Jumaat, 11 Julai 2014

Tun M Nasihat Najib Di Hari Jadinya..!


Semoga Najib mendengar dan mengikuti nasihat berguna ini..! 

Tun M bercakap bukan kerana beliau mahukan jawatan yang Najib sandang malah Tun M memberikan nasihat kerana mahukan jawatan yang disandang Najib kekal miliknya…!

Akai ada kaa..!!!

Layan…

Dr Mahathir menyatakan kebimbangannya mengenai Malaysia yang dirasakan perlu menghapuskan karenah birokrasi serta pemberian wang (BR1M etc.) dalam satu temu bual dengan Malay Mail. 

Beliau membandingkan keunikan Malaysia dalam sektor perindustrian yang pernah membekalkan tenaga kerja murah berbanding negara Asia lain, tetapi beliau turut menegaskan sudah tiba masanya Malaysia menimbangkan semula beberapa dasarnya. 

Ketika disoal dasar ekonomi mana yang perlu diutamakan, Dr Mahathir menegaskan, "Karenah birokrasi, mengkaji semula polisi pertanian dan menghentikan penghijrahan keluar tenaga pakar". Dr Mahathir turut membayangkan bahawa pemberian wang (percuma) oleh kerajaan sebagai satu bentuk penafian ekonomi. 

Beliau berpendapat, rakyat Malaysia tidak perlu bergantung kepada bantuan wang, dan beliau "tidak menyokong keputusan memberikan wang percuma kepada rakyat" selain menekankan bahawa "karenah birokrasi boleh menyebabkan berlakunya kelewatan dalam pelbagai urusan".

"Saya tidak percaya dengan keputusan memberikan wang kepada rakyat. Hakikatnya rakyat Malaysia mampu meneruskan kehidupan kerana mereka memiliki bakat. Bukannya dengan cara memberi wang yang tidak pun menyumbang kepada ekonomi.Seharusnya rakyat Malaysia dilatih dalam bidang-bidang tertentu,” tegas Dr Mahathir. 

Inilah perkara yang perlu diperbetulkan kembali di Malaysia agar negara mampu pergi lebih jauh dalam usahanya untuk bersaing.

Menurut Dr Mahathir, Malaysia sebenarnya mendahului dalam sektor perindustrian yang turut mendapat pengiktirafan dunia berbanding seluruh rantau ini. 

Walaupun Singapura turut mengukuhkan kedudukannya dalam membangunkan industri teknologi maklumat kerana faktor geografinya, namun Malaysia telah melangkah jauh berbanding negara yang lebih besar di Asean.

Bermula Januari hingga April tahun ini, indeks pengeluaran perindustrian Malaysia telah berkembang sebanyak 4.6 peratus berbanding tempoh masa sama pada tahun sebelumnya. 

Perkembangan tersebut turut disumbangkan melalui kenaikan semua indeks, termasuk sektor pembuatan 6.2 peratus, perlombongan 0.7 peratus dan tenaga 4.2 peratus. 

Projek-projek yang diluluskan mengikut sektor industri utama di Malaysia dari Januari hingga Mac 2014 adalah produk kimia dan bahan kimia (RM6.6 bilion), produk elektronik dan elektrik (RM4.4 bilion), produk logam asas (RM2 bilion), pengilangan makanan (RM738 juta), kelengkapan pengangkutan (RM705 juta), produk getah (RM553 juta) dan produk petroleum (termasuk petrokimia) (RM455 juta), sekaligus membuktikan kepentingan sektor perindustrian dalam ekonomi negara. 

Malaysia dalam persaingan dengan Asean telah berubah daripada industri yang berorientasikan tenaga buruh kepada pengeluaran industri berketepatan tinggi yang canggih, kata Dr Mahathir. 

"Kita sudahpun menjadi negara industri jika nak dibadingkan dengan Vietnam dan Kemboja yang kini digelar 'harimau muda' di rantau ini, tetapi mereka masih bergantung kepada tenaga buruh murah dan proses pemasangan yang mudah. Negara tersebut tidak melakukan rekacipta mahupun R & D," kata Dr Mahathir.

Selari dengan penyertaan Malaysia dalam industri berteknologi tinggi, Dr Mahathir berpendapat bahawa negara ini berupaya mencipta produk yang berkualiti serta gred teknologi yang lebih tinggi bagi menjamin rakyat Malaysia memperolehi pendapatan yang lebih tinggi. 

Berdasarkan perspektif Dr Mahathir, walaupun kerajaan telah cuba pelbagai cara untuk mengekalkan rakyatnya yang memiliki kemahiran tinggi dalam bidang-bidang tertentu untuk berkhidmat dalam negara, namun mereka tetap mencari peluang gaji yang lebih tinggi di luar negara. 

