Rabu, 6 Januari 2016

Apa Pulak Tunggu Hari Pembalasan Ni Habib..!


Bak kata dialog P.Ramlee dalam Seniman Bujang Lapok ~ Betul punya marah kawan tu yer..! Ini la gambaran yang dapat dijelmakan didalam minda apabila membaca kenyataan Pak Habib ni..!

Sebagai umat Islam kita semua percaya bahawa adanya hari akhirat..! Wujudnya hari pembalasan..! Tak kurang 17 kali kita membacanya setiap hari apabila sampai kepada ayat 'Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan' didalam Fatihah..!

Soalnya apakah kita sekadar percaya atau sebenar benarnya kita yakin dan percaya bahawa adanya hari pembalasan..! Kerana percaya dengan yakin itu lah yang dipanggil iman..!

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini mengingatkan Putrajaya mengenai tanggungjawabnya susulan penjualan aset milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada syarikat China baru-baru ini. 
Presidennya Datuk Dr Syed Ali Alattas berkata, DPMM tidak mempunyai kaitan dengan perkara itu kerana ia melibatkan "orang besar", tetapi hanya memberi peringatan berhubung amanah yang dipegang pentadbiran negara. 
"Tidak ada apa-apa. Ini terpulang kepada yang memikir, dialah yang bertanggungjawab," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
"Dewan tiada kuasa pun. Tidak pernah mimpi pun nak dapat. Kuasa ini orang besar semua yang dapat, dia juallah," kata Syed Ali (gambar, kanan) ketika diminta mengulas penjualan aset 1MDB seperti penjana tenaga bebas (IPP) dan Bandar Malaysia kepada syarikat China. 
"Tapi ingat, 'at the day of reckoning, heads will roll' (di hari pengadilan, hukuman akan dilaksanakan)," katanya, memetik kenyataan yang pernah digunakan bekas perdana menteri Allahyarham Tun Razak Hussein. 
1MDB sebelum ini melaksanakan perjanjian jual beli saham dengan menjual 60% ekuitinya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) kepada Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd itu adalah hasil usahasama 60:40 antara IWH an CREC.
IWH merupakan pemaju utama Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar yang merupakan perkongsian awam-swasta antara Credence Resource Sdn Bhd (60%) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40%), dimiliki kerajaan negeri Johor.
Itu sebab ada beza Muslim dan Mukmin..! beza Muslimah dan Mukminah..!
Muslim ialah orang lelaki yang beragama Islam sementara Mukmin pula ialah orang lelaki yang beragama Islam dan BERIMAN..!
Kita sekadar Muslim atau Mukmin???
Lu Fikir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. Orang Umno jual tanah.
    Bayar hutang.
    Hati senang.
    Generasi kemudian.... putih mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena pandai bezakan antara pemimpin dengan orang....ayat orang kat atas tu tak kena.

      Padam
  2. Najib & the gang - muslim, mukmin dan musibat!!

    BalasPadam
  3. Baru kami rakyat marhaen faham tugas arul kanda,

    1.tugas arul kanda adalah menjual aset negara dan cuba menutup lubang2 yang terdapat di syarikat milik kerajaan bernama 1mdb ini. Tetapi malangnya hutang yang ingin dibayar terlalu besar untuk dilangsaikan, kesannya adalah rakyat yang terpaksa menanggung beban berpuluh tahun sementara pemimpin2 berjoli pulun sakan.

    2.tugas berikut arul kanda adalah membersihkan taik2 dan bangkai gajah bertaburan atas lantai. Ini lagi susah....dah cuci pakai segala jenis pencuci, malangnya bau masih tetap ada.

    Mudah kerja arul kanda, jual sahaja harta negara milik rakyat.

    Chai2...sume, errr rakyat tak izinkan perbuatan sebegini, maksudnya HARAM! dan jadah kepada pembuat2 taik ini.

