Selasa, 15 Julai 2014

Kejayaan Seekor Barua Kapir..!


Barua ini sebenarnya telah berjaya..! berjaya mengusik dan biadap terhadap ketua sebuah kerajaan negeri..! berjaya kurang ajar terhadap ketua agama Islam sebuah negeri..! berjaya mendehaka kepada institusi Raja..!

Pastinya berita ini bukan sesuatu yang mengecewakan si barua dan tuhan politiknya..! Berita ini bakal menambah parah dan nanah pengkhianat Agama, Bangsa dan Institusi Raja didalam Negara untuk terus menderhaka..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sultan Selangor Murka, Anggap Khalid Samad Biadap

SEPANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kemurkaan baginda terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sebelum ini mendesak supaya Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.

Menyifatkan wakil rakyat PAS itu bersikap biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Khalid Samad sebelum ini menggesa Kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais.
"Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan Mais yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.

"Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang," demikian titah bagida.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang pada Selasa.

Kemurkaan baginda itu dizahirkan berikutan kenyataan Khalid pada 17 Jun lalu yang menggesa Kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais.

Bercakap pada sidang media di bangunan Parlimen Jun lalu, Khalid dengan lantang mencadangkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat supaya melakukan pindaan terhadap enakmen yang memberi kuasa eksekutif kepada Mais.

Selain itu baginda turut mengingatkan Khalid supaya lebih berwaspada sebelum membuat sebarang kenyataan khususnya membabitkan peranan Mais berkaitan agama Islam.

"Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif Mais dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.

"Oleh itu beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan MAIS di dalam menasihati beta mengenai agama Islam," titah Sultan Sharafuddin.

Menerusi titah itu juga, Sultan Sharafuddin menegaskan Mais sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Segala tindakan yang dilakukan Mais dan Jais adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain dalam menganut agama mereka.

"Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan Islam sebagai modal politik.

"Kesucian Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian Islam dan perpaduan umat Islam di negara ini sentiasa terpelihara," titah baginda.

7 ulasan:

  1. Padan Muka kena marah dengan Raja..

    BalasPadam
  2. Masalah paling besar sekarang ialah Pas menggunakan agama Islam sebagai bahan politik mereka.

    Benar dan patut Sultan Selangor murka kepada Khalid Samad. Harap Khalid Samad cepat berambus dari Negeri Selangor. Orang Melayu tidak mahu orang seperti Khalid Samad, Anwar Ibrahim dan lain-lain yang hanya pentingkan politik mereka sahaja. Kerana orang seperti merekalah yang membuat Melayu berpecah-belah.

    BalasPadam
  3. Bila Sultan murka ,orang Melayu kena bangkit bagi membersihkan arang yg terconteng di muka yg menjadikan baginda murka.

    BalasPadam
  4. Khalid samad ingat dia PAS.. agama islam dia punya.. celaka.. pelaq la woi
    Tp apa boleh buat... itulah PAS
    Parti Anjing Sekandang.. PAS !

    BalasPadam
  5. elok benar kalu diberi tahniah buat pengundi Shah Alam di kalangan orang Melayu dan orang Islam kerana mereka bijak dan pandai serta bijaksana dan bijaksini memilih ahli parlimen mereka dari parti hamPAS.....parti yang konon memperjuang Islam yang sebenarnya perosak dan menjahanamkan imej Islam sendiri....bijak....bijak....pandai...pandai....bijaksana dan bijaksini.... pengundi Shah Alam bangga lah kot mereka yg mahukan manusia ini...mereka yg angkat dia jadi ahli parlimen....

    BalasPadam
  6. PAS golongan kafir yang kuat memfitnah, dalam masjidpon sebuk fitnah sana sini. Muga muga tuhan memberikan balasan yang setimpal kepada kebodohan korang semua. UMNO jangan nak bangga pulak, korang celaka sial nak mampos!! sama je dengan PKR dan DAP. Korang semua celaka.

    BalasPadam
  7. Kita perlu ada undang2 anti puak munafik ni. Aku rasa munafik lebih bahaya dari si kapir.
    Zaman nabi pun masjid mereka boleh di runtuhkan dan di bakar.Kerajaan negeri perlu gubal undang2 baru anti munafik...hukuman mati atau penjara seumur hidup.

    BalasPadam