Isnin, 7 Julai 2014

Serangan Keatas Umat Islam Di Malaysia..!


Serangan keatas umat Islam di dalam negara..! Serangan keatas Ahli Sunnah Waljamaah..!

Hubaya..hubaya..! Baca dan fahami agar kita dan zuriat keturunan kita terhindar dari ancamannya..!

**************
Hadith Jibril tentang Islam, Iman dan Ihsan:
عَنْعُمَرَرَضِيَاللهُعَنْهُأَيْضًاقَالَ: بَيْنَمَانَحْنُجُلُوسٌعِندَرَسُولِاللهِصَلَّىاللهُعَلَيْهِوَسَلَّمذَاتَيَوْمٍإِذْطَلَعَعَلَيْنَارَجُلٌشَدِيدُبَيَاضِالثِّيَابِشَدِيدُسَوَادِالشَّعْرِ،لاَيُرَىعَلَيْهِأَثَرُالسَّفَرِ،وَلاَيَعْرِفُهُمِنَّاأَحَدٌ،حَتَّىجَلَسَإِلَىالنَّبِيِّصَلَّىاللهُعَلَيْهِوَسَلَّم،فأَسْنَدَرُكْبَتَيْهِإِلَىرُكْبَتَيْهِ،وَوَضَعَكَفَّيْهِعَلَىفَخِذَيْهِ،وَقَالَ: يَامُحَمَّدُأَخْبِرْنِيعَنِالإِسْلاَمِ،فَقَالَرَسُولُاللهِصَلَّىاللهُعَلَيْهِوَسَلَّم: اَلإِسْلاَمُأَنتَشْهَدَأَنلاَإِلَهَإِلاَّاللهُوَأَنَّمُحَمَّدًارَسُولُاللهِ،وَتُقِيمُالصَّلاَةَ،وَتُؤْتِيَالزَّكَاةَ،وَتَصُومَرَمَضَانَ،وَتَحُجَّالْبَيْتَإِنِاسْتَطَعْتَإِلَيْهِسَبِيلاً. قَالَ: صَدَقْتَ. فَعَجِبْنَالَهُيَسْئَلُهُوَيُصَدِّقُهُ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِيعَنِالإِيمَانِ،قَالَ: أَنتُؤْمِنَبِاللهِوَمَلاَئِكَتِهِوَكُتُبِهِوَرُسُلِهِوَالْيَوْمِالآخِرِوَتُؤْمِنَبِالْقَدْرِخَيْرِهِوَشَرِّهِ. قَالَ: صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِيعَنِالإِحْسَانِ،قَالَ: أَنتَعْبُدَاللهَكَأَنَّكَتَرَاهُفَإِنلَمْتَكُنتَرَاهُفَإِنَّهُيَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِيعَنِالسَّاعَةِ،قَالَ: مَاالْمَسْؤُولُعَنْهَابِأَعْلَمَمِنَالسَّائِلِ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِيعَنْأَمَارَاتِهَا،قَالَ: أَنتَلِدَالأَمَةُرَبَّتَهَا،وَأَنتَرَىالْحُفَاةَالْعُرَاةَالْعَالَةَرِعَاءَالشَّاءِيَتَطَاوَلُونَفِيالْبُنْيَانِ،ثمانطَلَقَفَلَبِثْتُمَلِيًّا،ثُمَّقَالَ: يَاعُمَرُ،أَتَدْرِيمَنِالسَّائِل؟قُلْتُ: اللهُوَرَسُولُهُأَعْلَمُ. قَالَ: فَإِنَّهُجِبْرِيلُأَتَاكُمْيُعَلِّمُكُمْدِينَكُمْ. (رَوَاهُمُسْلِمٌ)
“Daripada Saiyidina Umar berkata: “Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia duduk menghampiri Nabi, lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: “Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang Islam.”
Lalu Rasulullah menjawab: “Islam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Makkah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.” Lelaki tersebut berkata: “Benarlah engkau.” Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya (lagi): “Terangkan kepadaku tentang Iman.” Baginda menjawab: “(Iman itu ialah) bahawa engkau beriman kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.” Lelaki itu berkata: “Benarlah engkau.”
