Sabtu, 26 Julai 2014

Lembu Raya @ Lembu Nak Beraya..?


Bila nak raya ni macam macam cerita yang kita dengar..! kadang kadang cerita tu diluar pemikiran waras kita pun ada..! kalau pun sebok nak beraya..! sebok nak mencari lembu untuk dibuat juadah beraya tak perlu lah sampai jadi lembu hanya semata mata nak beraya…!
Tiga sahabat termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang terbabit dalam sindiket mencuri lembu dengan menggunakan sumpit sebagai senjata pelali diberkas dalam satu serbuan di Kampung Cherang Ruku Pasir Putih awal pagi kelmarin.
Dua lelaki berusia 25 dan 29 tahun berasal dari Jengka Pahang ditangkap bersama remaja bawah umur yg berasal dari Kelantan sebaik tiba di pekarangan rumah berkenaan selepas selesai mencuri empat 2 lembu di Kuala Krai.
Pehak polis telah melakukan intipan selama setengah jam sebelum Proton Iswara dipandu suspek berusia 29 tahun bersama remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu tiba di rumah berkenaan.
suspek cuba melarikan diri dengan masuk ke rumah dan bersembunyi di sebalik almari sebaik polis memperkenalkan diri namun dapat diberkas.
“Hasil pemeriksaan lanjut, dua lembu ditemui dalam keadaan terikat yang dalam keadaan separuh sedar akibat disumpit ubat pelali terperosok di tempat duduk belakang.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan