Rabu, 16 Julai 2014

Ikut SOP ~ AMARAN..! Nak Jaga Keselamatan Pun Kelam Kabut..!


Nak jaga kedaulatan negara pun nampak kelam kabut..! Nak jaga keselamatan sendiri pun tak dapat kata putus..! Sudahnya..!!! AMARAN demi AMARAN jer laa…!!!

PT TLDM Laksamana Tan Sri Aziz Jaafar kata…

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilapor meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan 'shoot on sight' (tembak apabila nampak), susulan kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Sabtu lepas, yang mengorbankan seorang anggota polis marin dan seorang lagi diculik.

Lalu dijawab cepat oleh Menteri KDN

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.
“Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak) boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia,” katanya hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan Sabah.
Tetiba Menteri Pertahanan pulak kata
Isu keselamatan di perairan Sabah harus ditangani menurut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengelakkan pihak tidak bersalah menjadi mangsa, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata SOP yang membolehkan langkah ekstrem diambil sudah ada namun "ada prosedur yang mesti anda patuhi".

"Maksud saya undang-undang sedia ada mencukupi untuk kita mengambil langkah segera yang belum kita teroka sepenuhnya, seperti menaiki kapal (yang mencurigakan), menahan (penceroboh)," katanya kepada pemberita pada Selasa semasa melawat Kem Marakah, ibu pejabat pasukan Malbatt 850-1, kontinjen Malaysia yang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilapor meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan 'shoot on sight' (tembak apabila nampak), susulan kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Sabtu lepas, yang mengorbankan seorang anggota polis marin dan seorang lagi diculik.

Hishammuddin berkata kenyataan Abdul Aziz mungkin dibuat kerana rasa kecewa dengan situasi keselamatan di kawasan terbabit.

"Insiden terbaharu ini sebenarnya mencabar kesabaran kita dan mungkin sebab itu PTL (panglima tentera laut) membuat kenyataan sebegitu rupa," kata Hishammuddin.

Menteri itu bagaimanapun berkata sewajarnya emosi diketepikan dalam menangani isu tersebut.

Beliau seterusnya menegaskan: "Gunakan SOP sedia ada dan kuasa yang ada pada tentera sama ada untuk menahan, board the vessels (menaiki kapal), itu dah ada peruntukannya, buat sajalah."

Beliau juga menegaskan akan pentingnya pihak keselamatan untuk berwaspada dan menjalankan tugas masing-masing sebaik mungkin bagi menjamin keselamatan perairan Sabah. - Bernama
Yang jelas PM kata

Datuk Seri Najib Razak bersetuju tindakan tegas terhadap penceroboh perairan negara namun mahu pihak keselamatan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas mengenai cadangan ‘shoot on sight’.
Perdana Menteri berkata, SOP itu perlu mendapat kebenaran kerajaan sebelum sebarang tindakan dilaksanakan.

“Saya bersetuju tindakan yang tegas diambil (terhadap sebarang pencerobohan perairan negara).
“Namun SOP lebih jelas adalah perlu supaya tidak berlaku sesuatu tidak diingini serta dibimbangi intepretasi yang berbeza-beza bagi peringkat bawahan,” katanya dalam sidang media di seri Perdana, Selasa.
Nampak macam playsafe jer..! nak jaga keselamatan pun nak playsafe ke?
Tapi dah itu jawapan PM kan…maka Menteri dan Laksamana mahu pun Panglima ikut ajer la…!
Betul ke tidak kita pun tak tahu…! Takkan lah Pasukan Beruniform kita lemah, culas dan gagal memahami situasi. Tak ke itu menghina namanya..!!!

Sebaiknya ikut la kata para Panglima dan Laksamana tu kerana mereka memang dilatih, melatih dan terlatih untuk menghadapi situasi sebegitu..!

Jangan nanti dia orang 'letihhhhh'…!

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. kita ada menteri dan PM yang tak pernah rasa tidur mereka tersentak digegarkan bom dan peluru. Kita ada menteri dan PM yang anak bininya tak pernah dibunuh atau paling kurang dirogol pengganas. Jadi terimalah hakikat, mereka itu yang kita pilih. Tunggulah dan bersabarlah, semoga tibanya hari PRU14, turunkanlah mereka dari persada selesa mereka.