Dia bertanya (lagi): “Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.” Baginda menjawab: “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.”
Lelaki itu bertanya (lagi): “Terangkan kepadaku tentang Kiamat.” Baginda menjawab: “Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” Lelaki itu bertanya (lagi): “Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.” Baginda menjawab: “(Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing, berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.” (Riwayat Muslim)
Hadith ini menunjukkan 3 rukun agama:
  • Islam (feqah)
  • Iman (aqidah/ tauhid)
  • Ehsan (akhlak/ tasawuf)Syaikh Abu al-Fadhl bin Abdus Syakur menyebutkan dalam kitab Al-Kawakib al-Lamma’ah fi Tahqiq Ahli as-Sunnah wa al-Jama’ah,ms. 8-9: أهلالسنةوالجماعةالذين(Golongan) Ahlu as-Sunnah wa al-Jama’ah adalah mereka yang melazimkan mengikut sunnah Nabi dan jalan para sahabat Baginda dalam masalah akidah keagamaan, amal-amal lahiriah dan akhlak hati.”Bagaimana mencontohi Rasulullah?
  • 3 ciri khas ini terzahir dalam:
  • Keterangan: ASWAJA mencontohi Nabi dan sahabat dalam aqidah, feqah, akhlak (tasawuf)
  • لازمواسنةالنبيوطريقةالصحابةفيالعقائدالدينيةوالأعمالالبدنيةوالأخلاقالقلبية.
  • Golongan Ahlu as-Sunnah wa al-Jama’ah mencontohi Rasulullahdan para sahabat
Bidang/perkaraAjaran/gagasan
(1) Kepercayaan (aqidah)Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (324H) & Imam Abu Manshur al-Maturidi (333H)
(2) Perbuatanzahir (feqah)4 mazhab; Imam Hanafi (105H), Imam Maliki (179H), Imam Syafi’e (204H) & Imam Hanbali (241H)
(3) Akhlak (tasawuf)Imam Junaid al-Baghdadi & Imam Al-Ghazzali (505H)
3 sikap mulia (akhlak)* yang selalu diajar Rasulullah:
(1) At-Tawassuth (pertengahan/tidak tathorruf  (ekstrim).   Membawa kepada tasamuh   (toleransi).
(2) At-Tawazun (seimbang)
(3) Al-I’tidal (lurus)
* Menjadi ciri khas ASWAJA
K.H. Zainal Abidin Dimyathi menyebutkan dalam nazham Al-Iza’ah al-Muhimmah, ms. 47:
Pengikut-pengikut Ahlu as-Sunnah wa al-Jama’ah adalah mereka yang mengikut mazhab para imam.
Dalam perkara ushul (aqidah) mengikuti mazhab Imam Al-Matudiri dan Imam Al-Maturidi yang disusun.
Dalam perkara furu’ (feqah) mengikut salah satu mazhab yang empat.
Imam-imam itulah yang menjadi pemimpin umat ini.
Imam Syafi’e dan Imam Hanafi yang cemerlang, juga Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal.
Dalam bidang tasawuf atau thariqah mengikuti ajaran Imam Junaid yang mendalami ilmu haqiqat.
