Isnin, 4 Januari 2016

Tukau Tukau..!


Tukar..! bubar..! pecat..! sebat..! rembat..! kerat..! Berkuasa la katakan..!

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, mungkin akan diganti kerana masalah kesihatan, menurut sumber, selepas agensi itu baharu saja menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC International.
Sumber berkata, khabar angin bertiup kencang di Jabatan Perdana Menteri dan dalam kalangan pegawai atasan polis tentang seorang pegawai kanan polis atau seorang timbalan pendakwa raya kanan dari Jabatan Peguam Negara mungkin akan menggantikan Abu Kassim untuk mengetuai SPRM.
“Tahap kesihatan Abu Kassim kini sedang digunakan sebagai alasan dalam percubaan untuk menggantikannya,” kata sumber itu kepada The Malaysia Insider yang enggan dinamakan kerana sensitiviti maklumat itu.
Abu Kassim menjalani pembedahan kerana sakit belakangnya pada 7 Ogos lepas dan dilaporkan kembali bertugas pada pertengahan Oktober.
Bulan Ogos lepas menyaksikan beberapa pegawai SPRM menjadi sasaran polis dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber kebocoran maklumat berkenaan skandal kewangan yang didakwa melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ini berlaku selepas kemunculan dokumen yang didakwa sebagai kertas pendakwaan terhadap Najib yang dirangka SPRM dan diterbitkan laman sesawang Sarawak Report.
Pegawai Cawangan Khas menyerbu pejabat pendakwa raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairy, merampas dokumen berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sebuah syarikat cabang pelaburan negara yang diwujudkan Najib.
Sebelum itu, Penasihat Guaman SPRM Tan Sri Rasphal Singh dan Jessica Gurmit Kaur, seorang pegawai Jabatan Peguam Negara, juga ditahan untuk soal siasat berkenaan dakwaan kebocoran maklumat itu.
Tujuh pegawai SPRM juga disoal siasat pada masa sama, dan 2 daripada mereka dipindahkan jabatan serta merta selepas secara terbuka mengkritik tindakan polis menyoal siasat rakan sejawat mereka.
Sumber itu berkata, penggantian Abu Kassim dengan seorang pegawai polis untuk mengetuai SPRM akan menjatuhkan lagi semangat kakitangan agensi kerajaan itu dan hanya mengesahkan tanggapan negatif masyarakat terhadap kebebasan agensi itu.
Abu Kassim, yang menyertai Badan Pencegahan Rasuah pada 1984 yang kemudiannya dinamakan sebagai SPRM pada 2010, dilantik sebagai ketua pesuruhjaya agensi itu pada Januari tahun sama.
Dalam wawancara bersama Sinar Harian baru-baru ini, Abu Kassim berkata kontraknya akan tamat pada 2018 tetapi menjangka akan kekal memegang jawatan sehingga 2020, tahun beliau berusia 60 tahun, had umur wajib bersara untuk penjawat awam.
Di bawah Akta SPRM, Yang di-Pertuan Agong melantik ketua pesuruhjaya SPRM atas nasihat perdana menteri untuk jangka masa tertentu dan syarat pelantikan yang ditetapkan dalam surat pelantikan.
Abu Kassim sebelum ini berulang kali menegaskan siasatan SPRM ke atas derma RM2.6 bilion dan SRC International adalah bebas.
Beliau menyifatkan 2 kes itu sebagai kes paling mencabar dalam kerjayanya, dan memuji pasukan penyiasat kerana menjalankan tugas mereka sebaik dan seprofesional mungkin.
The Wall Street Journal (WSJ) pada awal Julai tahun lepas melaporkan pemindahan wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.
SPRM kemudiannya mengeluarkan kenyataan duit itu ialah derma dari seorang penderma Timur Tengah, tetapi tidak menjelaskan tujuan wang itu diberikan atau ke mana wang itu disalurkan.
Pada 31 Disember, Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata dalam sebuah kenyataan, agensi itu sudah menyerahkan kertas siasatan ke atas derma RM2.6 bilion dan SRC International, selepas bercakap dengan lebih daripada 100 orang, termasuk penderma.
Sebelum ini SPRM menjelaskan yang mereka menyiasat SRC International berkenaan dengan dana RM4 bilion, dan bukan syarikat sarat hutang 1MDB.
Derma RM2.6 bilion juga adalah siasatan berlainan, tetapi Shukri berkata ia masih belum lengkap kerana hanya saksi yang berada di Malaysia ditemu bual.
Katanya, SPRM masih belum memperoleh dokumen dan kenyataan berkaitan transaksi kewangan di luar negara dan sedang meminta bantuan Jabatan Peguam Negara memperolehnya melalui bantuan perundangan bersama (MLA).
Najib, yang juga menteri kewangan, menafikan RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya ialah daripada 1MDB, dan wang itu tidak digunakan untuk kegunaan peribadi.
Agong masih berkuasa???
Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Semuanya dh selesai...kata mohd najib..hutang dh habis bayar...semudah abc...bijak2..

