Rabu, 13 April 2016

1MDB Kekal Bodoh & Membodohkan..!


Cukup cukup la..! Rakyat dan dunia tahu bahawa 1MDB bermasaalah..! Apa lagi yang 1MDB mahu lindungi..! Pihak berkuasa perlu bertindak segera menangkap dan menyiasat mereka yang jelas terlibat didalam skandal ini..!

1. Banyak soalan telah dijawab oleh 1MDB. Tetapi tidak ada satu pun yang boleh dipercayai. 

2. Hari ini 1MDB menjawab kenyataan akhbar yang dibuat oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) bahawa IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investment PJS (Aabar) yang didaftar dibawah undang-undang Abu Dhabi dan UAE, bahawa Aabar BVI (British Virgin Islands) bukanlah dari kumpulan mereka. Juga IPIC dan Aabar mengesahkan bahawa mereka tidak pernah terima bayaran dari Aabar BVI, dan mereka juga membuat pengakuan terhadap sebarang tanggungan (liabilities) bagi pihak Aabar BVI (seperti yang dinyatakan oleh 1MDB).

3. 1MDB menjawab bahawa dalam kenyataan terbuka yang diaudit pada 31.03.2014 menunjuk rekodnya telah dibayar kepada Aabar BVI.

4. Segala kenyataan oleh 1MDB tidak pernah disokong oleh dokumen apa-apa. Ini termasuk pemulangan wang dari Kepulauan Caymans yang kononnya di simpan di BSI Singapura. Kemudian BSI berkata tidak ada wang berkenaan yang disimpan oleh 1MDB dengannya. Lantas 1MDB menjawab simpanan itu bukan berbentuk wang tetapi berbentuk “unit”. Tidak ada penjelasan atau dokumen nilai sesuatu unit dan jumlah unit. Jelas bahawa dakwaan ini adalah satu pembohongan.

5. Kononnya dari RM2.6 billion RM2.3 sudah pulangkan kepada “penderma”. Tetapi wang (atau unit) ini telah dibekukan. Kalau dah beku, bagaimana dan bila wang ini dicairkan dan dipulangkan kepada “penderma” yang tidak boleh dikenalpasti. Hakikatnya semua kenyataan 1MDB dan A.G. juga tidak boleh dipercayai.

6. Aabar BVI didapati bukanlah Aabar anak syarikat IPIC. 1MDB kerap mengguna nama syarikat lain supaya dipercayai orang. Demikian apabila terdapat sebuah syarikat Amerika yang bernama Blackstone Group, maka sebuah syarikat di Hong Kong pun diberi nama “Blackstone Asia Real Estate Partners” supaya difikir syarikat ini ada kaitan dengan syarikat Blackstone Group di Amerika. Blackstone Group dilapor menafikan bahawa “Blackstone Asia Real Estate Partners” mempunyai kaitan dengannya.

7. Laporan dalam buku-buku 1MDB tidak boleh dipercayai sama sekali. Jika laporan media asing adalah fitnah dan tidak berasas, tuduhan saman malu boleh dibuat terhadap media berkenaan di negara mereka. Tetapi walaupun media asing ini membuat bermacam tuduhan terhadap Najib, seperti melapor Najib rasuah, Menteri Kewangan yang terburuk didunia, memiliki RM 2.6 billion dalam akaun peribadi yang datangnya dari 1MDB, Najib tidak pernah bertindak saman malu terhadap WSJ atau Sarawak Report atau Washington Post dan lain-lain. Jika dakwaan mereka tidak berasas kebenaran saman malu oleh Najib bukan sahaja akan menghasil ganti rugi berjuta dollar tetapi dakwaan buruk terhadapnya akan berhenti. Tidak adanya saman malu oleh Najib mengesahkan tuduhan mereka adalah benar.

8. Kerana semua dakwaan pihak asing tidak menarik tindakan undang-undang maka penafian 1MDB yang dipimpin oleh Najib tidak dapat diterima sama sekali.

