Selasa, 15 Julai 2014

Patut Laa..!


Ada ke penguatkuasa dalam negara yang macam kita ni? ada senjata tak boleh guna? berapa ramai lagi nyawa para pejuang yang nak kita korbankan hanya kerana kekangan bodoh ni?

Sekarang kita dah ada jawapan..! apa lagi tunggu? Jangan nanti Laksamana buat kenyataan senapang takde peluru atau peluru sangkut kerana senapang dah berkarat..!

PAT ni baru bangun tidur ke? baru tahu isu ni ke atau tak pernah nak ambik tahu…!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.
“Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak) boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia,” katanya hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan Sabah.
Kenyataan Abdul Aziz itu menyusuli kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata berat di Pulau Mabul, Semporna pada Sabtu lepas yang mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi dilarikan.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata penceroboh menghubungi pihak berkuasa pagi tadi untuk memaklumkan anggota polis yang diculik itu dalam keadaan selamat, namun soal wang tebusan tidak disebut.
Mengenai pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar sistem kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom) diteliti semula, Ahmad Zahid berkata beberapa perubahan akan diperkenalkan apabila operasi Esscom diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia.
“Kita juga harus lebih proaktif, tidak boleh tunggu mereka menyerang baru nak ambil tindakan. Perubahan baru ini termasuk kaedah pengendalian dan pengawasan yang lebih tegas,” katanya.
Ahmad Zahid berkata semua pasukan keselamatan di perairan timur Sabah juga sudah diarahkan agar lebih berwaspada.
“Kerajaan juga berharap nelayan, pemilik bot dan penduduk di perkampungan air bekerjasama dengan pihak berkuasa. Penceroboh tidak ada hasrat menghormati atau patuh undang-undang kita dan sebab itu kita tidak boleh bertolak ansur soal keselamatan negara dengan kumpulan ini,” katanya.
Beliau turut menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga dua anggota polis terbabit.
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban dan rakan setugasnya Konstabel Zakia Aliep, 26, diculik.

3 ulasan:

  1. KITA SOKONG!! JANGAN "BAGI MUKA" KEPADA PENCEROBOH .DAN DASAR JANGAN "BAGI MUKA" NI JUGA HARUS DIPRAKTIKKAN DALAM ISU LAIN SEPRTI PREMIS JUDI HARAM,PENYELUDUP DIESEL,KENAKAN HUKUMAN MATI TERUS BARU DEMA TAKUT.JUGA DIHARAPKAN SANGAT KERAJAAN MENGEMBALIKAN SEMULA ISA KEPANGKUAN UNDANG UNDANG NEGARA.

    BalasPadam
  2. PTL pun janganlah lembik sangat.Jangan ikut sangat cakap orang politik dan gani 4tahil tu.Sikap lemah-lembut tak bertempat macam inilah yg menjadi bahan ketawa negara2 jiran terutama indon yg semakin memandang rendah dengan keupayaan angkatan tentera kita.Bukan saja negara2 luar,lanun2 pun gelak saja melihat kelibat tentera Malaysia sebab diorang tahu tentera kita tak akan menembak punya.Nak bertindak semua kena tunggu arahan org politik padahal ATM terletak di bawah Agong.

    BalasPadam
  3. kalau ada bedil tapi tak bole membedil...baik suruh safe guard jaga laut sulu. aku ada cota boleh ketuk kepala lanun;;;

    BalasPadam