Rabu, 2 Julai 2014

Cina Ni Terus Kata Kristian..!


Tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah…

Tanpa Allah, Kristian Tidak Rugi


Keputusan mahkamah berhubung isu kalimah Allah telahpun diketahui.  Masih ramai yang tidak berpuas hati terutama di kalangan ultra kiasu. Saya masih tertanya-tanya apakah tanpa menggunakan kalimah Allah, mereka akan menanggung kerugian yang besar?  Sedangkan selama ini, mereka tidak pernahpun menggunakan kalimah, kecuali kalangan mereka di Sabah dan Sarawak.

Hairannya, yang bersungguh-sungguh mahukan kalimah ini adalah kalangan mereka yang berasal dari Semenanjung. Kenapa ya? Mari sama-sama kita cari jawapannya, agar tidak tertipu dengan strategik licik ultra kiasu ini. 

Kesungguhan ultra kiasu ini adalah perancangan licik untuk merosakkan akidah umat Islam yang sedang goyah hari ini. Jika mahu sangat berdakwah mengenai agama Kristian, mari berdepan dengan saya. Ultra kiasu tersebut boleh berceramah mengenai Kristian, berjam-jam lamanya, saya ingin mendengar. Selepas itu, bagi pula saya peluang untuk mendakwahkan Islam kepada mereka. Persoalannya, kenapa mereka tidak berani berdepan dengan orang Islam yang kuat akidahnya? 

Saya yakin, target mereka adalah umat Islam liberal dan goyah akidahnya. Kumpulan ini mudah didekati dan mudah terpengaruh. Sebab itulah, mereka begitu bersungguh-sungguh mahukan kalimah Allah digunakan bersama.

Bertambah licik lagi, kini, setelah mahkamah menjatuhkan keputusan, mereka begitu berani mengatakan, larangan penggunaan kalimah Allah hanya untuk majalah Herald sahaja. Untuk majlis dan kegunaan lain, tidak ada siapapun boleh menghalang. Nampak atau tidak!

Kenapa saya katakan Kristian tidak sedikitpun rugi atau kehilangan apa-apapun jika tidak menggunakan kalimah Allah? 

Pertama, kenapa perlu berebut kalimah Allah, sedangkan selama ini langsung mereka tidak pernah gunakan? (Maaf, saya hanya rujuk ultra kiasu di Semenanjung, bukan di Sabah Sarawak). Rujuklah ‘khutbah’ dan ceramah mereka sebelum ini. Lagipun, sebutan Allah tidak pernah betul. 

Kedua, dengan Kristian beralah, prasangka umat Islam kepada mereka selama ini akan menjadi kendur? Keadaan ini, baik untuk perpaduan nasional. Tidakkah selama ini pihak Kristian selalu mendakwa, bila orang sepak pipi kiri, tidak perlu balas, malah bagi pula pipi kanan. Justeru, mengalahlah. 

Fahamilah sensitiviti orang Melayu. Melayu yang saya kenali dan fahami amat sensitif dengan agama, walaupun mereka tidak beramal dan tidak kuat semangat jihadnya. Begitu juga dengan orang India yang beragama Hindu. Isu agama pada mereka amat sensitif. Misalnya, jika orang Hindu amat memuliakan lembu, kita perlu faham sensitiviti mereka. 

Tetapi bagi ultra kiasu, terutama kalangan orang Cina, agama tidaklah terlalu penting. Pada mereka, ekonomi yang paling penting. Tanpa agamapun tidak menjadi masalah. Sebab itu, kita lihat dalam keluarga Cina, ada berbagai agama di dalamnya.

Peliknya, bila Cina atau India masuk Kristian, mereka menjadi ultra kiasu. Pasal apa? Sebab, mereka sudah tidak ada kerja lain. Mereka sudah didogmakan untuk mendakyahkan agamanya dalam apa jua keadaan.

Sebab itulah, hari ini, yang begitu berani tampil ke hadapan adalah ultra kiasu dari Semenanjung yang memeluk Kristian. Mereka di Sabah Sarawak, relaks sahaja. Kenapa? Selama ini mereka sudah menggunakan kalimah Allah.