9. Demikian juga bahagian-bahagian dalam laporan PAC yang berasas kepada kenyataan 1MDB bahawa Najib tidak terlibat dengan segala salahlaku, tidak boleh diterima. Lagipun sebagai PM dan Menteri Kewangan serta Penasihat kepada 1MDB, membiar pegawai dibawahnya membuat berbagai keputusan berkenaan berbillion dilabur, dipindah, diberi pinjam, dihilangkan menunjuk sikap tidak mengambil berat terhadap wang Kerajaan yang begitu banyak. Najib tidak menjalankan tanggungan fiduciary dengan bertanggungjawab. Ini adalah satu kesalahan besar walaupun laporan PAC menuding jari ke arah Shahrol Azral Ibrahim Hilmi sepenuhnya. Sementara tindakan terhadap Shahrol perlu diambil, tindakan terhadap penasihat 1MDB yang mewakili Kerajaan tidak boleh diketepikan.


Skandal jijik lagi menjijikkan..!

Ada maruah ke???

Lu Fikir La Sendiri!!!

40 ulasan:

  1. Mana tak 1MDB bodoh dan membodohkan. Kalau tak, Najib dah saman WSJ dan NYT. Tak berani. Tarak bola. Dia tahu akan kalah kalau saman depa. Dan macam macam tembelang akan keluar lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib's lawyer: Status quo on WSJ lawsuit, what matters is Malaysians' thoughts on 1MDB

      Malay Mail Online

      Lawyer Datuk Mohd Hafarizam Harun said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has not decided whether to sue or not to sue Wall Street Journal.

      Tak usah nak cakap lah, Mista. Malaysians' thoughts on 1MDB majoriti nya busuk. Baca le rekod testimony kpd PAC dalam Hansard Parlimen Malaysia.

      Itu pun banyak yang di bincang tak di rekod - Pengerusi "Cari Makan" PAC kata siapa tak mahu di rekod, boleh switch off microphone. Kan mengarut punya hearing macam tuh.

      Jadi, Laporan PAC pun karut le. Peranan/ kesalahan Najib tak di sebut pun. Pada hal segala kuasa dalam 1MDB Najib pegang. Kementerian Kewangan yang punyai 1MDB pun takda apa kuasa. Tak di wakili di Lembaga Pengarah pun. Sekarang dah terhutang RM50 bilion. Ekaun tak tentu arah. Odit tak dapat tengok bank statements pun. Mengarut si Najib.

      Padam
    2. PRU14 sok tolonglah beringat....!!

      Padam
  2. Ya...adakah kita rela dibodohkan lagi...perlu ada gerakan yg keras..gila apa manusia bernama mohd najib nii...masih berkhayal..bapa hutang negara..gali sini..tutup sana..habuk pun takde..ProOO00ootTt

    BalasPadam
  3. Seronok sungguh rasanya sakat blog barua Red Bean Army nih.... 1 hari 10 entri baru kuar suma pasal pitnoh 1mdb dan fitnah najib... citrer sama jer di ulang ulang sampai lebam.... tan seng giau dah jawab najib tak terlibat .... dasar barua red bean army yg dibela DAPigs .... banyak kali mika momok tua tu dikuarkan... momok pun barua pluralist/ syiah/ komunis rasis DAPigs gak.... cuba la kuar citer LGE dan banglo tarlajakn laris itu FAKTA rasuah dan salahguna kuasa yg kronik... citer DEIGSelangork sykt RM2/= telan glc selangor 40 billion kuarkan klu berani... blogger ni kena tgk telo masuk lam perut ke idak nak kuarkan citer banglo terlajak laris ni... cukup2 la buat pitnoh.. buat dosa pas tu bagi makan anak bini duit fitnah haram ... kesian oooo kesian... taubat la.... ini nasihat untuk penfitnah cukup2 la buat fitnah dan jadi barua red bean army DAPigs....

    BalasPadam
  4. Najib juga membayar berbillion billion (sejak jadi pm) kepada pasukan medianya semata mata untuk membersihkan namanya.

    Sedarkah pembaca sekalian wang yang digunakan adalah wang rakyat?

    Adakah ianya halal atau haram? Tak percaya?

    BalasPadam
  5. Najib tatap menjadi pujaan hati kami. Ko orang ambiklah lubang hidung Madey jadi pujaan hati ko!

    Macamlah Madey tu bagus sangat. Boleh tahan 22 tahun pun kerana ISA. Lagi banyak duit yang tersorok bawah tilam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib buang ISA nak senangkan hati 2 beranak Lim. Si bapak kena ISA, si anak pun kena. Komplen dan propaganda bukan main lagi.

