Jumaat, 1 April 2016

HOT ~ Saman Selasa Depan..!


Siap fakta dan data..! Kalau auta tunggu apa lagi? minggu depan kan ada selasa..! berani???

WSJ: PM belanja AS$15 juta untuk cuti, barang kemas

Lebih banyak maklumat berhubung dakwaan sikap mboros keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan jutaan ringgit didedahkan lagi hari ini.
Menurut akhbar The Wall Street Journal, Najib menghabiskan AS$15 juta bagi percutian, membeli-belah dan barangan kemas. Perbelanjaan dilakukan di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di beberapa tempat lain.
Dokumen siasatan pihak berkuasa Malaysia menunjukkan bahawa kad kredit Najib digunakan bagi membayar pembelian di gedung fesyen Chanel di Honolulu, Hawaai bernilai AS$130,625.
Ini berlaku dua hari sebelum beliau bermain golf dengan Presiden Barrack Obama pada malam Krismas 2014.
Kunjungan ke Amerika Syarikat itu menjadi kontroversi apabila beberapa negeri di pantai timur Malaysia dilanda banjir teruk dan Najib terpaksa terbang pulang untuk melawat kawasan yang terjejas.
WSJ melaporkan bahawa seorang pekerja di kedai Chanel di kawasan kelas atasan Ala Moana Center masih mengingati isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang membeli-belah di gedung itu sebelum Krismas.
"Urus niaga di gedung Chanel itu dibayar melalui kad Visa atas nama Najib, menurut dokumen siasatan Malaysia. Pada mulanya transaksi itu tidak berjaya dan Najib yang turut hadir, terpaksa menelefon bank untuk meluluskan pembayaran berkenaan," kata laporan itu.
Dokumen itu juga menunjukkan bahawa kad kredit dibayar melalui akaun atas nama Najib dan akaun berkenaan telah dikreditkan dengan AS$9 juta beberapa bulan sebelum itu.
Kereta mewah
Menurut dokumen itu, wang berkenaan datang dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang kini berada di bawah Kementerian Kewangan dan diterajui oleh Najib sebagai menterinya.
"Pada hari Najib bermain golf dengan Obama, SRC International memindahkan lagi AS$9 juta ke akaun itu melalui cabang tanggungjawab sosial korporat 1MDB. Wang itu tiba sehari selepas Krismas," kata laporan WSJ itu.
Dokumen juga menunjukkan Jakel Trading Bhd, peruncit pakaian mewah Malaysia, sebagai antara penerima paling lazim dana dari akaun Najib.
"Di antara 2011 dan 2014, Najib memindahkan lebih AS$14 juta kepada Jakel, menurut dokumen. Syarikat itu mengkhusus dalam pakaian tradisional Melayu, sut, pakaian perkahwinan dan kelengkapan rumah."
WSJ berkata terdapat juga perbelanjaan yang dicatatkan pada 28 Jun, 2011, di Signature Exotic Cars, pengedar kereta di Kuala Lumpur dengan harga AS$56,000.
"Kad kredit Najib juga mencatatkan perbelanjaan €750,000 pada Ogos 2014 di cawangan Itali, De Grisogono, sebuah kedai barangan kemas milik Switzerland.
"Seorang pekerja De Grisogono mengesahkan Rosmah, isteri perdana menteri, adalah pelanggan di kedai emas syarikat itu di cawangannya di Porto Cervo, sebuah resort kecil di Sardinia. De Grisogono enggan mengulas."
WSJ juga menghubungi beberapa syarikat lain yang didakwa terlibat dalam urus niaga berkenaan, tetapi semuanya tidak mahu mengulas.
Najib telah berulang kali menafikan sebarang salah laku dan menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi. sumber.
Sementara itu dilaporkan bahawa Nazir juga menerima duit untuk pilihanraya katanya..! Nazir bertanding dalam PRU ke?
Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak dilapor mengesahkan bahawa beliau menerima hampir AS$7 juta dari abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno.
Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu akhbar The Wall Street Journal bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.
"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari sumber lain,” katanya dalam laporan WSJ hari ini.
"Jumlah keseluruhan dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan daripada presiden parti (Najib) dan akaun berkenaan ditutup dengan baki sifar," kata Nazir.
Menurut WSJ, mereka telah melihat dokumen siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang mendapati "majoriti" dana dalam akaun itu berasal dari 1MDB.
Laporan itu juga menghuraikan butiran perbelanjaan peribadi yang didedahkan dalam dokumen berkenaan.
Nazir juga mengesahkan kepada WSJ dalam satu kenyataan bertulis bahawa beliau menerima AS$7 juta, yang katanya kemudian dikeluarkan oleh kakitangan bank kepada ahli-ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.
WSJ berkata seorang jurucakap CIMB enggan mengulas ketika dihubungi. Malaysiakinijuga sudah menghubungi Nazir dan sedang menunggu jawapannya.
Laporan itu juga berkata satu lagi pemindahan berjumlah hampir AS$70,000 dibayar kepada anak perdana menteri, Norashman Najib pada 4 Julai, 2014.
Rakyat tak kesah pun kalau Najib sekeluarga nak berbelanja mewah membeli bulan dan bintang..! Asalkan boleh dinyatakan duit yang banyak tu datang dari sumber mana?
Niaga apa? berapa bayar cukai?
Boleh?
Lu Fikir La Sendiri!!!

