Isnin, 14 Julai 2014

Mad Hassan Boleh Buat Shahrizat Hangin..!


Apa cer..!

Layan..

SEREMBAN – Orang ramai berpeluang membeli daging lemsegar dengan harga istimewa pada program Mantai Perdana 2014, 25 Julai ini, di kawasan bekas tapak kem tentera Paroi di sini bermula pukul 10.30 malam.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, para penternak yang menyertai program itu bersetuju menjual daging lembu segar pada harga RM20 sekilogram berbanding harga pasaran RM30 sekilogram.
“Bekalan daging yang ditawarkan mengikut bilangan yang telah ditetapkan dengan komitmen untuk memastikan semua orang dapat membeli daging murah. Oleh itu, setiap orang hanya boleh membeli dua kilogram daging dan kita tidak menggalakkan orang dari luar negeri ini datang untuk membeli,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata program itu adalah antara usaha kerajaan negeri membantu meringankan beban perbelanjaan orang ramai sempena Aidilfitri yang menjelang tiba.
“Program tahunan ini mendapat komitmen daripada para penternak (lembu, kerbau, ayam, itik dan puyuh). Saya ucapkan terima kasih kepada semua penternak yang sudi mengambil bahagian,” katanya.
Mohamad berkata daging daripada 250 ekor lembu, 25 ekor kerbau dan beribu ekor ayam pelbagai jenis seperti ayam daging, ayam telur dan sebagainya akan dijual di situ pada harga lebih murah.
Selain itu, program Mantai Perdana itu akan turut disertai para peniaga yang menjual pelbagai jenis rempah ratus, sayur-sayuran dan sebagainya.
Mohamad berkata ia akan menjadi sebagai pusat sehenti untuk orang ramai membeli barang keperluan bagi persiapan Aidilfitri.
Perkataan ‘mantai’ dalam dialek Negeri Sembilan itu bermaksud membantai, hari umat Islam bergotong-royong melapah daging, menjual, menyediakan makanan keperluan Hari Raya seperti membakar lemang, merebus ketupat dan memasak rendang. – BERNAMA
Syabas Tok Mad Hassan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. kenapa ngan shahrizat??

    azhar...

    BalasPadam
  2. apsal kaitkan shahrizat? shahrizat jual daging jugak ke?

    BalasPadam