      Najib pun ikut apa depa kata. Buang ISA, buang Emergency Ordinance. Beribu penjenayah di lepaskan dari Penjara Simpang Rengam. Kalau banyak jenayah sekarang, Najib punya pasal le.

      Dahtu buat keputusan nak buang Akta Hasutan . Akta yang melindungi hak dan kepentingan Melayu di Perkara Perkara sensitif di Perlembagaan negara. Nasib lah Ketua2 Bahagian, MT, Pemuda dan Wanita UMNO bantah, Najib U-turn tak jadi buang Akta Hasutan.

      Sekarang depa peringkat2 UMNO tuh patut buang Najib. Kalau tak, lingkup UMNO di PRU14.

      Padam
    2. Kalau setakat nk puja najis shj xpe lg.
      Ini menteri dan perdana menteri haprak pun jdk pujaan..
      Kahkahkahkahkahkah..

      Haprak gila komen cacai najis

      Padam
    3. Kejora Liberal (8:20) yg dinanti-nantikan....

      Cantik sungguh bahasa kamu bila kamu nyatakan, "Ko orang ambiklah lubang hidung Madey jadi pujaan hati ko!

      Macamlah Madey tu bagus sangat. Boleh tahan 22 tahun pun kerana ISA. Lagi banyak duit yang tersorok bawah tilam".

      Baik...ini adalah tuduhan amat berat dan jika sabit kesalahan dgn bukti, Tun Mahathir memang patut dihadapkan ke mahkamah untuk menerima hukuman setimpal dgn kesalahannya. TAPI, kamu ada bukti, ada dokumen, ada saksi....???? Cuba analisakan satu persatu dgn jelas bukan setakat lemparan haramjadah dari mulut longkang kamu itu, mengerti...???

      Toksahlah cakap banyak dgn ngocehan temberang kamu...Satu Malaysia dah tahu & menunggu kenapa kamu asyik cabut lari & sampai bila nak sahut cabaran & menjawab soalan2 saya yang masih tergantung2. Tak ada telur & kote ke kamu...??? Berani debat dgn saya face-to-face...???

      Ke manapun kamu berada, saya akan terus jejak & tuntut kamu selagi hutang2 kamu tak dijelaskan....F A H A M ....??????

      Padam
  6. Seronok sakat blog barua Red Bean Army yg dibela DAPigs... 1 hari 10 entri kuar suma pasal pitnah 1mdb dan pitnah najib... citer sama dan diulang ulang sampai lebam... muka tembok momok mudah lupa jadi umpan pembaca... muka momok tua mudah lupa dah x laku sejak bersekongkol dng yahudi rothchild pluralist/syiah/komunis... 1mdb dan dijawab DAP tan seng giaw nak apa lagi... dek dendam kesumat yg tak padam gitnah menjadi jadi...cukup la makan duit haram fitnah yg dibayar olrh DAP komunis rasis tuhh... cukup2 buat fitnahq buat dosa kering pas tu bagi pulak makan anak bini hasil duit haram fitnah...taubat la cukup2 la jadi barua red bean army DAPigs... tulis banglo terlajak laris yg terang lagi bersuluh silau menyilau FAKTA yg tak mampu di jawab tuan kamu LGE.... blogger haprak putramerdeka ada brani siar...? Ahakss...ahakss...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko salin komen ko ke sana sini ye? Tak reti nak tulis, tak pandai nak karang lebih dari satu. Kepala ko buntu ye? Macam udang, banyak tahi di kepala.

      Ko makan dedak Najib ke? Kupra wotak ko 1MDB dah di jawab dek Tan Seng Giaw. Ko tak baca pun Rekod Testimony kpd PAC di Parlimen tu, ye? Padan le ko amat bengap, bangang dan bongol.

      Baca, Mamat. Dapat le ko tahu sikit pasal pembohongan 1MDB dek Najib. Itu pun banyak testimony yng tak di rekod sebab Pengerusi PAC 'Cari Makan", kasi tahu depa boleh switch off maicrophone kalau tak mahu di rekod dalam Hansard Parlimen Malaysia. Mengarut punya PAC. Mengarut punya laporan.

