalau rugi..dorang dah tutup kedai dah...kata je le 'untung tak banyak mcm sebelum ni' kan senang...

    BalasPadam