    BalasPadam
  2. Betul tuu...Hancur malaysia suatu hari nanti bila mempunyai menteri begini..tak caya??. Kita tgk skrg bersepah sepah warga asing di Malaysia..kita tahu latar blakang mereka? Skali mereka bagi signal, terkangkang menteri bagi arahan..nasib nasib...

    BalasPadam
  3. SOP keselamatan sempadan negara tu agaknya dianggap oleh pak menteri sebagai sop ekor!! makan sikit2 boleh, jangan terlebih nanti kena darah tinggi. patutlah beratus kali jet s'pore ceroboh ruang udara malaysia, sikitpun tak dipedulikannya. cuba sekali jet malaysia ceroboh ruang udara s'pore, kita tengok apa jadi. kalau tak berkepul asap dan jet berapi meletup!!! sangat lemah rupanya prosedur operasi standard di kementah ni. nak menembak pencerobohpun macam2 prosedur. lemah! lemah! lemah! ni nak bagi tau pak menteri, nak jaga sempadan kena tegas, langgar sempadan tanpa kebenaran ertinya MAUT!! barulah penceroboh akan respek dan berfikir beribu kali sebelum ceroboh. tak heran aku setiap bulan ada penceroboh filipina datang menculik. ada banyak sop ekor rupanya... pelik aku dgn hishamudin ni, sempadan negarapun diliberalkan juga. hancussss...

    BalasPadam
  4. selagi nuar dan misuari kamcheng selagi tu perasaan hasad dengki tak padam.Kerajaan filipina tepuk tangan bergumbira kerana org islam membunuh satu sama lain.Masalah mereka selama ni berpindah ke Malaysia..Najib sila hantar utusan ke selatan filipina ..tanya mereka kenapa marah sangat dengan kita...beritahu mereka.. sebenarnya telah di bodoh bodohkan oleh kristian filipina melalui kesultanan sulu dan misuari yg gila kuasa...besarkan pengaruh malaysia dengan ringankan kesusahan org islam di sana..supaya kita di hormati...lepas tu hantar komando tembak misuari....tapi ini bukan cara orang melayu...jadi carilah idea sendiri sebab tuan dah jadi PM.

    BalasPadam
  5. Sebenaqnya, Sabah-Sarawak juga makin disasarkan PENGGANAS Kristian terutamanya dari DAPBANGKAI/PKRSODOM, untuk diKRISTIANkan dan diPISAHkan dari Malaysia kita ini supaya dapat disatukan dgn. Singapura! Dan S’pura yg. pusat Mossad ini baru beli punya banyak kereta kebal dari Isreal (nak lawan siapa sebenaqnya S’pura ni?!) – lihat di di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009; dan di http://penembak-tepat.blogspot.com/2014/07/the-chulan-50-kereta-kebal-merkava.html , The Chulan: 50 Kereta Kebal 'Merkava' Israel Dibeli Singapura ???
    Puak PENGGANAS Kristian ni juga sekrg. makin galak membangkitkan perjanjian tahun 1963 (yg. tidak lansung MENGGUGAT Perlembagaan asal Negara) utk. MENGHASUT Bumiputera Bukan Islam di Sabah/S’wak utk. membenci ISLAM/umatnya dan asyik berlagak seolah Sabah/S'wak si Kristian punya dan seolah mereka MAJORITI - dan disyaki inilah punca utama mereka mempolitikkan dgn. amat DAJAL, penggĂșnaan KALIMAH ALLAH suci kita. Lihat di http://www.melanaublogger.com/2014/06/masa-depan-malaysia-ditangan-mereka-ini.html , Masa depan Malaysia ditangan mereka ini?, Posted by MELANAU BLOGGER; dan di - http://www.melanaublogger.com/2014/06/disebalik-sarawak-for-sarawakians.html, Disebalik "Sarawak for Sarawakians", Posted by MELANAU BLOGGER) - dan mahu PENJAJAH British-ZIONIS masuk campur! Maka KDN juga patut masuk campur kerana ini juga berkaitan Keselamatan Negara!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).

    BalasPadam