Ini baru betul Pemuda..! suara Pemuda..! anak JANTAN..!
Kerajaan Pusat pun mesti menyambut baik saranan dan pandangan Pemuda Johor ini..! Itu pun kalau Pemimpin Pusat pun berTELORlah…!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Cadangan mengenakan caj bayaran masuk kenderaan atau Vehicle Entry Pass(VEP) terhadap kenderaan dari Singapura ke Malaysia terus dibangkitkan kerana sehingga kini semua cadangan yang dikemukakan sejak hampir lapan tahun lalu hanya tinggal cadangan.
Terbaru cadangan mengenakan caj permit sebanyak RM20 atau hanya kira-kira S$8.25 (dolar Singapura) bagi setiap kenderaan asing yang masuk dari Singapura ke Malaysia agak rendah dan perlu dinaikkan kepada RM100 (S$41.15), kata Pergerakan Pemuda UMNO Johor.
Ketua Pemudanya Hahasrin Hashim meminta agar caj permit kenderaan asing dari Singapura ke Malaysia yang dicadangkan itu dikaji semula memandangkan kedudukan mata wang Singapura lebih tinggi berbanding nilai mata wang tempatan.
“Selain itu, harga barang di negara ini yang murah berbanding di negara mereka juga perlu diambil kira apatah lagi ada ketikanya rakyat Singapura juga menikmati harga barang yang telah disubsidi oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Hahasrin juga menyambut baik cadangan agar sebahagian daripada hasil levi diserahkan kepada kerajaan negeri Johor untuk dibelanjakan bagi tujuan penyelenggaraan infrastruktur di negeri itu.
Hahasrin berkata menerusi kutipan levi itu, ia bukan setakat memberi manfaat buat rakyat Johor malah seluruh Malaysia amnya.
Kerajaan negeri sehingga kini belum mendapat maklum balas daripada kerajaan pusat sejak cadangan untuk mengenakan kadar RM20 sebagai caj permit kepada kenderaan asing yang memasuki Malaysia melalui tambak Johor dan jambatan Link ke 2 diserahkan lima bulan lalu.
“Dalam kesempatan ini juga, Pemuda UMNO (Johor) turut mendesak supaya Kerajaan Persekutuan supaya membuat keputusan dengan segera berhubung cadangan ini.
“Apa yang nenyedihkan, kami difahamkan cadangan seumpama ini telah diutarakan sejak 2006 lagi tetapi sehingga hari ini tiada sebarang keputusan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.
“Mengapa Kerajaan Persekutuan mengambil masa yang lama untuk mempertimbangkan cadangan ini? Persoalan ini perlu dijawab oleh kerajaan persekutuan.
“Cadangan yang sangat baik dan memberi manfaat dari sudut ekonomi ini wajar disegerakan tanpa sebarang alasan penangguhan lagi,” kata Hahasrin.
Pada 3 Julai lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan kini menimbangkan langkah sama untuk mengenakan bayaran kepada kenderaan dari negara tersebut.
Ia berikutan tindakan Singapura yang membuat pengumuman menaikkan bayaran permit kenderaan dari Malaysia yang masuk ke negara tersebut.
Katanya, satu kajian yang teliti sedang dijalankan untuk mengenakan caj sebanyak RM20 dan menimbang beberapa aspek penting sebelum dapat melaksanakannya.
Menurut beliau, Malaysia memiliki pintu masuk darat yang banyak membabitkan negara lain iaitu Brunei dan juga Indonesia dan adalah perlu untuk mengelakkan masalah berbangkit dengan negara tersebut jika undang-undang menaikkan bayaran permit ini dilaksanakan nanti.
Sehari sebelum itu kerajaan Singapura mengumukan bahawa bermula 1 Ogos ini, bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke Singapura akan dinaikkan dari RM51 (S$20) kepada rm90 (S$35) sehari.
Menurut kenyataan Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) Singapura kenaikan bayaran VEP bagi Permit Kenderaan Barangan (GVP) untuk kenderaan asing berdaftar juga akan dinaikkan kepada RM103 (S$40)berbanding RM26 (S$10)sebulan.
Kenaikan itu, bagaimanapun dikecualikan terhadap bas atau teksi.
Terdahulu pada September 2013, cadangan mengenakan bayaran levi kepada kenderaan asing dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Johor juga ada dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.
Ia dibangkitkan oleh seorang Exco kerajaan negeri ketika sesi penggulungan Penggal Pertama Persidangan DUN Johor ke 13.
Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin ketika mengulas perkara itu memaklumkan bahawa cadangan itu tidak boleh diputuskan oleh kerajaan negeri secara bersendirian, sebaliknya memerlukan persetujuan Kerajaan Persekutuan.
Malah cadangan itu juga pernah dibincangkan ketika beliau menjadi menteri kabinet di Pusat namun belum ada keputusan dibuat.-bnbbc.my
Jangan tunduk dengan Israel kecik ni..!!!
Cayalah...caj jangan tak caj...tapi ko tengok nanti...menteri pelancongan akan meroyan macam dia anak saudara Lim Kuan Yew...Hoi pak menteri...kalau kena caj lebih pun..mereka tetap datang ...tak jejas pelancongan...mereka kayalah...apa kita peduli.
BalasPadamCaj boleh caj.Tapi kena caj juga di sempadan thailand,sempadan brunei/sabah/sarawak/indonesia.Baru ada telur..
BalasPadamMembuat suatu saranan haruslah berpaksikan kepada fakta, bukan setakat retorik semata-mata. Hanya mengikut emosi semata tanpa fikirkan jangka panjang. Yang musathaknya sistem di Malaysia harus di upgradekan dahulu. Sistem ini akan mengikuti perkembangan atau pun arahan semasa. Sudahkan ada sistem-sistem seperti itu.
BalasPadamAda betulnya cakap tanpa nama 2:01 ptg. Buat suatu perkara jangka panjang yang tidak menrugikan mana-mana pehak. Malaysia untung dan Singapura juga untung. Dengan kerjasama yang erat kedua-dua negara dapat faedahnya. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Jangan hanya menang sorak tetapi apa pun tak dapat.
Fikir-fikirkanlah..........
Saat Jais
www.treat-cure.com
http:saatjais.wordpress.com