    BalasPadam
  2. Penerangan Arul Kanda mengenai perbelanjaan RM 42 bilion hutang 1MDB:

    RM 12 bilion beli stesen janakuasa.
    RM 6 bilion bayar hutang warisan stesen janakuasa
    RM 200 juta beli tanah TRX
    RM 400 juta beli tanah Kem Sungai Besi
    RM 1.1 bilion beli tanah di Air Hitam Penang
    RM 4.5 bilion belanja kewangan dan modal kerja
    RM 900 juta perbelanjaan tukaran wang asing
    RM 400 juta bayaran cukai
    RM 6.1 bilion pelaburan di dalam Brazen Sky
    RM 4.2 bilion pelaburan dalam Aabar Deposit
    RM 5.1 bilion pelaburan dalam GIL Fund
    RM 900 juta baki yang belum belanja.

    Tetapi kemudiannya

    Jual stesen janakuasa kepada syarikat milik kerajaan China pada harga RM 9.83 bilion, kos beli RM 12 bilion, rugi RM 2.17 bilion.

    Syarikat milik kerajaan China itu juga tanggung hutang Edra RM 7.43 bilion, hutang apa ni? Hutang baru 1MDB ke? Atau hutang yang berasal dari RM 6 bilion hutang warisan? Tapi Arul Kanda kata dah bayar dah hutang warisan RM 6 bilion tu, hutang apa pula ni?

    Tanah Kemu Sungai Besi (Bandar Malaysia) harga masa beli RM 400 juta, tetapi masa jual dinilai dengan harga RM 12.35 bilion, jual 60% tanah Bandar Malaysia pada harga RM 7.41 bilion, tapi dalam pengumuman oleh China Railway dalam Bursa Hongkong, 60% tanah Bandar Malaysia tu dinilai pada kadar RM 5.279 bilion sahaja, maka kalau 100% tanah bandar Malaysia tu harganya RM 8.8 bilion sahaja, pasal apa jadi macam ni? 1MDB yang menipu atau China Railway yang menipu ni? Lihat ini: http://dinturtle.blogspot.my/2016/01/china-railway-sebut-angka-berbeza-nilai.html

    Mana dia hasil pelaburan RM 6.1 bilion dalam Brazen Sky, RM 4.2 bilion dalam Aabar Deposit, dan RM 5.1 bilion dalam GIL Fund, jumlah semuanya RM 15.4 bilion, mana dia RM 15.4 bilion ini? Berapakah keuntungan pelaburan ini?

    Apa punya model perniagaan ala 1MDB ni? Model ekonomi jenis apakah yang digunakan oleh 1MDB bila berniaga cara macam ni? Model CASH IS KING ke?

    Dalam isu yang saya pertikaikan di atas ini, saya pasti, bukan setakat Najib, malahan Arul Kanda, apatah lagi Nek Tempoyak pun tak mampu nak jelaskannya, kerana Najib dan Arul Kanda kalau mereka berikan penjelasan yang terperinci, maka mereka akan mendedahkan salah laku yang dibuat selama ini, Nek Tempoyak pula sebab tak tahu apa-apa, hanya tau mencarut sahajalah.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  3. Lagi satu yang saya tertinggal, wang pelaburan USD 700 juta pelaburan usahasama dengan Petrosaudi tu guna wang yang mana pula ye? Sebab kalau ikut penerangan dari Arul Kanda, tak disebutkan pun pelaburan melibatkan USD 700 juta dengan Petrosaudi tu. Bukan itu sahaja, lagi USD 1.13 bilion wang yang kononnya pinjaman murabahah oleh 1MDB kepada Petrosaudi, mana dia wang itu? Jumlah keseluruhannya adalah USD 1.83 bilion, mana lesapnya wang itu?

    1MDB ni ada perniagaan bank ke? Mudah sangat beri Petrosaudi pinjam sampai USD 1.83 bilion, dari pinjaman mudharabah, dah jadi mudah rebah pula, wang lesap tak tahu ke mana, hutang makin bertimbun, terkial-kial nak bayar, akhirnya aset strategik negara seperti stesen janakuasa serta hartanah kerajaan bernilai tinggi di bandaraya Kuala Lumpur pula yang dilelong kepada syarikat milik kerajaan asing.

    Inilah model ekonomi dan model perniagaan ciptaan Mangkukfessor Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib dan Mangkukfessor Madya Arul Kanda dan rakan-rakan sepenyamunan.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  4. Kalau belum selesai, gunung disalak tak runtuh dan kini setelah selesai tidakkah buang karan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang dah selesai? Hingga kini tak diketahui siapakah penderma RM 2.63 bilion tu, malahan hingga kini tak tahu apa dah jadi dengan wang RM 2.63 bilion tu. Malahan hingga kini jugalah tak tahulah wang RM 2.63 bilion dalam akaun Najib tu apakah wang 'derma' untuk UMNO atau wang 'derma' untuk kerajaan, asyik tukar jawapan, lepas tu merapu membohong orang ramai dengan penipuan bodoh mereka tu.

      Padam
    2. laa kn najib da jwb mse pau...duit tue dr kabilah arab nun...dr dunia lain... nma kabilah arab xblh bg tau...rahsia kata najib.... jd macai2 ni kne pecaye pd najib kalu x caye x dpt duit derma kuang kuang kuang

      Padam