Ahad, 24 April 2016

PRN Sarawak ~ Anak Muda Marah Siapa?


KJ bercakap benar..! KJ menyelami denyut nadi rakyat terutama anak muda..!

KJ: Marah pemimpin tapi jangan gadai masa depan S’wak

Pengundi muda di Sarawak dinasihati supaya tidak mengambil risiko dengan mengundi pembangkang pada pilihan raya negeri 7 Mei ini kerana mereka tidak akan membawa kepada pembangunan negeri itu.
Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata meskipun pengundi muda marah terhadap kepimpinan sedia ada namun masa depan Sarawak tidak seharusnya digadaikan.
“Pada saya bukan masa untuk gadai masa depan, ini masanya kita bagi mandat kepada ketua menteri.
“Sebab (kalau) undi pembangkang kerana tak puas hati (dan) marah, ia tak akan hasilkan apa-apa dalam konteks pembangunan negeri Sarawak. Di negeri Sarawak pilihan raya negeri adalah masa depan Sarawak,” katanya.
Khairy berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Bilik Gerakan Pemuda di Kuching hari ini.
'Ahli mensyuarat tingkap kena tarik telinga lagi..!'
Lu Fikir La Sendiri!!!

27 ulasan:

  1. Alhamdulillah Ketua Pemuda UMNO BN dah mula bergerak aktif..

    Mukris tido ke? jgn asyik dok kaunter kat stadium kelaut itu namanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa Yg aktif? 100 juta?...apa punya komen... Takan nak suroh dmm mkn dedak juga... Dmm baru selesai kat Tempat annuar musa.... Tak tau ke...sian

      Padam
    2. Selain kes RM100 juta itu, ada lagi satu kes yg mana kaum India tuntut & tertanya-tanya kes melibatkan dana untuk kebajikan kaum India berjumlah RM19juta...hilang pergi tanpa kesan.

      Padam
    3. bro... UMNO tak dibenarkan wujud di sarawak... Org UMNO yg dtg semata mata.. nak pelihara nasib Najib.. huhu kalau aku malu nk tolong kempen dgn PBB..

      Padam
  2. Ni la satu satu nya entry selain dari fitnah 1mdb dari blogger red bean army yg menulis pasal KJ tanpa merujuk kepada Australia Daily dan WSJ.....kah kah kah kah... kah kah



    FuuuCCCCKKKKKK......!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hampir 90% kabinet kayu Najibul Bullshit terpalit dgn rasuah yg memalukan.

      Padam
    2. 1222.. adalah Macai Penyapu Tetap Dan Berpencen Bugis Penyamun

      Padam
  3. Mereka tahu anak muda marah, tapi mereka tak buat apa hanya mengugut jangan gadai. Tapi mereka sendiri dah lelong aset negara tanpa negara mendapat apa2 manfaat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETUJU dengan Tuan 12.37

      Kita disuruh jangan gadai masa depan, TAPI mereka yang GADAI tanah, makin lama makin mengarut...

      Padam
    2. Setuju bro.
      Tambahan sikit.

      1MDB dengan rasminya menjual tanah negara kpd syarikat Cina komunis untuk bayar hutang.

      Kesian, prajurit2 kita dulu yg terkorban kerana mempertahankan tanahair drpd ancaman komunis.

      Najib memang pembawa bala dan sial kpd rakyat Malaysia.

      Padam
    3. Aku tgk msia dah mcm filem tamil.
      Ketua polis ada kilang pistol dan jual pistol.
      Kasi lesen sekali.
      Dulu ingat orang beli senjata dari siam.
      Mungkin orang siam pun beli dari msia.
      Lps ni semua orang pun nak beli.

      Padam
  4. Tabiat pemimpin umno, bila ada jaeatan dan kuasa ditangan tak ingat dunia, tak ingat rakyat. Apa yang rakyat suarakan dia orang buat pekak badak jer..
    Tapi bila tiba masa nak mengundi lembut gigi dari lidah. Merayu... kononnya parti lain tak akan bangunkan negara, hanya mereka saja yang akan membela rakyat.
    Pi mai pi mai dok tang tu juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo kira kelantan dibawah PAS maju la ya..

      Selangor macam mana plak jadi ikon anak2 muda la..

      Pulau pinang jadi negeri contoh la ya.

      Kau ingat sekolah2 yg berlambak dan percuma PAKATAN yg buat ya?

