Rabu, 23 Julai 2014

MH17~ Kotak Hitam Dibuka Di UK..!


Buka dimana pun kita tak kisah la..! yang penting data didalam nya perlu di analisa dengan teliti dan adil bagi membantu siasatan mencari pembunuh sebenar..!

MENGIKUT peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO),  Kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine tidak akan dibawa balik ke Malaysia untuk dianalisa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi (gambar bawah kiri) berkata, mengikut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa  (ICAO), mana-mana kotak hitam yang ditemui perlu dibuka dan dianalisa secepat mungkin. Mengikut peraturan ia perlu dibuka secepat yang boleh. Tak wajar untuk kita simpan untuk bawa balik Malaysia dan kemudian nak hantar semula ke luar negara. Itu melanggar peraturan yang ditetapakan ICAO. Ia mesti dibuka dengan segera, katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa semalam, Selasa.
Mengikut sumber, Ab Aziz berkata, lokasi paling hampir untuk menganalisa kotak hitam ialah di United Kingdom (UK). Hanya ada beberapa negara yang memiliki kepakaran untuk membaca kotak hitam. Paling dekat adalah di UK. Oleh kerana ia berlaku di Eropah, jadi sewajarnya UK adalah salah satu lokasi sesuai untuk dibuat bacaan dengan penglibatan penyiasat antarabangsa. Malah pakar kita juga boleh sama-sama turut serta memantau proses analisa, katanya.

Ditanya sama ada Russia boleh menyertai pasukan siasatan bagi menganalisa kotak hitam MH17, Ab Aziz berkata, perkara itu akan ditentukan oleh panel siasatan antarabangsa yang dibentuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Awal hari ini dilaporkan puak pemisah Ukraine sudah menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada Malaysia. Ia sekali gus mengakhiri misteri kehilangan dua kotak hitam berkenaan dari lokasi kejadian yang sebelum ini dilaporkan dihantar ke Moscow, Russia oleh kumpulan pemisah terbabit.

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Uk and un cannot be trusted. Must have eye witnessed of specialist from msia in a team or from another country. Perhaps dutch could join snd surely they wanna to find the truth and hope dutch would brave enough to reveal the truth.

    BalasPadam
  2. Pakar dari msia mesti ada dlm setiap discussion. Jgn biarkan mereka ambil alih. Mereka ada kepentingan masing2.

    BalasPadam
  3. Tlg la jgn dibiarkan data dimanipulasi agen2 yahudi/amerika..

    BalasPadam