      Padam
    2. pd cai 8:39,..yang ko dok ulang2 kisah dapigs tu ape citer?,...xde modal lain ke?,...bengap ko tu simpan sket untuk jeneral ko,...kitorg kt sini x mkn bengap ko tu,...org kt sini bercerita hal 1mdb,...ko ni x reti membaca ke?!,...byk copy paste je,...ko sekolah habis x?,..ke kena buang sekolah?,...cikgu ajar ABC, ..y ko igt DAP je?,...ke ko ni red bean army y menyamar?,....sibuk sgt dgn DAP ko tu,..sayang sgt kt DAP ke?,...org citer hal 1mdb,...di ulangi 1MDB!,...bkn DAP!,...mengong!

      Padam
    3. Toksahlah cakap banyak dgn ngocehan temberang kamu...Satu Malaysia dah tahu & menunggu kenapa kamu asyik cabut lari & sampai bila nak sahut cabaran & menjawab soalan2 saya yang masih tergantung2. Tak ada telur & kote ke kamu...??? Berani debat dgn saya face-to-face...???

      Ke manapun kamu berada, saya akan terus jejak & tuntut kamu selagi hutang2 kamu tak dijelaskan....F A H A M ....?????? Liberal (8:39)

      Padam
    4. Penang kita anggap 'Gone Case'. Lagipun kita tidak lupa bagaimana Najibul Bullshit perabis duit & bagai nak rak mengampu Cina sana ketika kempen PRU 13 dah nak last kopek. Najibul Bullshit bukan main lagi makan besar berjamu selera dgn puak Cina Penang, siap dgn slogan "IM4U" & "I Luv PM" berkibar megah serta hiburan glamour gangnam diimport dari Korea. Lepas dia syok sendiri dibuai tinggi melambung dgn gelaran "Ah Jib Ghor", kesudahannya dia tersungkur rebah bila kaum Cina seluruh negara menolak BN. Untung masih ada Melayu (termasuk Tun Mahathir, saya & rakan2 seperjuangan) yg masih totok mengundi BN ketika itu. Itupun tak serik2, masih nak pakai baju tradisional Cina dan main tanglong pulak tu. BINAWE & CELAKA betul si Najibul Bullshit nie.......!!!!!!

      Jadinya usah merepek hal sepele di Penang. Isu negara bakal menanggung beban hutang dek perilaku Najibul dgn kuncu2nya di 1mdb lebih penting.

      Padam
  7. Kenapa tak saman semua orang dan akhbar yang buat fitnah tu bahlol 8:39
    DAP komunis tu pun tk songlap bilion2 mcm najib rosmah.
    Kalau DAPigs LGE tu bersalah, hukumlah ada aku kisah, mslhnya skrg penyamun bugis menyusahkan rakyat dgn gst utk bayar hutang negara, losmah soping tk habis2 boros kwn setan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok rasanya najib saman putramerdeka. ...

      Padam
    2. Jawab lah apa yang orang tuduh Najib, 1MDB yang dia kuasi 100%, dan berbagai lagi tuh. Jangan menyimpang ke LGE. Boleh hentam LGE, tapi di lain pos/ komen le.

      Sebodoh bodoh nya kamu, boleh kata Najib takut berborai lagi macam macam rahsia di masa bicara, jadi dia tak saman WSJ dll, betul tak?

      Padam
  8. TN 8.20,
    Jawapan hebat dari penyokong Najib.
    Padan muka geng-geng protun!
    Tentu tak boleh jawab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah..
      Xde ape yg nk dijawab..
      Cuba bg soalan 2.6B dlm akaun najis tu fitnah ke fakta.
      Barulah boleh jawab

      Padam
    2. Kamu nak respon pun tak reti nak taruk di bawah komen 820. Kan bodoh amat sangat kamu nih.

      Kalau kamu respon di bawah nya, kamu boleh nampak jawab Pprotun tuh. Tak lama akan berduyun le kommen2 depa.

      Kamu reti jawab atau respon ke? Aku tengok komen kamu takda isi pun. Kesian najib, ada penyokong pun, macam kamu yang tak reti cari fakta dan hujah nak bantu imej dia merudum dah lama.