Pengertian Akhlaq:
Bahasa: الأخلاقجمعخُلق،هوالدِّينوالطبعوالسجيةوالمروءة.Akhlaq adalah jamak khulq iaitu din(agama), tabiat (thob’u), perangai (sajiyyah) dan harga diri (muru’ah).” (Lihat Al-Qamus al-Muhith, Al-Fairuz abadi, ms. 881. Lihat juga Ash-Shihah, 4/1471)
Istilah:
1. Imam Al-Ghazzali:عبارةعنهيئةٍفيالنفسراسخة،عنهاتصدرالأفعالبسهولةويسر،منغيرحاجةإلىفكرورويَّة. Gambaran tentang keadaan yang kuat yang menetap dalam jiwa, yang lahir daripadanya perbuatan-perbuatan dengan mudah dan senang, tanpa perlu kepada pertimbangan fikiran terlebih dahulu.”(Lihat Ihya’ ‘Ulum ad-Din, 3/53, Tahzibal-Akhlaq, Ibnu Maskawaih, ms. 25)
2. Al-Jurjani:عبارةعنهيئةللنفسراسخةتصدرعنهاالأفعالبسهولةويسرمنغيرحاجةإلىفكرورويَّة. فإنكانالصادرعنهاالأفعالالحسنةكانتالهيئةخلقًاحسنًا،وإنكانالصادرمنهاالأفعالالقبيحةسميتالهيئةالتيهيمصدرذلكخلقًاسيئًا. Keadaan jiwa yang mendalam (rasikhah) yang melahirkan perbuatan-perbuatan dengan mudah dan senang tanpa perlu berfikir dan periwayatan. Jika yang lahir daripadanya perbuatan-perbuatan yang baik (hasanah), ia disebut akhlak yang baik. Jika yang lahir daripadanya perbuatan-perbuatan yang buruk (qabih), dinamakan perkara itu sebagai akhlak yang buruk.” (LihatAt-Ta’rifat, ms. 101)
Kesimpulan: “Akhlaq adalah sifat yang tertanam dalam jiwa (ash-shifah an-nafsiyyah), sama ada secara fitrah (fithriyyah) atau diusahakan (muktasabah) yang melahirkan perbuatan sama ada terpuji atau tercela.” (Lihat Al-Akhlaq al-Islamiyyah wa Asasuha, Abdur Rahman Hasan al-Madani, Bairut: Dar al-Qalam, 1992, 1/10)
Dalam erti kata lain: Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku, sama ada ia baik (terpuji) atau tidak baik (tercela).
Kepentingan akhlak
(a) Allah memuji akhlak Nabi وَإِنَّكَلَعَلَىخُلُقٍعَظِيمٍ“ Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang agung.” (Surah Al-Qalam: 4)
(b) Tujuan utama kedatangan Rasulullah untuk kesempurnaan akhlakإنمابعثتلأتمممكارمالأخلاق“ Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Ahmad, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan beliau menshahihkannya.)
(c) Akhlak sebagai kayu pengukur kedudukan seseorang kepada Allah
يَاأَيُّهَاالنَّاسُإِنَّاخَلَقْنَاكُمْمِنْذَكَرٍوَأُنْثَىوَجَعَلْنَاكُمْشُعُوبًاوَقَبَائِلَلِتَعَارَفُواإِنَّأَكْرَمَكُمْعِنْدَاللَّهِأَتْقَاكُمْإِنَّاللَّهَعَلِيمٌخَبِيرٌ“
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13)
إِنَّاللَّهَلايَنْظُرُإِلَىصُوَرِكُمْوَأَمْوَالِكُمْ،وَلَكِنْيَنْظُرُإِلَىقُلُوبِكُمْوَأَعْمَالِكُمْ“
Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa badan kamu dan harta kamu, tetapi Dia melihat hati dan amal kamu.”(Riwayat Abu Daud, Al-Bazzar, Ath-Thobrani, Al-Baihaqi)إِنَّمِنْخِيَارِكُمْأَحْسَنَكُمْأَخْلاقًا“ Sesungguhnya sebaik-baiknya kamu adalah yang paling baik akhlaknya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
(d) Akhlak sebagai tiang kebaikan
عَنْالنَّوَّاسِبْنِسِمْعَانَالْأَنْصَارِيِّقَالَسَأَلْتُرَسُولَاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَعَنْالْبِرِّوَالْإِثْمِفَقَالَالْبِرُّحُسْنُالْخُلُقِوَالْإِثْمُمَاحَاكَفِيصَدْرِكَوَكَرِهْتَأَنْيَطَّلِعَعَلَيْهِالنَّاسُ“