21 ulasan:

  1. KONONnya anak dia yang bernama orang abu pun dapat us70k..

    jika benar...atas dasar apa? dari mana sumbernya?

    ajalina dah cakap ajib takde apa2 income selain drpd jawatan yang disandang....???

    BalasPadam
  2. wow!!!

    rakyat disuruhberjimat cermat, tanam sayur sendiri, kurangkan penggunaan gula, kerja lebih masa, buat 2 atau 3 kerja bla bla bla untuk tampung kos hidup yang meningkat.

    mereka sekeluarga pula berfoya-foya sedemikian rupa?

    BalasPadam
  3. Sblom ni 2-3 tahun lepas.....hanya khabar2 angin mengatakan Rosmah n najib ni bermewah2 dan boros....Skrg terbukti khabar angin tersebut adalah realiti.........perpatah ada mengatakan Tiada angin masakan pokok bergoyang.....ungkapan ni juga telah digunakan Sultan Perak raja Nazrin Shah baru2 ni smasa berucap berkenaan dgn Rasuah....

    BalasPadam
  4. "Urus niaga di gedung Chanel itu dibayar melalui kad Visa atas nama Najib, menurut dokumen siasatan Malaysia. Pada mulanya transaksi itu tidak berjaya dan Najib yang turut hadir, terpaksa menelefon bank untuk meluluskan pembayaran berkenaan,"

    Bank pun tak berani nak beri transakai sebab takut ada penipuan.

    Takut Penipuan apa?

    Almaklum seperti yang telah diketahui rakyat, ada berbillion billion dalam akaun najib tu.

    Malangnya,

    Pihak bank tidak mengetahui duit ber billion2 dalam bank itu adalah kepunyaan bapak kepada segala penyamun yang mencuri harta dan wang rakyat!

    BalasPadam
  5. Errrr...hasil siasatan pihak di Malaysia???? Siapa sumber tu? Tak bernama? Tak mahu dinamakan? Atau yg sebenarnya cuma sumber dari tukang karut? Kihkihkihkih....

    Sekali menganjing selamanya anjing. Dan.....rinnggit sudah mula mencecah rm3.8 = usd1....tapi najib masih pm. WKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asik alih tiang gol je...jawablah Klu semua ni fitnah...

      Padam
    2. Keris kontot,

      It does not negate the fact that,

      -Bugis-pirate LIED telling everyone mana ada masyuk....

      -then kept lying when caught telling more lies about 2.6 billion

      -and lied again without telling 42 Million from SRCI that went into his bloody account, if that is not stealing what is?

      -Now caught LYING again from evidence that he actually USED the ill-gotten money for shopping

      -Yet a BIGGER LIE now come to the fore with 4.2 Billion went into his account

      -by not REPORTING is already an offence under MACC Penal Code

      So the way you are brushing aside such blatant disregard for the Law & Order by your BUGIS-Lying-Bastard clearly showed all the lapdogs including you just do not go by system of Law & Order in Malaysia, and you are proud to be known as one of the MOST CORRUPTED COUNTRY WITH A CORRUPTED PRIME MINISTER?

      What silly dog without any moral bearings!

      BTW its good RM recover (for now) as it helps all the Malaysian students around the world, but for how long can the country keep burning the Foreign Reserves?

      MLN

      Padam
    3. Pakai jata negara buat jatuhkan maruah jata tu aje.

      Padam
  6. Apa ni korg bentang fakta..
    Cacai najis xsuka dgn fakta. Cytro maslan suka maki hmaun dan teori konspirasi bodoh shj.
    Cth najis tdo dgn lena relek2 saje. Itu bukti najis xbersalah..
    Kahkahkah..
    Tp jumpa wartawan lari

    BalasPadam
  7. mangkok ayon 9.48

    "hasil siasatan pihak di Malaysia?"

    bagi tau sama bapa penyamun tu saman la media yang keluar berita tu? kenapa tak saman2 lagi? Najib takut apa?

