Isnin, 21 Julai 2014

MH17 ~ Ketua Pemberontak Mula Berunding Dengan Malaysia..!


Mudah mudahan segala urusan dapat dilaksana dengan jayanya serta beroleh kejayaan..! amin..!

DONETSK: Ketua pemberontak, Alexander Borodai tampil dalam satu sidang media mengesahkan sudah menghubungi 12 pakar dari Malaysia.

Kesemua mereka akan ke Donetsk untuk pengurusan mayat mangsa nahas MH17.

Borodai dalam sidang media ini menghuraikan beberapa perkara berbangkit.

Pertama, mengenai pengurusan mangsa nahas serta akses ke lokasi kejadian.

Selain itu, ketua puak pemisah pro Rusia ini mengesahkan mayat-mayat yang berjaya dikumpul tidak akan di bawa ke Kiev.

Borodai turut mengulas mengenai kotak hitam MH17.

Beliau mengesahkan kotak hitam berada dalam simpanan kumpulannya dan hanya akan menyerahkannya kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO.


Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Sambal makcik belacan buat buang karan je tulis panjang2.
    Bukan ada orang nak baca pun.......
    Tulis sendiri, bacalah sendiri!!

    BalasPadam
  2. Baik ada dibawah Isreal dari menjadi hamba di bawah Penyamun2 UMNO yg ganas.

    BalasPadam