Dari An-Nawas bin Sam’an al-Anshari, dia berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah tentang kebaikan dan dosa. Baginda bersabda: Kebaikan adalah akhlak yang baik dan dosa adalah apa-apa yang membuat dada mu tidak tenang dan kamu membencinya jika manusia melihatnya.” (Riwayat Muslim)
(e) Akhlak penyebab masuk ke syurga
عَنْأَبِيهُرَيْرَةَقَالَسُئِلَرَسُولُاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَعَنْأَكْثَرِمَايُدْخِلُالنَّاسَالْجَنَّةَفَقَالَتَقْوَىاللَّهِوَحُسْنُالْخُلُقِ“
Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah ditanya tentang perkara yang menyebabkan paling ramai manusia masuk ke syurga, maka Baginda menjawab: “Taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik.” (Riwayat At-Tirmizi)
(f) Akhlak sebagai pemberat timbangan amal
عَنْأَبِيالدَّرْدَاءِقَالَسَمِعْتُالنَّبِيَّصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَيَقُولُمَامِنْشَيْءٍيُوضَعُفِيالْمِيزَانِأَثْقَلُمِنْحُسْنِالْخُلُق“
Dari Abu Darda, dia berkata: Aku mendengar Nabi bersabda: “Tidak ada sesuatu pun yang diletakkan di atas timbangan lebih berat dibandingkan akhlak yang baik.”  (Riwayat At-Tirmizi, Abu Daud, Al-Bazzar)
(g) Akhlak sebagai syafaat di hari kiamat
إِنَّأَحَبَّكُمْإِلَيَّوَأَقْرَبَكُمْمِنِّيفِيالآخِرَةِمَحَاسِنُكُمْأَخْلاقًا،وَإِنَّأَبْغَضَكُمْإِلَيَّوَأَبْعَدَكُمْمِنِّيفِيالآخِرَةِمَسَاوِيكُمْأَخْلاقًا“
Sesungguhnya di antara kamu yang paling aku cintai dan yang paling dekat denganku nanti di akhirat adalah yang terbaik akhlaknya. Sesungguhnya di antara kamu yang paling aku benci dan yang paling jauh dengan ku nanti di akhirat adalah yang terburuk akhlaknya.” (Riwayat Ahmad, Ibn Abi Syaibah, Ath-Thobrani)
(h) Agama adalah akhlak  Al-Fairuz Abadi:
واعلمأنالدينكلّهخلق،فمنزادعليكفيالخلقزادعليكفيالدين“
Ketahuilah sesungguhnya agama secara keseluruhannya adalah akhlak. Sesiapa yang menambah akhlak atasmu, maka bertambah pula agama atasmu.” (Lihat Basha’irzawi Tamyiz, 2/568)
Ruang lingkup akhlak
Akhlak terhadap Allah (Khaliq) dan Akhlak terhadap ciptaan Allah (makhluk)
اتَّقِاللَّهِحَيْثُمَاكُنْتَ،وَأَتْبِعْالسَّيِّئَةَالْحَسَنَةَتَمْحُهَا،وَخَالِقِالنَّاسَبِخُلُقٍحَسَنٍ “
“Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Ikutilah kesalahanmu dengan kebaikan nescaya ia dapat menghapuskannya dan bergaullah semua manusia dengan budi pekerti yang baik.” (Riwayat At-Tirmizi)
Ibn Rajab al-Hanbali:
فهذهالوصيةوصيةعظيمةجامعةلحقوقاللهوحقوقعباد.“
Ini adalah wasiat yang agung yang mencakupi akhlak terhadap Allah dan akhlak terhadap sesame manusia secara keseluruhan.” (Lihat Jami’ al-‘Ulumwa al-Hikam, 1/398)
Akhlak terhadap Khaliq (Allah), (haqqullahvertical)
Cara berakhlakRujukan surah/ hadith
Hanya Allah Tuhan yang sebenar-benarnya diibadahkan (ma’bud).Surah Al-Fatihah: 5, Al-Bayyinah: 5
Mentaati-Nya secara mutlak.Surah An-Nisa’: 65
Tidak melakukan syirik.Surah An-Nisa’: 116
Hanya Allah tempat meminta pertolongan.Surah Al-Fatihah: 5