    "rinnggit sudah mula mencecah rm3.8"

    Mangkok,

    Nilai matawang tu ingin macam bina bangunan 20 tingkat ke? hari ini meningkat esok hari boleh jatuh merundum, matawang ni ada susut naiknya, kunun2 nak bagitau rakyat matawang kita dah meningkat? masa turun tak nak cerita?

    Apa nak herankan,

    Kalau bapak penyamun tak tau kira 15-9=? brapa? layar kembang atau menguncup, inikan pula pencacai.

    BalasPadam
  8. Rupa-rupanya Najib Razak tidak sahaja menerima wang berjumlah RM2,600 juta di dalam akaun peribadinya. Tetapi sebenarnya RM4,200 juta! Bagaimana dia boleh buat muka selamba dan berdiam diri kepada semua rakyat Malaysia sebelum ini? Bahkan, ahli majlis tertinggi Umno (Tajuddin Abdul Rahman) pun terperanjat dan tidak menyangka dan sukar mempercayai bahawa Najib telah menerima wang sebanyak itu.

    Dalam tahun lepas juga ada seorang timbalan menteri berkata adalah amat bodoh bagi seorang Perdana Menteri memasukkan wang yang sangat besar ke dalam akaun sendiri. Ternyata akhirnya, Perdana Menteri tersebut sememangnya bodoh.

    Dan yang paling mendatangkan kemarahan rakyat adalah apabila Najib cuba berbohong kepada kita semua dengan mengatakan bahawa ‘derma sedekah’ yang diterimanya bukan untuk tujuan peribadi.

    teruskan bacaan anda di;

    https://jebatmustdie.wordpress.com/2016/03/31/najib-saya-belanjakan-duit-derma-itu-bukan-untuk-tujuan-peribadi/

    BalasPadam
  9. bukti mana?? resit mana? stakat cakap saja.. phuii!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. 11.12

      Mana bukti? Tu dah terpampang secara terperinci kemana Wang dibelanjakan oleh Najib...tak nampak?

      Resit mana? Ada ditangan pihak yang mengeluarkan bukti.

      Tak percaya? Samanlah orang yg simpanan resit tu...

      Kenapa takut? Cer Tanya najib, kenapa takut nak saman? Kalau tak betul? Palsu? Fitnah?

      Ataupun cer chai buat pemula saman terhadap WSJ Dan ABC Australia bagi pihak najib?

      Padam
  10. Yang pasti derma itu datang dari kerabat Diraja Saudi.Itu telah disahkan oleh kerajaan Saudi dan telah dilapurkan juga oleh BBC dan akhirnya juga diakui oleh WSJ.Yang peliknya kenapa derma itu dimasukkan dalam akaun peribadi.

    BalasPadam
  11. Ni apasal plak adik Najib menyimbah petrol pada API yang membuak buak keluar ni.....

    BalasPadam
  12. Adik dia taknak BERSETONGKOL dgn abang kandung penyamun dan kakak ipar puakanya tu...
    Dan yg paling dia tak tahan bapak dia yg dalam kubur tu pun kena tempias!

    BalasPadam
  13. PALA hotak hangpa main tuduh2 org dengan lukis kartun macam budak tadikan camtu.. aku pon boleh tuduh Mamaktaik songlap 100 billion minggu lepas.

    Bongok sungguh2.. dh tau nak mampuih dah takpayah lah mintak nyawa dengan syaitan.. makin gila gamaknya pencacai2 mamak kerala ni!

    Bukti menatang jadah apa macam tu.. mana resit melibatkan org yang dituduh punya...mana bukti itu wang haram/ curi/ rompak?

    kapal layar cucu mamak anak si botak cheng mockeriss ni beli pakai duiat sapa?? kapal layar bukan harga 100 hinggit.. mamak kencing melayu mudah2.. anjing lapar di tabur dedak expired menyalak2 jilat kaki mamak!

    BalasPadam
  14. "lukis kartun macam budak tadikan camtu"

    Tak pon soh najib pi saman pelukis kartun tu....

    BalasPadam
  15. Macai najis hati dah tertutup utk menerima kebenaran...
    Apa saja yang najib rosmah buat semua betul.
    Bodoh! sia sia jadi manusia, ada otak tk boleh nk guna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Camne nak guna otak sebab dalam tempurung kepala tu bukan otak...tapi dedak!!! Hehe

      Padam