Khamis, 3 Julai 2014

Kenapa Malam Tadi Najib Kuat Mengerang..!


Baju teguh tu..! Nak tahu teguh ke tidak baca tulisan Paneh Miang dibawah ni..! lepas tu mesti dapat jawab teguh ke tidak..!!!

Layan..

Sudah hilang jiwa Melayu

1. Selepas Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara daripada Tunku Abdul Rahman, antara perkara utama yang dilakukan Tun Razak ialah mengarahkan ketua-ketua jabatan kerajaan, kakitangan universiti, pengurus-pengurus sumber manusia dan ketua-ketua syarikat swasta yang berbangsa Melayu untuk menghadiri kursus.

2. Perkara utama yang ditekankan dalam kursus tersebut ialah mengenai "Jiwa Melayu". Ramai ketika itu menganggap Tun Razak cuba untukbrainwash kumpulan profesional Melayu agar lebih sayangkan bangsa sendiri serta bersama berjuang menjayakan agenda Melayu. Tak kisahlahbrainwash ke tak...yang penting tindakan Tun Razak masa tu menampakkan perubahan dan hasil.

3. Dalam Perhimpunan Agong UMNO di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada 21 Jun 1975, Tun Razak berkata, "Kerajaan telah memperkemaskan organisasi badan-badan berkanun (atau hari ini dikenali dengan nama GLC's).........Amatlah penting dan mustahak badan-badan ini.........berjalan dengan baik dan teratur supaya orang kita benar-benar mendapat faedah daripadanya. Boleh dikatakan badan-badan ini adalah tunjang harapan kaum bumiputera untuk bersama menikmati kemajuan terutama mereka yang ingin berkecimpung di bidang perniagaan. Saya berharap pegawai-pegawai kita yang ditugaskan dalam badan-badan ini akan menjalankan kerja mereka dengan jujur dan ikhlas dan tidak menyeleweng daripada arahan yang ditetapkan itu. Sesuai dengan hasrat kita hendak mengawal dan memiliki sumber-sumber hasil bumi kita, kerajaan telah menubuhkan Petronas....."

4. Itu cerita 40 tahun dulu.

5. Baru-baru ni pengganti Mohd Hassan Marican iaitu Shamsul Azhar Abbas berkata, "Akta Pembangunan Petroleum (PDA) telah menyebutkan dengan jelas - minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak menyebut minyak dan gas adalah milik bumiputera semata-mata. Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja...kami (Petronas) ini adalah penjaga. Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan?" Selanjutnya sini.

6. Inilah masalahnya bila wujud spesis Melayu yang dah hilang jiwa Melayu.

7. Semasa Hassan Marican terajui Petronas, adakah beliau juga tak berminat pada kecekapan? Tapi Hassan tetap berjaya mengembeleng sepenuhnya 'otak' dan 'tenaga' Melayu hingga Petronas tersenarai syarikat ke-8 paling untung di dunia dalam Fortune Global 500 dan One Of The New "Seven Sisters", iaitu sebelum munculnya nama Shamsul sebagai CEO. Tak perlu pun Hassan Marican bawa masuk bukan Melayu sebagai VP atau EVP untuk majukan Petronas atas alasan kecekapan kononnya.

8. Itulah kalau dah diri sendiri pun tak cekap serta kontang idea, dan lebih percaya pulak kaum lain hingga tergamak pandang rendah keupayaan bangsa sendiri...letaklah Shamsul ni jadi Presiden Amerika sekalipun, dia tetap akan masuk kategori bahalol.

9. Imbas semula apa yang dikatakan Tun Razak - "Boleh dikatakanbadan-badan ini adalah tunjang harapan kaum bumiputera untuk bersama menikmati kemajuan terutama mereka yang ingin berkecimpung di bidang perniagaan."

10. Kontra tak kenyataan Tun Razak berbanding CEO liberal Petronas sekarang? Tun Razak sebut badan-badan yang ditubuhkan kerajaan itu adalah tunjang harapan kaum Bumiputera, tapi sebaliknya CEO liberal kata ia bukan milik Bumiputera semata. Kan tak ke bahalol namanya tu...

11. Tapi tak bolehlah nak salahkan Shamsul Azhar 100%. Siapa yang buat keputusan Hassan Marican diganti dengan Shamsul Azhar pada 2010? Dalam sekian ramai orang, kenapa Shamsul Azhar yang dipilih sebagai CEO Petronas at the first place? Hakikatnya, hanya si liberal yang akan melantik liberalis.

12. Hari ini makin ramai orang Melayu sudah hilang "Jiwa Melayu", baik dalam kerajaan, swasta, GLC, apatah lagi pembangkang. Tiada lagi dalam diri orang Melayu perasaan sayangkan bangsa sendiri, nak bantu bangsa sendiri, apatah lagi nak pastikan bangsa sendiri berjaya. Malah semakin ramai pulak Melayu hari ini yang malu nak mengaku Melayu...tak percaya tanya KJ!!

13. Selagi negara ini diterajui si liberal, selama itulah nasib Melayu tampak semakin kelam dan suram.

Lu Fikir La Sendiri!!!