Memberikan hak ketuhanan (uluhiyyah) hanya kepada-Nya.Surah Al-Fatihah: 2, An-Nas: 3
Tidak menyerupakan-Nya (tasybih) dengan sesuatu.Surah Asy-Syura: 11
Menetapkan apa-apa yang ditetapkan-Nya, mengingkari apa-apa yang diingkari-Nya, mengharamkan apa-apa yang diharamkan-Nya dan menghalalkan apa-apa yang dihalalkan-Nya.Surah Al-Ma’idah: 48-49
Hanya Allah sahaja sebagai Syari’ (Pembuat syariat).Al-An’am: 57
Tawakkal hanya kepada Allah.Taha: 72
dan lain-lain
Akhlak terhadap makhluk insan, (haqqul adami/ horizontal)
(A) Akhlak kepada Rasulullah
Cara berakhlakRujukan surah
Mengakui dan beriman Nabi Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.Al-Kahf:110
Meyakini Baginda adalah Rasul dan Nabi yang terakhir dan risalahnya juga risalah terakhir.Ar-Rum: 40
Taat kepadanya secara mutlak.An-Nisa’: 65
Menjadikan Baginda sebagai tauladan dalam kehidupan.Ar-Rum: 21
Meyakini syafaat Baginda.Yunus:3, Taha: 109
Berselawat ke atasnya.Ar-Rum: 56
Menerima keputusan daripada Baginda dengan redha.An-Nisa’: 59
Mencintai para sahabatnya dan mengakui bahawa mereka adalah umat terbaik dan semuanya adil (‘udul).Ali Imran: 110
Mencintai yang dicintainya dan membenci yang dibencinya.Al-Hasyr: 7
Tidak memanggil Baginda dengan namanya.An-Nur: 63, Al-Hujurat: 4, 5
Tidak meninggikan suara melebihi suara Baginda.Al-Hujurat: 1-3
Meminta izin daripada Baginda ketika meninggalkan majlisnya.An-Nur: 62
Beradab ketika bercakap dengan Baginda.Al-Baqarah: 104, Al-Hujurat: 3-5
Mencintai keluarganya (ahli baitnya).Riwayat At-Tirmizi
dan lain-lain
(B) Akhlak untuk diri sendiri (al-khuluq al-fardi)
Cara berakhlakRujukan surah
Tidak menjerumuskan diri kepada kebinasaan.Al-Baqarah: 195
Tidak bercakap bohong.Al-Hajj: 30, An-Nahl: 105
Menjauhi sifat munafiq.Al-Baqarah: 204-206
Ucapan hendaklah sama dengan perbuatan.Al-Baqarah: 44, Ash-Shaff: 2-3
Menjauhi kedekut.Al-Baqarah: 268, An-Nisa’: 37, Al-Hasyr: 9
Menjauhi pembaziran.Al-Isra’: 26-27
Menjauhi riya’.An-Nisa’: 38, Al-Ma’un: 3-7
Menjauhi sombong.Luqman: 18, Al-Isra’: 37, An-Nahl: 23
dan lain-lain
(C) Akhlak terhadap keluarga (al-akhlaq al-usariyyah)
Cara berakhlakRujukan surah
Memuliakan orang tua.An-Nisa’: 36, Al-Isra’: 23-24, Luqman: 14-15
Menyayangi anak dan mendidik mereka.Al-An’am: 151, At-Takwir: 8,9,14, At-Tahrim: 6
Hak dan kewajipan suami isteri.An-Nisa’: 19, 22, 24, 34
Berbuat baik terhadap kaum kerabat.Al-Baqarah: 180, An-Nisa’: 7, Ar-Rum: 38
dan lain-lain
(D) Akhlak terhadap masyarakat. (al-akhlaq al-ijtima’iyyah)
Cara berakhlakRujukan surah
Saling memaafkan antara satu sama lain.Asy-Syura: 37
Amanah dan menjauhi khianatAl-Anfal: 27, An-Nahl: 91
Tidak zalimTaha: 111, Asy-Syura: 40, Al-Furqan: 19
Tidak bersaksi palsuAl-Haj: 30
Tidak menyembunyikan persaksianAl-Baqarah: 283
Menjaga lidah/ lisanAn-Nisa’: 148-149
Berbuat baik terhadap anak yatimAd-Dhuha: 9-10
Menjauhi menyebarkan fitnah (gossip)Al–Hujurat: 12
Menepati janjiAl-Ma’idah: 1, Al-Isra’: 34
