Rabu, 30 Julai 2014

Berpolitik Semata Mata Anwar Aljub..!

Diperingkat pemimpin pembangkang mereka sekadar hamba sahya yang menuruti selera serakah Anwar manakala di peringkat kuda belang mereka tak ubah seperti haiwan peliharaan yang hanya mengangguk ngangguk kehendak tuhan politik mereka..!

Tugas Saya Ambil Alih MB Selangor - Wan Azizah

Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  (Ubah saiz teks)
PERMATANG PAUH: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia merupakan tugas dan tanggungjawabnya untuk mengambil alih peranan sebagai Menteri Besar Selangor apabila parti sudah pun membuat keputusan berhubung perkara itu.
"Semua jawatan yang saya pegang adalah satu tanggungjawab.
"Malah tanpa jawatan pun, ia merupakan khidmat kepada rakyat," katanya pada majlis keagamaan di masjid Permatang Nibong di sini, Rabu.
Mengenai dakwaan sebagai MB bahawa beliau sekadar "boneka" kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata: "Beliau berada di penjara ketika saya dilantik sebagai presiden (parti).
"Mereka boleh mengkritik apa sahaja yang mereka mahu, tetapi kita mempunyai satu pasukan dan kerja sepasukan yang kita tekankan di sini," katanya.
Majlis Pimpinan Pusat PKR pada minggu lalu mencadangkan Dr Wan Azizah untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
Pada Rabu lalu, keputusan parti untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipersetujui secara dasar oleh rakan sekutu Pakatan Rakyat, DAP dan PAS.
Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu mempertahankan Khalid dengan menyatakan bahawa beliau mahu Menteri Besar Selangor itu dikekalkan.
Mengulas kenyataan Abdul Hadi itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kenyataan Presiden PAS itu adalah pandangan peribadi dan bukannya pendirian rasmi parti.
Mursyidul Am PAS, Datuk Niz Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong pandangan Abdul Hadi dengan menyatakan bahawa Khalid tidak melakukan sebarang kesalahan.

9 ulasan:

  1. Memey la, tp team pkr nk tukar ketua pasukan. Itu pasal jd kecoh bro. Aku agak la, ketua pasukan lama akan main dgn team pas pulak lepas ni.

    BalasPadam
  2. kalau khalid ibrahim berjaya dikeluarkan kali ini,bersiap sedialah yg lain tunggu giliran,

    BalasPadam
  3. ai lum masuk abis 2 penggal pun dah nak cerai berai ke. tapi bagus juga buat ini macam. yang besat kepala dalam pr adalah dap. ni jam sudah banyak diam ma..apa ingat melayu pr semua bolo2 ka...lu usik Islam, hina Raja dan melayu. ingat melayu suka ka..

    BalasPadam
  4. Biarkan ... biarkan SiLuncai terjun dengan labu-labunya. Cukup tempoh BN ambil semula Selangor.

    BalasPadam
  5. Ye la.... kak datin..... Tidur sebantal.... tapi MIMPI LAIN-LAIN.....

    BalasPadam
  6. Anuar jadi wakil rakyat ... tak buat kerja.
    Azizah jadi wakil rakyat ... tak buat kerja.
    Nurul jadi wakil rakyat ... tak buat kerja.

    Apa dia org buat gua pun tak tahu. Tak buat kerja tapi kaya dan mewah.

    Yg lagi best apa lu org buat gua pun tak tahu. Lu org yg pilih dia maaaa ...

    Org macam ni nak tadbir Malaysia ke?

    Lu pikir la sendiri.

    BalasPadam
  7. Parlimen Permatang Pauh ,Bapa dan Mak kontrol , Lembah Pantai anak kontrol , bila rakyat susah di kawasan ini dok tala(hulur) kat BN . DAP penang yang memerintah pun buat bodoh sebab kawasan melayu bangang , la ni dia boleh cakap satu tanggunjawab betul-betul kedua x2 ini sekali dengan anak muka musibat.

    BalasPadam
  8. Rakyat Selangor beri peluang 2 penggal aje kpd pakatan rapuh untuk membuktikan yg mereka adalah lebih baik dari BN tapi rupanya lebih huru hara dan rakyat menjadi mangsa kerakusan gila kuasa oleh Anuar dan kroni untuk menguasai kekayaan Selangor. Rezab rm2 bilion menjadi buruan Anuar dan Azmin utk diagihkan sesama mereka hanya tercapai dgn menggantikan TSKI dengan bininya jijah.

    BalasPadam