Jumaat, 4 Julai 2014

China Nafi..!


Kerajaan China nafi…!

Alhamdulilah…

KUALA LUMPUR: Duta China di Malaysia Dr Huang Huikang menafikan laporan media asing pada Rabu kononnya umat Islam di wilayah Xinjiang di China dilarang daripada berpuasa pada bulan Ramadan. 

"Saya tidak fikir berita itu benar. Media China mana yang melaporkan berita ini? Ini bukan media China, betul?" katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Meja Bulat Korporat Malaysia anjuran Istitut Kepimpinan dan Strategi Asia di sini hari ini.


Bagaimanapun beliau memberi jaminan kementerian berkaitan di China akan memberi penjelasan berhubung perkara itu. 

Media asing melaporkan pada Rabu beberapa jabatan kerajaan di Xinjiang melarang petugas beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadan. 

Media terbabit menyiarkan arahan yang didakwa daripada jabatan kerajaan di China melarang anggota Parti Komunis yang memerintah, guru dan golongan muda daripada berpuasa atau menyertai aktiviti keagamaan dalam bulan Ramadan. 

Sebahagian besar wilayah Xinjiang dihuni kaum minoriti Uighur yang beragama Islam. Selama bertahun-tahun parti Komunis China yang memerintah melarang umat Islam di wilayah itu daripada berpuasa, dan seringkali berakhir dengan pertempuran antara kaum minoriti Uighur dan anggota pasukan keselamatan yang membawa kepada kematian. 

- BERNAMA

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan