Jumaat, 22 Januari 2016

Apahal Cina Ni Kata Terlajak Nafsu..!


Apa pulak terlajak nafsu ni..!

Layan...

BUDAYA POPULAR MENGABURI MATA.

Dewasa ini banyak syarikat korporat Melayu mahu menaja pasukan bola sepak mengikut negeri masing-masing. Semangat ini baik, tetapi perlu diperincikan daripada segi keutamaan. Mohon bacalah buku Fiqh Awlawiyyat, karangan Yusuf Al-Qaradawi. Buatlah penyelidikan, masa depan dan prospek bola sepak negara. Adakah kita mampu sampai ke peringkat dunia? Asean pun belum tentu lepas. Asia? Jadi, berpada-pada. 

Saya tidak nampak ada sebuah syarikat korporat ultra kiasu berlumba-lumba tampil menawar diri walaupun kekayaan mereka jauh melebihi kekayaan kita. Kenapa? Kerana mereka belajar erti keutamaan dalam hidup. Jika adapun, yang ditaja bukan pasukan kita, tetapi pasukan luar, kerana dia tahu apa pulangannya.

Bukan macam kita, pakai redah sahaja, terutama jika ada publisiti, populariti dan sensasi. Nak dibawa ke mana budaya popular ini? Tiba masanya, hilanglah ia. Lihat apek-apek di luar tu, berseluar pendek ke sana ke mari, tetapi kocek penuh. Kita pula bagaimana? Biar papa asal bergaya?

Ultra kiasu sentiasa memastikan wang yang dilaburkan demi kepentingan jangka panjang atau sesuatu yang akan kekal abadi. Sebab itu, mereka menghabiskan segala harta dalam sektor hartanah. Pelaburan kekal berpulangan tinggi. Misalnya, di Gua Musang. Mereka sanggup berhabis membeli hartanah di sana. Bila tanah tersebut dibangunkan, rupanya kawasan tersebut kaya dengan bijih besi. Maka dibangunkan kawasan tersebut  tanpa mengeluarkan modal, cukup dengan menjual bijih besi tersebut sebagai modal. Kenapa kita tidak berfikir panjang seperti mereka? Penyelidikan dibuat sebelum membeli, agar untung berlipat kali.  

Saya difahamkan pula, MCA sudahpun melobi untuk mendapatkan satu kerusi DUN di sana, kawasan majoriti Melayu. Banyak cantik! Pergilah bertanding dan berlawan di kawasan ultra kiasu.

Lihatlah betapa licik mereka. Bukan seperti kita, sanggup menggadaikan tanah yang ada bauksit, bagi mendapatkan wang sekelip mata. Sekadar mendapat wang sejuta sedepuk, nak dibawa ke mana? Bolehkah sejuta tersebut menyara anak cucu? Lihat sikap orang Cina apabila bukit Genting (Highland) diberikan. Tidak ada seorang pun Melayu pada masa itu percaya bahawa bukit tersebut boleh diterokai dan dibangunkan seperti hari ini. 

Namun, orang Cina amat pandai. Sebelum naik ke bukit, dia tarah dulu tanah di sana, segala kayu kayan, dijadikan modal untuk membangun bukit. Akhirnya, bukit Genting tersergam indah. Kekayaan untuk berpuluh generasi yang tidak pernah habis. Tersenarai 2 daripada 10 terkaya di Malaysia. Kita hanya menggigit jari.

Begitu juga cara mereka mendapat pengecualian GST bagi 4 buah Sekolah Persendirian Cina. Saya bukan dengki, tetapi saya memuji cara mereka bekerja. Berapa ramai kalangan jutawan kita tampil ke depan membantu sekolah agama rakyat yang seperti hidup segan mati tak mahu? 

Sikap kita, bila ada duit sahaja sibuk menaja program realiti TV terutama hiburan. Kita ajar anak-anak (Islam) berpesta dan berhibur. Pernahkah kita berfikir akibatnya? Justeru, saya merayu agar jutawan kita agar belajar memahami keutamaan. Kepentingan masa depan lebih utama daripada hari ini. Perkara bersifat tetap lebih penting daripada yang sementara. 

Memahami budaya bola sepak sekian lama, dahulu bolehlah dibangga. Kini, sudah terikut-ikut dengan budaya populariti. Bila dah terkenal dan menjadi bintang (selebriti), lupa diri. Sibuk mengahwini artis atau kaum kerabat. Lepas tu, berlagak tak tentu pasal, maki orang “pak guard bodoh”.

Saya pelik dengan perangai Melayu, hanya kerana bola sepak mereka bergaduh sesama sendiri. Ada yang berdarah-darah keluar dari stadium hanya kerana pasukannya kalah. Tidak kurang yang membakar trak polis dan harta awam kerana tidak puas hati. Akhlak Islam di mana?

Saya masih teringat kata-kata aruah ibu saya ketika kecil apabila saya khusyuk menonton bola sepak. Katanya, “jika tengok bola sepak duit boleh jatuh depan mata, akulah orang pertama menonton bola sepak”. Betul juga katanya, siapapun menang, kita hanya menang sorak. Duit bertambah atau berkurang? Maaf saya, bukan memperlekehkan sukan. Tetapi sekadar mengingatkan  keutamaan negara kita. Perlu juga ingat asal usul sukan (Olimpik).

Ianya bermula sebagai persembahan dan hiburan kepada raja pada zaman Yunani purba. Juga sebagai satu penghormatan kepada patung Zeus di bandar Olympia. Pemenang sukan akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung. Selepas Rom berjaya menakluki Yunani, sukan menjadi malap. Untuk menghidupkan semula, maka ia dipopularkan seperti hari ini. Sukan menjadi perniagaan dan perjudian. Akibatnya, kerana bola sebiji, jutaan manusia lupa Tuhan. Minda kita dijajah. Barat buat duit, kita perhabis duit. 

Pernahkah kita terfikir kenapa ulamak dan sarjana terdahulu begitu hebat walaupun profesion ulamak tidak pernah dipopularkan atau dijadikan realiti TV seperti Imam Muda? Jawapannya mudah, ilmu dijadikan sandaran dan bermatlamat, bukan mengejar fatamorgana.

Hari ini, kita ada sekolah sukan dan macam-macam lagi kemudahan sukan, tetapi kenapa masih bermasalah? Jawabnya, kita tidak ada matlamat dalam bersukan. Kita berpolitik. Mengejar populariti. Ilmu tidak dijunjung. Ini bukan putih, tetapi terlajak nafsu. 

Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UniSZA 

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Saya rasa saudara Riduan Tee salah, cuba tgk negara2 maju spt USA, Jepun, Jerman, Perancis & UK, industri sukan mereka contribute a lot to GDP Growth...dari sudut positif, sukan akan membuatkan rakyat fit, cergas, sihat, x mudah sakit & cepat meninggal...x kan la asyik minat team dr barat je sedangkan team kt Msia spt katak bwh tempurung...bila kita minat bolasepak misalnya kita akan berminat bermain futsal & kesihatan kita insyAllah akan lebih baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen typical...cari alasan. Baca banyak kali dan paham

      Padam
    2. Komen typical...cari alasan. Baca banyak kali dan paham

      Padam
  2. Penulisan tuan kali ini lebih tepat lagi jika ditujukan kepada bangsa Johor.syarikat perseorangan menaja pasukan bola melibatkan duit mereka sendiri.teapi bangsa Johor mendanai team jdt dengan menjual aset kepada syarikat2 Cina.maka bangsa Johor menanglah sorak kampung tergadai.

    BalasPadam
  3. Dari dahulu sampai sekarang pun oran Melayu tak banyak berubah perangainya. Memang benar bangsa Melayu tidak faham makna "keutamaan" dalam hidup. Orang Melayu parah mindanya kerana ramai yang gila glamour dan sanggup buat apa saja kerana nak glamoura. Mereka lebih pentingkan rupa dari kesihatan, pentingkan keseronokan dari menabung, pentingkan pangkat dari tanggung jawab sebenar yang duamanahkan dalam pangkat, pentingkan protokol dari merendah diri untuk berkhidmat dengan jujur. Pentingkan rupa Islam dari berkelakuan sebagai Muslim. Kebanyakan perlakuan sangat anti- Islamik. Lihat sahajalah dari keseronokan yang membuat mereka syok sendiri dari nama dan gelaran yang berjela-jela. Sanggup buat apa saja untuk dipanggil sebagai orang yang ada-ada! Sedangkan mereka tahu bila mati segala gelaran tiada boleh dibawa! Muhasabahlah!

    BalasPadam
  4. Dari dahulu sampai sekarang pun oran Melayu tak banyak berubah perangainya. Memang benar bangsa Melayu tidak faham makna "keutamaan" dalam hidup. Orang Melayu parah mindanya kerana ramai yang gila glamour dan sanggup buat apa saja kerana nak glamoura. Mereka lebih pentingkan rupa dari kesihatan, pentingkan keseronokan dari menabung, pentingkan pangkat dari tanggung jawab sebenar yang duamanahkan dalam pangkat, pentingkan protokol dari merendah diri untuk berkhidmat dengan jujur. Pentingkan rupa Islam dari berkelakuan sebagai Muslim. Kebanyakan perlakuan sangat anti- Islamik. Lihat sahajalah dari keseronokan yang membuat mereka syok sendiri dari nama dan gelaran yang berjela-jela. Sanggup buat apa saja untuk dipanggil sebagai orang yang ada-ada! Sedangkan mereka tahu bila mati segala gelaran tiada boleh dibawa! Muhasabahlah!

    BalasPadam