11 ulasan:

  1. Jadi untuk mengatasi masaalah semua ini adakah orang No 1 itu perlu berundur? Sekiranya apa yang disarankan olih penulis diatas adalah wajar bagi dirinya turun secara terhormat sebelum orang Melayu menjadi 'mengamok' dan tidak dapat dikawal lagi; rasanya adala wajar dipertimbangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang liberal yang memengang tampuk kuasa perlu undur secara sukarela sebelum dipaksa turun.

      Memang banyak kemusnahan yang dilakukannya selama memegang kuasa kepada orang Melayu!

      Lihat wajahnya makin moyok dan lemah longlai. Masa untuk berundur. Secepat mungkin!

      Padam
  2. PM al Baghal yang dipilih oleh 2.3 juta ahli UMNO...nk salahkan siapa wahai puak2 blogger semua?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang salah ahli ahli UMNO yang memilihnya. Tapi siapa sangka anak kepada pemimpin hebat boleh jadi begitu rupa!

      Memang sekarang tanggungjawab ahli ahli UMNO yang memilihnya untuk menasihatnya supaya berundur setelah jelas ketidak mampuannya mentadbir negara dan pembela umat Melayu, asas perjuangan UMNO.

      Kalau dia degil, buat apa yang patut. Bukan UMNO tidak ada pengalaman menurunkan pemimpin yang lemah!

      Cuma jangan nanti sampai Melayu hilang kuasa. Masa itu nasi sudah jadi bubur!

      Padam
  3. cakap senang, nak cari umno yng betul2 umno la ni amat sukar yg ada nampak untuk kepentingan diri sendiri, lebih2 lagi melayu yg betul2 melayu dah dah tak ada, semyw barang la ni tiruan yg banyak, depa masuk politik atau apa saja hsnya kerana wang.cakap saja berdegar2 cuba perati kekayaan depa apskah dapa makin miskin setelah ada kuasa dsn jawatan bahkan kaya yng luar biasa dibandingkan dg gaji dan elaun dep, berdoalah pada allah semoga allah memelihara negara ini, amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang aku peratikan ahli2 UMNO sekarang terlalu bangsat...siapa saja yang bagi duit lebey itulah yang dia undi...sial siot...aku rasa takder sorang pun ahli UMNO yang telepas dari RASUAH dan politik WANG...setiap kali pemilihan itulah yang berlaku...dia tak tengok dah sapa yang dia undi...parti yang selama ini aku sokong akan hancur PRU14 nnt...memang patut pun si Keling Celaka tu kata UMNO celaka...kerana majoriti pemimpin nya mmg celaka

      Padam
  4. Cakap memang senang bro.

    Tapi dalam UMNO pun mesti ada kesedaran. Tak boleh salahkan juga Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat sebab parti2 komponen dalam BN semuanya mengejar kekayaan. Faham2 je lah.

    UMNO kalau mengekalkan prinsip memperjuangan agama dan bangsa mesti mendapat sokongan majoriti bangsa Melayu tapi Melayu kan mudah lupa.

    Yang PAS pulak cakap tak serupa bikin. Beberapa pemimpin yang mempunyai masalah moral dan akidah pun masih disanjung. Bial ada sebilangan yang mahu bersatu dengan UMNO ada pulak pihak yang membantah dan menghalang.

    Yang Melayu PKR pulak perasan nak jadi juara semua kaum sehingga sanggup mengenepikan agama dan bangsa sendiri. Ketuanya sibuk nak jadi PM. Yang paling sial memperlekehkan bangsa sendiri.

    Sampai bila2 pun Melayu tak akan bersatu.

    Cina walaupun ada banyak parti tapi bila mengundi, mereka mengundi parti Cina yang paling dominan supaya kerajaan Melayu dapat ditumbangkan. Melayu PAS dan PKR pun turut menyokong dan memberi undi.

    Bila nasi dah jadi bubur, Melayu diperintah oleh Cina, barulah nak menyesal. Kita masih tidak mahu belajar dari kesilapan Melayu Singapura.

    Jadi ingat, jangan dek marahkan nyamuk, kita bakar kelambu yang melindungi kita.

    Bersatulah Melayu.



    BalasPadam
  5. lu duduk sebulan kat singapore, baru lu tahu langit tinggi rendah. kalau ada masa jalan-jalan kat sana, bersembang dgn orang sana. baru tahu cina kapir tidak pandai memerintah. menipu? berjudi? itu mereka pandai

    BalasPadam
  6. Punca dari paklah...ingatkan penganti semangat mcm bapak dia atau setidak pun semangat Tun M..kini melayu kian Layu..Me Layu...5 pm x guna nama cina.. Hanya yg ini Ahjibgor.. Pru14 x akan undi BN...itu suara melayu..bukan suara melayu Amno..

    BalasPadam
  7. Bukan salah najib juga ...punahsinat dia yang memainkan peranan...kaki bodek belaka. najib memang lemah...membiarkan isteri menunjuk kuasa. satu contoh nyata kelemahan kepimpinan najib.
    tapi kita, MELAYU mesti bersatu menyokong MELAYU DAN ISLAM.
    JIDAH EKONOMI perlu di segerakan.

    BalasPadam
  8. Ini semua salah UMNO.Perwakilan hanya mengundi kepada sesiapa yang menghulur paling banyak. Kalau UMNO serious, mereka akan gulingkan Najib dalam PAU 2014 tetapi jika tidak, kita akan gulingkan BN dalam PRU 14 nanti.Najib is totally INCOMPETENT AND AN ASSHOLE!

    BalasPadam