Adab ketika bercakapIbrahim: 24-26, An-Nur: 26, Al-Qashash: 55, Luqman: 19, Az-Zumar: 18, Al-Hujurat: 18
Menghormati dan meluaskan tempat duduk kepada orang lain ketika berkumpulAn-Nur: 62, Al-Mujadilah: 8, 9, 11
Memberi salamAn-Nisa’: 86, Al-Hijr: 52, An-Nahl: 32, Maryam: 15, Az-Zariyat: 25, Al-Mujadilah: 8
Menghormati dan memuliakan tetamuHud: 69, Al-Kahf: 77, An-Nur: 61, Al-Ahzab: 53, Az-Zariyat: 26, 27
Menghormati jiran tetanggaAn-Nisa’: 36, Al-Ma’un: 7
Akhlak terhadap hamba sahayaAn-Nisa’: 36
dan lain-lain
(E) Akhlakdengan guru (al-akhlaqma’aahl al-‘ilm)  
(F) Akhlakterhadap orang bukan Islam
Akhlak terhadap makhluk selain insan, (haqq ghair adamihorizontal)
  1. Akhlak terhadap Malaikat
  2. Akhlak terhadap jin
  3. Akhlak terhadap binatang
  4. Akhlak terhadap tumbuh-tumbuhan e.           Akhlak terhadap tanah, air dan udara
Ajaran ASWAJA yang tawassuth (berada di pertengahan) dalam bidang Akhlak atau Tasawuf
  • Menggalakan apa sahaja aktiviti, riadah (program) atau mujahadah (kesungguhan) yang menjurus kepada penghayatan ajaran Islam asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
  • Menolak sikap ektremisme atau berlebih-lebihan (ghuluw) yang boleh membawa kepada penyelewengan dalam aqidah dan syariah.
Akhlak yang terpuji selalu berada di antara dua sikap yang keterlaluan (tatharruf):
SikapAntara dua sikap
Berani (syaja’ah)Penakut (jubn) - Sembarangan/ berani tidak bertempat (tahawwur)
Rendah diri (tawadhu’)Sombong (takabbur) – Merasa hina diri (tazallul)
Dermawan (jud ataukaram)Kedekut (bakhil) – Membazir (israf)
Akhlak dalam ikhtilaf
  • Panduan bila bertemu ikhtilaf
إِنَّ أُمَّتِي لاَ تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلاَلَةٍ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ إِخْتِلاَفًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ اْلأَعْظَمِ.
“Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat di dalam kesesatan. (Oleh itu), maka apabila kamu melihat berlakunya khilaf (perselisihan), maka hendaklah kamu berpegang dengan As-Sawad al-A’zham (pendapat majoriti ulama’).” (Riwayat Ibn Majah)
  • Kaedah-kaedah feqah
لاَ يُنكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيهِ وَإِنَّمَا يُنكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ
“Tidaklah diingkari sesuatu hukum yang berlaku khilaf padanya (di sisi fuqaha’), akan tetapi yang perlu diingkari ialah sesuatu hukum yang telah disepakati atasnya (atas pengharamannya).”
اَلإِجْتِهَادُ لاَ يُنقَضُ بِاْلإِجْتِهَادِ
“Ijtihad tidak dibatalkan dengan ijtihad yang lain.“
لاَ اِنكَارَ فِي مَسَائِلِ اْلإِجْتِهَادِ وَاْلإِخْتِلاَفِ
“Tidak boleh diingkari dalam permasalahan-permasalahan ijtihad dan khilafiyyah.”
  • Prinsip:
رَأْيُنَا صَوَابٌ يَحْتَمِلُ الْخَطَأَ وَرَأْيُ غَيْرِنَا خَطَأٌ يَحْتَمِلُ الصَّوَابَ
“Pendapat kami benar, tetapi ada kemungkinan salah, dan pendapat selain dari kami salah, tetapi ada kemungkinan betul.”
  • Tidak mengkafirkan Ahl al-Qiblah
Imam Abu Ja’ar ath-Thohawi (321H):
ولا نكفر أحداً من أهل القبلة بذنب ما لم يستحله.