      Padam
    2. Saya tinggal dikedah, tapi bekerja dipulau pinang.
      Setakat ini tak ada pula orang malayu pulau pinang yang marah pada dap. Apa yang sampai ketelinga saya, begitu ramai orang teramat marah dekat najib walaupun dalam masa sama dia orang tak sokong dap.

      Padam
  5. Kita tengok najib berani tak bubar DUN terangganu. Cakap berdegar-degar kononnya masih ramai yang sokong dia. Apahal pula yang nak buat kerajaan perpaduan.
    Kalau dah yakin dengan sokongan bubar sajalah..

    BalasPadam
  6. Bukan orang muda je marah. Tukang cover 1mdb nasi kandar pun dah tak tahan, nak blah. Tak sanggup tengok hutang bertingkat-tingkat. Akhirnya nasi kandar mengaku problem besar 1mdb dlm interview the edge. Hmmmm...dah terlambat! Dah banyak harta negara yg terjual. Duit socso pun kena balun. Esok bila korang nak claim duit socso, tunggulah cam buah tak gugur.

    BalasPadam
  7. Retak dah mula membelah, kuncu yang selama ini begitu girang menyokong Najib kini dah masing-masing menggelepar kepanasan gelabah mencari dahan untuk berpaut.

    Bangkai yang membusuk kini dah berulat, kebusukkannya tidak dapat dibendung lagi walaupun ditudung dengan nyiru.

    Satu persatu masalah 1MDB terbongkar, satu persatu jenayah yang dilakukan di dalam 1MDB makin terbongkar, pihak yang menjadi dalang utama dan serta pensubahat yang turut menerima wang rompakan milik 1MDB kini terketar-ketar, gelisah siang dan malam, tidur tak lena, makan tak lalu.

    Berdasarkan laporan oleh pihak berkuasa antarabangsa, siasatan mendapati makin jelas terdapat kecurangan korporat yang sangat melampau berlaku dalam pengurusan wang hutang 1MDB yang disamun ke akaun-akaun perantara untuk tujuan jenayah pengubahan wang haram.

    Saya percaya dan yakin bahawa ketua-ketua bahagian UMNO, pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional, serta terutama para menteri, timbalan menteri, serta pegawai kanan kerajaan yang selama ini ditabur habuan oleh Najib gelisah resah menggelepar ketakutan menunggu bila bom jangka 1MDB ini akan meledak.

    Akan terpahat dalam sejarah negara ini, sebilangan besar pemimpin kerajaan serta beberapa pegawai tinggi kerajaan serta ratusan pemimpin politik atau mungkin ribuan pemimpin politik akan diheret ke mahkamah dan dihumban ke penjara atas kesalahan menyamun harta negara serta bersubahat menyamun harta negara.

    Petunjuk kepada semua ini makin hari makin jelas, 1MDB kini berhadapan keadaan di mana mereka perlu menyelesaikan lebih kurang USD 5.1 bilion bon kepada pelanggan-pelanggan bon itu sekiranya 1MDB gagal untuk membayar faedah bon USD 50 juta kepada pelanggan-pelanggan bon itu.

    Arul Kanda CEO 1MDB yang botak kepalanya pun sudah tension dengan semua ini, sudahlah isu bon USD 5.1 bilion itu menekan dirinya, malahan RM 800 juta wang SOCSO yang dipinjam oleh 1MDB lagi nak kena selesaikan, Arul Kanda pun dah nak larikan diri dari 1MDB tak sanggup nak dukung biawak hidup yang tak perlu dia tanggung selama ini, ingatkan dah selesai rasionalisasi hutang 1MDB, rupa-rupanya bertimbun-timbun lagi hutang yang tak selesai.

    Selamatkan negara ini, tandantanganilah Deklarasi Rakyat samada melalui elektronik atau melalui borang, kita tak boleh biarkan kehancuran ini berterusan, ia perlu dihentikan segera sebelum menjadi kehancuran total yang akan merosakkan kehidupan ekonomi kita semua.

    Pertahankan negara kita, pertahankan hak kita terhadap negara ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Izinkan saya menambah.....

      Penat, Saya Dah Melakukan Lebih Dari Apa YG Sepatutnya Di 1MDB Kata Arul - 1MDB Pinjam 800j Duit SOSCO Tak Ganti Lagi.

      Padam
    2. Betul tu saudara Othman Ahmad, Arul Kanda pun dah tak tahan dengan taik dan kencing yang membusuk di dalam 1MDB, dia pun dah nak lari kerana tak sanggup nak hadap taik dan kencing yang dibuat oleh Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB itu.