      Padam
    3. jawapan pasal lobang hidung pun ko ckp hebat?,...kekekeke,...ape punya low class thinking daa,...ape y hebat sgt lobang hidung boss ko tu,...bule kluar dedak ke?,...y aku pasti,..lobang hidung hanya berfungsi untuk pengaliran oksigen dan karbon dioksida bg membolehkan manusia bernafas,...Tun M pun guna lobang hidung bernafas,..xde plak kami para penyokong Tun M nak rebut kan lobang hidung Tun,...ko syg sgt ke lobang hidung boss ko?,..ko je y amek,..Tun M dan kami xde masalah pun,..kami da ade lobang hidung sendiri,...kekekeke

      Padam
    4. Sendiri komen pas tu sendiri puji...kunun ramai.Ni lah manusia bodoh piang

      Padam
    5. Tepat....semua orang kat sini dah perasan Kejora Liberal sinting syok sendiri cakap sorang2. Hanya orang gila saja buat sedemikian.

      Padam
  9. Chai 9.01,

    Camtu punya jawapan pun hebat? Apa penerangannya? Ambil contoh penerangan yang baik, contoh chai contoh....

    ""1mdb berjaya membantu meringankan beban rakyat, malah 1mdb berjaya mengharumkan nama negara, 1mdb juga berjaya memberi peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia sehingga beratus ratus ribu ramainya.(banyak maksud untuk binatang, chai) jakim yg suruh kita taat pemimpin bernama najib pada khutbah jumaat juga wajib dipuji, malahan najib adalah pemimpin yang harus dilambung tinggi (ingat pwtc) kerana berjaya mengumpul hutang negara 800 billion (tak percaya?) Berbanding pemimpin2 terdahulu.""

    Tahniah najib kerana mengharumkan nama negara!

    Amacam chai? Ok tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan menyindir kpd yang makan dedak Najib. Depa tak faham. Nanti depa ingat puji Najib dan percaya.

      Makan dedak mana boleh pandai - tarak zat, Beb.

      Padam
  10. Suruh Najib undur, atau di gantikan. Kalau tak, lingkup UMNO di PRU14.

    1MDB, GST, utamakan kepentingan Cina, belakangkan DEB, kasi biasiswa kpd Cina yang terkaya di negara ini dah berpuluh tahun, dan macam macam lain punya pasal.

    BalasPadam
  11. Lu sapa nak suruh2 dia undur...tunggu 2 tahun lagi la apa susah2 wat jadi barua red bean army. ... lapuran jalan manggis mana....tak siar2 lagi nih.... permintaan ramai supaya siarkan peristiwa di jalan manggis utk blogger putramerdeka...ada brani ka weeii... kikikiki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua2 PM dan KM tu kena undur. Sementara je pun. Demi kebenaran. Takde alasan.

      Ada berani ke wei?

      Padam
    2. Apa yang kikiki chai?

      Padam
  12. SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) daripada pembangkang menggesa pengerusinya, Datuk Hasan Arifin menarik balik kenyataannya berhubung laporan PAC mengenai siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang didakwa mendapat persetujuan semua anggotanya.

    Timbalan pengerusinya, Tan Seng Giaw berkata, kenyataan Hasan itu merupakan pendirian tidak berasas, bersifat bohong dan menyeleweng daripada pandangan jawatankuasa itu.

    “Kami berharap Pengerusi PAC tidak salahguna jawatannya sebagai jawatankuasa Parlimen untuk kepentingan politik BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam kenyataan bersama Datuk Kamarul Baharin Abas, William Leong, Datuk Takiyuddin Hassan dan Tony Pua, semalam.

    Seng Giaw juga mendakwa, jawatankuasa itu tidak pernah membuat sebarang keputusan bahawa Najib tidak bersalah.

    “Kami menggesa Hasan mengemukakan bukti melalui hansard bahawa keputusan ini dibuat sebulat suara dan konsensus oleh semua anggota PAC,” jelasnya.

    Katanya, tiada keperluan menyembunyikan sebarang maklumat dalam Laporan Ketua Audit Negara daripada dibentangkan ke Parlimen.

    “Kami menyeru Laporan Ketua Audit Negara turut dibentang dalam Parlimen bagi menunjukkan pihak PAC menjalankan tugasnya secara telus dan berintegriti,” katanya.

    Dalam pada itu, Seng Giaw mendakwa, kenyataan Hasan ketika ditemu ramah Bernama, baru-baru ini tidak mencerminkan persidangan PAC dalam siasatan 1MDB.