Ketiga, banyak lagi nama Tuhan yang selalu mereka gunakan selama ini seperti God, Lord, dan sebagainya. Tambahlah nama-nama lain, tiada siapa yang larang. 

Keempat, jangan banding dengan negara lain, kerana undang-undang dan cara hidup mereka berbeza dengan Malaysia. Fahamilah kehidupan orang Melayu. Mereka dahulu adalah Buddha-Hindu, termasuk juga fahaman anamisme. Selepas Melayu memeluk Islam, disebabkan oleh kepercayaan dan ketaatan mereka kepada raja, semua Melayu pakat-pakat Melayu Islam. 

Selepas itu, Melayu tidak lagi bertukar kepada agama lain, walaupun penjajah menjajah dan mendakyahkan agama Kristian. Kenapa Melayu tidak terpengaruh walaupun persekitaran ketika itu tidak Islamik dan terdedah kepada dakyah Kristian seperti sekolah missionari dan sebagainya?

Jawapannya, mudah, Islam sudah sebati dan menjadi darah daging orang Melayu. Dengan Islam jugalah, Melayu berubah, menjadi lembut dan lebih bertolak ansur serta berlaku adil.

Atas sifat ini jugalah Melayu sanggup menerima orang bukan Melayu menjadi warganegara di sini dengan bilangan yang amat besar tanpa banyak soal. Perkara ini tidak pernah berlaku di negara lain. 

Di negara lain, golongan berhijrah terlalu sedikit, berbanding Tanah Melayu. Kenapa jadi sedemikian? Islam telah mengetuk pintu hati Melayu supaya menghargai dan menghormati makhluk ciptaan Allah berbilang bangsa.

Kelima, apakah Kristian akan meniadi kurang Kristiannya, jika tidak menggunakan kalimah Allah? Jawapannya, tidak.

Akhirnya, cubalah fahami isi hati  Melayu. Melayu yang saya kenali amat memahami orang lain. Sebab itu, orang lain boleh hidup senang lenang di sini. Namun, jika kita terus mencabar Melayu dan sensitivitinya, saya amat bimbang, Melayu akan bangkit dengan garangnya. Itulah yang dinamakan MENGAMUK.  

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Asal melayu dipercayai berketurunan Siti Qetura, iaitu keturunan dari isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s yg mengamalkan agama monotisme yg mengEsakan Allah SWT. Dengan perjalanan yg jauh dari tanah asalnya di Palestin, bangsa ini dibekalkan Allah kelebihan tertentu yg dikira magis. Apabila diarahkan Rasullullah SAW kpd pendakwah di zaman Baginda utk ke kepulauan di timur dan mengIslamkan penduduknya, maka dgn mudahnya penduduk di pentas sunda ini memeluk Islam tanpa setitis darah ditumpahkan kerana asas tauhid agama Ibrahim telah wujud. Kalangan orientalis cuak dan takut kerana penduduk melayu Islam di nusantara ini memiliki dua darah iaitu siti hajar melalui keturunan Rasullullah SAW yg bercantum dgn siti qeturah. Walhal keturunan kristian yahudi dari siti sarah iaitu isteri pertama Nahi Ibrahim AS (yg kita sedia maklum siti hajar adalah isteri keduanya tp berjaya mengalahkan ibu bangsa israe yakni siti sarah dlm hal melahirkan zuriat). Malah Nabi Ibrahim juga dikekang dr melayani isteri keduanya sehingga dihantar ke Mekah seolah2 dipinggirkan. Siti Qeturah terus dihantar jauh ke timur. Bangsa melayu juga bangsa yg paling sukar dipisahkan dgn Islam sebaik saja disimbahi nur Islam, selain bangsa Pashtun di Afganistan. Jadi permusuhan ini bukanlah luar biasa akibat dendam ribuan tahun dahulu, cuma golongan ultra kiasu ini masih kurang faham yg keturunan siti sarah yakni bangsa asal yahudi nasrani tidak akan sekali2 memandang kaum ultramkiasu ini sama taraf dgn mereka walaupun menganut agama mereka dan tak mungkin ultra kiasu ini menjadi pope.....

    BalasPadam