Khamis, 10 Julai 2014

Najib, Zahid & PDRM Tunggu Apa Lagi..!


Nak tunggu darah mengalir baru nak ambik tindakan..! Agak agak pemimpin tahu tak keresahan dan kebimbangan rakyat dibawah..!

Agak agak pemimpin tahu tak isu dan perbualan rakyat di bawah ni..!

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Mohamed Zaman Khan Rahim Khan hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P.Ramasamy atas kenyataannya yang berbaur hasutan.

Selepas membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini pada 1 petang tadi, beliau memberitahu pemberita bahawa kenyataan Ramasamy itu bersifat hasutan dan boleh mencetuskan huru-hara dalam kalangan rakyat pelbagai agama dan bangsa di negara ini.

“Kenyataan Ramasamy ini dilihat sebagai satu tindakan subversif yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara dan tidak patut dinyatakan oleh seorang wakil rakyat.

“Justeru itu, saya membuat laporan ini sebagai warganegara yang perihatin supaya polis melakukan siasatan dan  mengambil tindakan sewajarnya mengikut Akta Hasutan 1948 terhadap beliau,” katanya.

Ramasamy dipetik sebuah portal berita pada Isnin lepas sebagai berkata beliau tidak gentar sekiranya peristiwa 13 Mei berulang semula.

Beliau dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang memberi amaran bahawa peristiwa rusuhan kaum mungkin berulang sekiranya perpecahan antara kaum tidak dibendung.

Zaman Khan bagaimanapun berpendapat kenyataan Muhyiddin itu sama sekali tidak bermaksud menimbulkan huru-hara sebaliknya sebagai peringatan kepada semua rakyat agar terus kekal bersatu dan mempertahan keharmonian negara.

Menurutnya semua pihak perlu lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutama yang membabitkan isu sensitif seperti perkauman dan agama bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Di KEPALA BATAS, sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap Ramasamy kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Pulau Pinang (Pembela) Mohd Hafiz Nordin berkata Ramasamy yang dipetik sebagai berkata beliau tidak takut peristiwa 13 Mei 1969 berulang dilihat seolah-olah mencabar undang-undang negara.
 
“Kami bimbang jika kenyataan Ramasamy itu dibiarkan tanpa sebarang tindakan, lebih ramai yang akan keluarkan kenyataan sepertinya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini, hari ini.  

Beliau turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Peguam Negara supaya tegas memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan polis berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan. – Bernama

Tunggu apa lagi???

Lu Fikir La Sendiri!!!

11 ulasan:

  1. Maaf nak berkata lebih sekrang dalam bulan puasa.
    Yang pasti hasil laporan oleh Tan Sri Dato Zaman Khan akan dipendamklan sahaja oleh PM TPM KDN. Sebab nya mudah - PM sekarang sudah tidak bertelor lagi , TPM pula baru sahaj dinobatkan sebagai 'telor terlebih masak ayng akan dinyahhapuskan oleh Najib dan pengikutnya sekira masih mahu mempertahankan hak Melayu dan KDN pula akan memberi alasan .. kita hanya mengikut arahan dan perintah dari AG samada perlu diambil tindakan atau sebaliknya.

    Yang nyata ketiga-tiga orang harapan Melayu hanya bermanis di bibir ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. AG lg berkuasa dr PM !!!
      Itu kenyataannya..
      AG boleh bantai sapa2 yg dia mau
      Celakalah AG dan konco2nya !!

      Padam
  2. KDN dah jadi syaitan bisu....!

    BalasPadam
  3. Saya rasa paklah lebih baik dari najib dari segi mempertahankan melayu, islam dan negara. Kalaulah mahathir masih jadi pm, semua ini tak kan berlaku. Ya ALLAH, kembalikan mahathir sebagai pm. Kami memerlukannya. Amin........ya rabul 'alamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa pulak bang
      PAKLAH 2X5 NAJIB

      sampai ke anak cucu kita
      akan kenang 2 ekor yg bertanggungjawab melingkupkan bangsa melayu dan UMNO !!
      CELAKA LAH MEREKA DUA INI

      Padam
  4. Apa pendapat anda kalau tun mahathir ambil balik jawatan pm dari najib?

    BalasPadam
    Balasan
    1. AKU SETUJU DAN BUAT PULUT KUNING HANTAR SURAU

      Padam
  5. Zaman Khan baru hidup semula selepas mati sekian lama , sebab dapat kpntrak gali lubang taik kat rumah Madey, jadi dia jadi pemula utk mengangkat syaitan2 Melayu ini. Cubalah tengok berapa gadis2 cantik dari luar negeri yg hilang di Malaysia, itulah ajaran Islam bagi org2 UMNO, hanya utk ditunjuk2 . Org ramai dah tahu betapa hipokrat UMNO ini. Sepatutnya Ramasamy mengheret Madey ke The Hague kerana terlibat dlm perancangan Mei 13.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KAU NI TAHU TAK SEJARAH? TAK TAHU SEJARAH DUDUK DIAM2. DIBULAN PUASA NI JANGAN MAKI ORANG HILANG PAHALA, TAK TAHULAH KALAU KAU NI KAPIR RED BEAN MENYAMAR ORANG MELAYU.

      Padam
  6. emmmm.... cube bukak buku undang2 atau sejarah.. penah x pembangkang kena dakwa atau di dapati bersalah...???

    BalasPadam
  7. Dari mula lagi kerja Najib ialah berlakon.Dia nak tunjuk kononya liberal.Dia hapuskan ISA.Dia bawa Namewee yang biadap tu masuk Parlimen. Dia nak tunjuk kat kaum cina bahawa dia sentiasa bersama mereka.Maka jika ada melayu buat hal, cepat2 ditangkap dan didakwa.Walaupun kesudahannya kita tau kaum cina akan baling taik kat muka Najib.

    BalasPadam