Rabu, 9 Julai 2014

Umat Islam Malaysia Diserang Oleh Mereka Yang Mengaku Islam..!

apa cerita dengan kes dia ni dulu? dah kembali kepangkal jalan atau terus dengan semangat anjingnya?
Penganut Kristian tidak bersendirian dalam perjuangan mereka untuk menggunakan kalimah Allah di Malaysia, kerana kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam turut mendidik masyarakat perkataan itu muncul sebelum kedatangan agama rasmi negara itu.

Pertubuhan NGO Islam seperti Sisters in Islam (SIS) dan Islamic Renaissance Front (IRF) menggunakan media sosial mendidik masyarakat berkenaan isu tersebut, membawakan pandangan yang berbeza daripada pendapat sebagai ancaman dan hak eksklusif seperti diperjuangkan Perkasa dan Isma

"Benar, Islam boleh suarakan sokongan mereka (untuk penganut Kristian), dan melakukannya - hanya melalui laman media sosial. Banyak suara yang tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan," kata Pengarah Program SIS Suri Kempe kepada The Malaysian Insider.

"SIS juga menggunakan media sosial sebagai platform perbincangan, penting untuk rakyat faham isu ini dan mengeluarkan pendapat," katanya.

Melalui laman Facebooknya, SIS berkongsi artikel dan memetik kenyataan bercanggah dengan pandangan sempit yang mana majoriti masyarakat Islam Malaysia berpendapat sedemikian.

Salah satu kenyataan yang dikongsikan adalah daripada peguam pejuang hak asasi manusia Tunisia, Alya Chammari, yang merupakan seorang Islam, berkata:"Agama tidak seharusnya digunakan oleh mana-mana parti politik. Tiada pihak yang berhak menampilkan diri mereka sebagai jurucakap Tuhan."

Namun, ketua IRF Dr Ahmad Farouk Musa berkata kepada The Malaysian Insider, usaha mereka menyokong hak gereja menggunakan perkataan itu adalah rintangan sukar kerana kebanyakan masyarakat Malaysia diajar sejak kecil hanya satu melambangkan Islam, tanpa usaha melibatkan diri dalam perbincangan intelektual.

"Masalahnya, ideanya mudah. Orang Melayu mereka tidak mahu fikir banyak. Mereka mahu jawapan mudah: halal atau haram," kata Farouk.

"Mereka sangat ortodok dan konvensional dalam usaha memahami Islam, mereka tidak memahami haluan abad ke-21," katanya.

Beliau berkata, IRF, SIS dan Pertubuhan Ikram Malaysia mengadakan forum, namun menyedari mereka mempunyai akses yang terhad, dan impaknya hanya dirasai kawasan bandar terutamanya di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

"Cabarannya untuk mendidik jumlah yang ramai. Namun semakin sukar kerana kebanyakan bahan berbahasa Inggeris.

"Dan kita mempunyai kerajaan yang melarang beberapa penerbitan Inggeris diterjemahkan ke bahasa Melayu. Mereka cuba mengawal kebebasan maklumat terhadap orang Melayu dan mewujudkan masyarakat yang hanya berpegang kepada kefahaman mereka," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut dimaklumkan, idea IRF kadangkala terlalu canggih dan orang ramai sukar memahaminya.

"Perjalanannya masih panjang dan saya tidak tahu sama ada masih hidup untuk menyaksikan perubahan orang Melayu," katanya.

NGO Islam itu menyahut seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mencadangkan Islam moderat dan golongan intelektual membantu perjuangan gereja menggunakan kalimah Allah.

"Majoriti Islam akan bersetuju tindakan itu menurunkan martabat Islam dengan menjadikan Allah sebagai nama peribadi Tuhan Islam," kata Heiner Bielefeldt kepada The Malaysian Insider.

Farouk bagaimanapun berkata, tidak adil hanya meletakkan kesalahan itu kepada masyarakat Islam semata-mata, sebaliknya turut harus dirasai pemimpin politik, yang kebanyakannya enggan menyatakan pendirian dan mengawal agensi agama.

"Intelektual sudah ke depan menyatakan suara diskriminasi terhadap minoriti. Saya rasa lebih khusus seharusnya diberikan perhatian kepada kerajaan hari ini dan kerajaan negeri.

"Tiada usaha atau kuasa daripada pemimpin kita. Mereka adalah orang yang membenarkan amuk," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun lalu memutuskan akhbar penerbitan mingguan Herald dilarang menggunakan kalimah Allah.

Terdapat segelintir ilmuan Islam dari dalam dan luar negara turut mengkritik larangan tersebut.


Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. back to alquran and hadith, what is the objective of these non muslim to use allah...is it not to tell muslims that jesus is son of allah, allah in trinity, or allah is what they think...so if the non muslims or the so call learned muslim as mentioned understand the objective..say no to use of allah in best...because you so called muslim know what is qulhuallah hu ahad....allah hussamad..etc..so why let allah the most beautiful name of our creator be use to mislead people...Malaysian muslims cannot accept that allah being fool by the non muslims..read alquran to understand our creator..allah.

    BalasPadam