    BalasPadam
  4. Habib ni pun 2x5 aje..tanah wakaf pun jual jgk..org dh bayar beli tanah dia pun dia masih jual lg tanah yg org dah beli kpd pembeli baharu

    BalasPadam
  5. Tak pula si mamat BANGANG-muka mcm. si BANGSAT ni TERLOLONG pasal LEGASI BANGKAI si DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey - tengok TOKEY-TOKEY PENYAMUN/PEROMPAK/LANUN yg. jadi hartawan anak-beranak berBILLION masa zaman Madey; termasuk YTLVampire , DASYATnya! Sampaikan PETRONAS pun habis diROMPAK si LANUN BANGKAI BABI ni! Tapi JANGAN haraplah si SPRM yg. sungguh MENCURIGAkan itu akan buka balik kes ini walaupun Tokey LANUN ni terus nak MEROMPAK Petronas serta RAKYAT - lagi $700 JUTA SEKARANG dari Petronas setelah MEROMPAK Petronas dan rakyat sebanyak RM16.21 bilion, dengan perjanjian konsesi IPP mereka yang dianugerahkan oleh si madey-LANUN tu - sehingga rakyat terpaksa TANGGUNG sampai SEKARANG! SPRM oi - awatlah hang susah sangat nak buka balik kes-kes ni sedgkan. PENINDASAN si puak Madey dan Tokey-toley PENJILATnya masih menimpa dgn. DURJANA ke atas RAKYAT! SIAL lu si Madey dan mana-mana KETURUNAN lu serta PENYOKONG/Tokey-Tokey yg. juga JAHAT mcm. BANGKAI! Semoga ALLAH SWT turunkan BALA pd. semua depa ni serta Tokey-tokey PENYAMUN tu semua!

    Lihat di http://wakeupmalaya.com/2015/12/ytl-menang-saman-petronas-rm-700juta/ :

    December 31, 2015 In Photo By WakeUp Malaya

    YTL Menang Saman Petronas RM 700juta

    Memandangkan kem pro-Tun begitu sibuk mempertahankan YTL selepas Najib menjelaskan bagaimana ERL yang dikuasai oleh YTL tidak mempunyai pilihan lain selain dari menaikkan tambang atau bayar RM2.9 bilion sebagai pampasan kepada mereka akibat dari perjanjian konsesi yang ditandatangani oleh Tun M, saya fikir adalah wajar saya menulis mengenai perkara di bawah – juga masalah legasi Tun M yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekarang.
    ________________________________________

    Awal tahun ini, YTL telah menyaman Petronas di London dan telah memenangi pampasan berjumlah RM700 juta dari Petronas.

    Berdasarkan Perjanjian Pembekalan Gas (GSA) yang ditandatangani pada tahun 1993, Petronas sepatutnya perlu menjual gas kepada YTL Power pada harga yang dikira berdasarkan formula yang sudah ditentukan yang tidak mengikut harga pasaran gas.

    Walaubagaimanapun, apabila kerajaan mula menggunakan formula harga tetap untuk gas, YTL Power, di dalam laporan tahunannya, menyatakan Petronas secara bersendirian telah menarik balik diskaun yang disediakan di bawah formula yang berkaitan harga pasaran dan akibatnya, satu pertikaian telah tercetus sama ada diskaun tersebut, di dalam keadaan tersebut, adalah tertakluk di bawah GSA.

    Di dalam satu pendedahan yang mengejutkan, Petronas sepatutnya membekalkan gas kepada YTL Power pada harga diskaun tetapi menarik balik diskaun itu pada tahun 1997, apabila harga gas telah ditetapkan kerajaan pada harga RM6.40 untuk setiap mmbtu (yang masih lagi satu diskaun yang besar berbanding harga pasaran) untuk kesemua loji janakuasa di negara ini, disebabkan oleh krisis kewangan Asia...... (teruskan membaca)

    Nek Tempoyak.


    BalasPadam
  6. Decision at the spur of the moment......all are the same!!!

    BalasPadam
  7. Decision at the spur of the moment......all are the same!!!

    BalasPadam
  8. Yang tegur pun kenyang melantak duit guna nama DPMM ada hati nk tegur org... DPMM konon tapi kenyang isi tembolok sendiri... bila DPMM bantu melayu... bantu kroni dpt projek jual nama DPMM adalah...

    satu lagi lu sapa nak nilai iman org lain... mukmin lah muslim lah... ni lu tabur fitnah memanjang dlm blog ni lu ni kira iman dah tinggi ka? tau lah lu kenyang makan dulu sekarang marah sebab payment lambat sebab bos lu sudah kena buang... dasar penjilat

    BalasPadam