      Bon USD 5.1 bilion, hutang wang KWAP oleh SRC International sebanyak RM 4 bilion, bon RM 920.8 juta yang dilanggan oleh Tabung Haji, bon RM 579.2 juta yang dilanggan oleh KWAP, sekarang terbongkar lagi hutang RM 800 juta wang SOCSO pula, lepas tu IPIC nak tuntut semula USD 1.1 bilion yang dihutangkan kepada 1MDB untuk bayar hutang konsortium deutch bank tahun lalu, lepas ni tak tahulah apa lagi yang akan terbongkar, Arul Kanda dah tak tahan dengan bau taik dan kencing yang bersepah-sepah di dalam 1MDB, dia pun dah nak lari, kerana lagi lama dia dengan 1MDB, dengan dia pun akan sangkut dan diheret ke mahkamah dan dihumban ke penjara pula.

      Sultan Terengganu pun khabarnya dah murka dengan MB Terengganu Razif, entah-entah telaga petroleum Terengganu dah dilelong oleh Razif dan Najib, mungkin itu sebab Sultan Terengganu murka sangat dengan Razif dan tarik gelaran kebesaran negeri yang diberi kepada Razif sebelum ini.

      Sedarlah rakyat Malaysia sekalian, bersatulah untuk menghentikan kegilaan Najib mempergunakan 1MDB hingga negara dan rakyat yang menanggung beban pula itu.

      Marilah semua menandatangani Deklarasi Rakyat.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  8. http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/umno-s-system-for/2722040.html

    kalu sapa nak tengok spesis ular yg pandai bercakap pegilah kat link diatas ..

    - mm -

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak tengok ular yang makan dedak, Tanpa Nama24 April 2016 2:50 PTG adalah salah satu spesisnya.

      Dah terbukti yang berbilion wang hutang 1MDB lesap, sekurang-kurangya RM 28 bilion wang hutang 1MDB lesap apabila wang berkenaan tidak dibayar kepada anak syarikat IPIC Abu Dhabi tetapi wang itu dimasukkan ke akaun syarikat palsu di British Virgin Island pula.

      Itu pun masih nak pertahankan jenayah pengubahan wang haram itu lagi ke?

      Tengoklah, Arul Kanda kata terdapat penipuan yang turut melibatkan pihak dalaman 1MDB dalam satu temuramah, tetapi sampai sekarang 1MDB tidak buat laporan polis untuk menyiasat mengenai perkara ini, apa cerita?

      Sudah-sudah membohong, insaflah.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Kalau nak tengok ular yang kuat makan dedak Tun M (sbb yg supply dedak adalah kroni cina), inilah orgnya - Tanpa Nama 24 April 2016 3:05 PTG

      Padam
    3. Itu je ke fumakilla 3.31?

      Padam
    4. Tanpa Nama24 April 2016 3:31 PTG kroni cina mana yang supply dedak kepada Tun M tu? YTL ke?

      Bukan ke kerajaan Najib baru saja perbaharui kontrak IPP YTL di Paka, siapa yang kroni cina sebenarnya ni?

      Si Jho Low yang mengurus sambil menjoli wang hutang 1MDB bagi pihak Najib tu kroni siapa pula?

      Arul Kanda dah kata dalam satu temuramah bahawa berkemungkinan besar terdapat pihak di dalam 1MDB sendiri yang terlibat dalam penyelewengan wang USD 3.5 bilion yang sepatutnya dibayar kepada anak syarikat IPIC Abu Dhabi tetapi wang itu diberikan kepada syarikat palsu yang menyamar sebagai anak syarikat IPIC Abu Dhabi pula.

      Tapi pasal apa tak ada sebarang laporan polis oleh pengurusan tertinggi 1MDB samada dari Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat, Lodin Wok Kamaruddin selaku Pengerusi Lembaga Pengarah, atau Arul Kanda yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB?

      Sila jelaskan, pasal apa 1MDB tak buat laporan polis sekiranya mereka ditipu?

      Sila beri penjelasan.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  9. Jho Low tu kroni Fumakilla Abu Bakar.

    Ye ke Najib bahurui kontrak YTL? Maknanya YTL telah supply dedak grade platinum pada Najib lah ye?

    Krn tu pasti Abu Bakar akan dapat supply fumakiila.

    BalasPadam
  10. Anak2 muda tanya saya mengapa dan kenapa UMNO tak boleh masuk Serawak. Heran la.

    BalasPadam
  11. I guess the brain cells of that poor chronic chap (3:31/5:56) are having serous problem of short circuit & hay-wired.

    BalasPadam