    “Laporan PAC langsung tidak menyebutkan bahawa tiada bukti untuk mencadangkan berlaku salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana.

    “Sebaliknya, Ketua Audit Negara dan PAC mendapati berlaku banyak perkara amat diragui dan mencurigakan dalam transaksi 1MDB,” ujarnya.

    Lebih malang lagi, katanya apabila PAC tidak dapat sahkan sama ada pembayaran dilakukan 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri kerana dokumen diperlukan seperti penyata bank tidak diserahkan kepada Ketua Audit Negara.

    “Laporan PAC telah menyeru agar pihak berkuasa menyiasat semula kes ini,” katanya. - SH

    Kredit kepada blog celah gelagar/SH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari makaaaaaannn...halal haram tak ingat daaaah

      Padam
    2. Haaa... Ape tunggu lg macai2 Najib. Aritu Tan Seng Giaw yg korang angkat julang sbg hero sbb ckp kononnya Najib tak terlibat secara langsung dgn skandal 1MDB skang ni ckp camni plak. Korang tak pulak nak percaya kat dia kali ni kan? Dasar pemakan dedak, mane yg angkat boss dia je yg dia nak dgr n betul, mane yg kondem boss dia sume salah. Munafik sungguh.

      Padam
    3. Dia tak baca pun laporan lengkap PAC. Sebab tu dia main gasak ikut nafsu macam kebiasaan tebiat gila sia tu. Mana berani dia berdebat face-to-face dgn saya. Orang pengecut biasalah...pukul curi, lari...bohong temberang, lari...cemuh merapu, lari.. betul2 tak ada kote nak stay untuk berhujah sampai tuntas. Celaka betul budak Kejora Liberal kaum puak Najibul Bullshit....!!!!!

      Padam
  13. PUUUUUUUUUUTAR LAGI HALIM.....

    BalasPadam
  14. Wakakaka
    Korang tgk cai najis kalau komen tak lari dari isu yahudi, komunis, Dapig...dari dulu.
    Sekrg ada upgrade sikit....banglo dan taman manggis....wakaka
    Langsung takde isu dgn tun m.

    Wakakakaka
    Wakakakaka
    Wakakakaka

    Apakah persamaan cai najis dan udang????
    Dua2 ada tahi dalam kepala....wakakaka.

    BalasPadam
  15. Blogger red bean army kami mahu entri pasal blog Jalan manggis dan benglo terlajak laris... napa takot ssgt nak siar .... takot tokong tak bayar nnti tak masyuukk... brapa tokong sudah bayar ini barua bloger red bean army. ... taubat la jadi barua red bean army... cukup2 la fitnah... nk tukar tunggu 2 tahun lagi....

    BalasPadam
  16. Ada 1 lagi blog red bean army yang berpaut dilink blogger penyokong kerajaan iaitu dinturtle.blogspot.com .... maklumla dengannpautan pada link penyokong kerajaan akan dapat hits dan rating yg tinggi dari pembaca dengan dapat mempengaruhi pembaca sekelian... awas red bean army berlakon dan berpaut di laman penyokong kerajaan.... kajian rating hanya blog penyokong kerajaan dapat rating yg paling tinggi di malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahai anony 13 April 2016 11:19 PTG & 13 April 2016 11:33 PTG(org yg same ni kot),

      Blogger red bean army tu pemakan dedak DAPig, kejenye membalun kerajaan siang malam dr dulu lg. Blogger2 mcm dinturtle ngan putramerdeka ni mereka sememangnya pro-kerajaan, masa PRU yg lepas mereka2 ni gak yg bertungkus lumus menangkis serangan red bean army DAPig walaupun tak berbayar. Tapi sejak skandal 1MDB muncul, mereka rasa ada sesuatu yg tak kena dlm pentadbiran DS Najib, sbb tu mereka hendakkan DS Najib berundur sepertimana Pak Lah berundur dulu demi membersihkan nama UMNO dan kerajaan. Mereka menyokong kerajaan UMNO/BN tapi tak menyokong Najib n kroni, ade paham?

      Padam
    2. Cytro najip adalah rba serampang 2 mata. Yg menyalak sokong najip sorang aje dalam ni tapi sendiri komen sendiri puji jadi nampak ramai... Puiiihhhhh

      Padam