“Kita tidak mengkafirkan seorang pun dari ahli kiblat kerana dosa-dosa yang dilakukan selama mana dia tidak menghalalkan perbuatan dosa tersebut.”
  1. Slogan:
نَتَعَاوَنُ فِيمَا اتَّفَقْنَا عَلَيْهِ، وَيَعْذِرُ بَعْضُنَا بَعْضًا فِيمَا اخْتَلَفْنَا فِيهِ
“(Hendaklah) kita bekerjasama dalam perkara yang kita ittifaq (setuju) atasnya dan kita saling maaf memaafkan dalam perkara yang kita ikhtilaf dalamnya.”
Akhlak ketika menjadi pemimpin
Ucapan Sayyiduna Abu Bakar ketika dilantik menjadi pemimpin
Akhlak dalam peperangan
(a) Perintah berlaku adil, memaafkan musuh dan larangan menzalimi musuh 
وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآَنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.” (Surah Al-Ma’idah: 8)
Keadilan Salahuddin Al-Ayubi, pembebas Masjidil Aqsha Menjaga hubungan dengan Tentera Salib Pelihara kesucian Al-Aqsa Mengelak mana-mana bahagian bangunan rosak. Mencontohi cara Sayyiduna Umar al-Khattab: hantar utusan, ditolak dikepung 40 hari
‘Imad ad-Din al-Ishfahani: 100,000 orang Kristian ditawan: tidak bunuh dibebaskan dengan membayar wang tebusan 10 dinar (lelaki), 5 dinar (perempuan), 2 dinar (kanak-kanak) 7000 orang miskin (30,000 dinar), tidak mampu-terus              dalam tahanan.
(b) Larangan membunuh orang yang tidak ikut serta dalam peperangan dan larangan memusnahkan tempat dan kawasan
Sayyiduna Abu Bakar ash-Shiddiq mewasiatkan Sayyiduna Usamah bin Zain ketika melantiknya menjadi ketua tentera ke Syam:
لا تقتلوا طفلاً صغيراً، ولا شيخاً كبيراً، ولا امرأة، ولا تعقروا نخلاً وتحرقوه، ولا تقطعوا شجرة مثمرة، ولا تذبحوا شاة، ولا بقرة، ولا بعيراً إلا لمأكلة، وسوف تمرون بأقوام قد فرغوا أنفسهم في الصوامع فدعوهم وما فرغوا أنفسهم له.
“Janganlah kamu membunuh anak kecil, orang tua dan perempuan. Janganlah kamu merosakkan pokok tamar dan membakarnya. Janganlah kamu menebang pokok yang berbuah. Janganlah kamu menyembelih mana mana kambing atau lembu atau unta kecuali untuk makanan. Nanti kamu akan bertemu dengan orang yang menyepikan diri mereka (bertapa) di dalam biara biara, maka biarkan mereka dan janganlah kamu mengganggu mereka.” (Lihat Ibnu Asakir, 2/50)
LU FIKIR LA SENDIRI!!!

4 ulasan:

  1. Syiah mudah dikenal, jelas sesat.
    Wahabi lbh sukar dikenal, kecuali bg yg berilmu. Hati hati jgn terpengaruh.
    Selidiki dgn siapa kita berguru, silap berguru jadi taksub dan sesat.
    Minta kpd Allah swt petunjuk hidayah dijauhkan dr kesesatan.
    Wahabi bijak berhujah, jika kurang berilmu mudah terpengaruh. Tak perlu berhujah dgn Wahabi kerana mrk tidak mencari kebenaran tp mencari kemenangan dlm berhujah utk merendah rendahkan kita dan menganggap tinggi dan lbh mulia pegangan mrk. Wahabi dan Khawarij bnyk kesamaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. anda bodoh...dan anda tak tahu yang anda bodoh.

      Padam
    2. 'utul, jawwaz, mustakbir, tiga sifat ahli Neraka ! Jauhilah !

      Padam
  2. syiah dan wahabi adalah musuh islam dalaman....aswj di kepit oleh syiah di kiri dan wahhabi dikanan.....hasil ciptaan yahudi dan penjajah yg tiada cara lain utk menghancurkan islam, selain dari dalam....the best lies are partial truths...

    BalasPadam