Beliau bukan bercakap mengenai tenaga kerja asas industri, tetapi rakyat Malaysia yang memiliki kepakaran kebanyakannya lebih tertarik dengan prospek pekerjaan dengan upah tinggi yang ditawarkan di negara-negara lain.

"Kita perlu hentikan kehilangan tenaga pakar untuk Asean dan negara lain," katanya. 

Dr Mahathir turut menyatakan kebimbangannya mengenai kecenderungan kerajaan sekarang yang mengejar populariti melalui pelaksanaan polisi-polisi popular. 

Salah satu daripada polisi tersebut ialah menggalakkan rakyat memiliki produk murah yang berkualiti, tapi pada masa sama memberi tekanan kepada pihak berkuasa bagi meningkatkan import. 

Dr Mahathir mencadangkan sebagai pengganti kepada import besar-besaran, pihak berkuasa sepatutnya menggalakkan pengeluaran produk syarikat tempatan yang pastinya akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Dr Mahathir berpendapat matlamat ini mampu dicapai melalui latihan dan polisi yang betul sekaligus berupaya membangunkan industri; bukan setakat pelaburan dalam pembinaan bangunan, tetapi juga kepakaran yang diperolehi daripada sektor pembinaan itu sendiri. 

Dr Mahathir juga tidak bersetuju dengan dasar kerajaan hari ini yang membenarkan pelaburan asing terlibat dalam sektor perumahan kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat kepada negara yang menyebabkan berlakunya pengaliran wang tanpa kawalan. (Nota: Pemaju Hartanah Elit dari China (antaranya Vanke Group) telah berjaya memperolehi tanah seluas 200 hektar tepi laut yang semuanya berhadapan Selat Johor dan menghadap Singapura dengan nilai pelaburan berjumlah RM50 bilion).

Dr Mahathir turut mencadangkan agar Malaysia meningkatkan industri tempatan ke tahap yang lebih tinggi. "Sesetengah orang mungkin mengatakan saya cuba untuk bawa kembali dasar lama, tetapi hakikatnya ia masih relevan dan mampu memberi peluang pekerjaan kepada pakar-pakar kita," katanya.

Namun Dr Mahathir turut memaklumkan bahawa Malaysia perlu berhati-hati agar tidak kehilangan peluang pelaburan terutama dalam sektor berteknologi tinggi. 

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan perlu menilai kembali dasar pertanian negara. "Sungguhpun negara kita telah berubah daripada pertanian ke negara industri, kita perlu sedar bahawa pertanian merupakan satu industri yang sangat penting serta boleh membantu meningkatkan rantaian bekalan makanan tempatan," katanya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. Najib bodoh
    Tobat x dgr punya !!

    BalasPadam
  2. Tun M memang terbaik....terima kasih Allah krn pernah memberi insan istimewa ini mentadbir Malaysia...aku bersyukur kerna pernah merasa hidup di bawah pentadbiran Tun M...terima kasih Tun M...selamat hari ulang tahun...semoga Allah sentiasa memberi kehidupan terbaik untuk abahku TUN M dan mama ku Tun Siti Hasmah..

    BalasPadam
  3. 6:31 Kata Najib bodoh.Mungkin 6:31 ni bodoh bertingkat-tingkat,Najib adalah PM Malaysia.Dalam PM dahulu banyak orang menjadi bintang,jadi PM mudah mentakbir Negara.Tapi malang bagi PM Najib orang mudanya banyak jadi binatang dari menjadi bintang.

    BalasPadam
  4. org muda zaman najib nak cepat naik pangkat ....penasihat di sekeliling najib pula...bak kata pepatah melayu.....harapkan pagar....pagar makan padi...

    BalasPadam
  5. Zaman pak lah lembik paling teruk. Zaman najib pun sama. Zaman mahathir yg ok. Kita perlu pemimpin yg berilmu..yg berani dan tegas mcm tun M. Pak lah dan Najib mmg x der langsung ciri2 ini. Bukak mata luas2.

    BalasPadam
  6. baca dan paham serta bayangkan

    BalasPadam
  7. Pakcu Rantau Panjang12 Julai 2014 pada 1:17 PTG

    Tegur menegur, nasihat menasihati adalah sesuatu yang baik.. cuma yang tak sedap dengar dan tak sedap rasa kutuk mengutuk..jadi sampaikankanlah sesuatu dengan hikmah. Sesuatu yang ditegur untuk kebaikan dan dituruti maka kedua-duanya mendapat kebaikan. Yang dok komen merapu yang dapat dosa dan merugikan. Walahualam

    BalasPadam
  8. Disampaikan ngan hikmah dan santun najib buat deeeeeq jer....guana boh....

    BalasPadam