Sabtu, 16 April 2016

Deklarasi Rakyat ~ Sebab Libatkan Raja Raja..!


Patut la..!

Layan...

Deklarasi Rakyat : Tun M Beri Jawapan Kenapa Ingin Libatkan Istana

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Deklarasi Rakyat yang kini sedang giat disebarkan ke seluruh negara akan tetap dikemukakan kepada Raja-Raja Melayu.
Ujarnya, meskipun terdapat banyak pihak yang membantah tindakan beliau yang ingin membawa istana terlibat dalam misi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau mempunyai alasannya yang tersendiri.
“Suara rakyat adalah suara keramat. Kalau kita dapat tunjuk kepada Raja-raja bahawa deklarasi ini datang daripada berjuta rakyat, saya yakin Raja-raja pun gentar juga. Bukan itu sahaja, saya fikir mereka akan mendesak Najib suruh berhenti (letak jawatan).
“Mungkin jadi, mungkin tidak. Tetapi jika tidak buat apa-apa, memang tidak jadi lah. Saya yakin, jika berjuta rakyat Malaysia menandatangani deklarasi ini, Raja-raja akan ambil berat,”ujarnya, lapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian dalam Forum Laporan PAC 1MDB : Najib – Bersubahat atau Tidak Bersalah? di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, dalam sejarah juga telah membuktikan bahawa suara rakyat pernah mengubah keputusan yang telah diambil Raja-raja ketika sebelum merdeka.
“Ada orang datang jumpa saya dan kata ‘buat apa pun, Najib tak akan turun. Raja-raja pun tak akan peduli’.
“Saya nak cerita sedikit, ketika kita melawan dengan Malayan Union, Raja-raja sudah tandatangan untuk serah negeri mereka kepada British untuk dijadikan Malayan Union. Rakyat tak ada kuasa, tak ada Perlembagaan yang memberi apa-apa kuasa kepada rakyat.
“Oleh itu, rakyat tidak boleh buat apa mengikut undang-undang. Yang boleh dilakukan hanyalah mendesak Raja-raja supaya menolak perjanjian yang ditandatangani oleh mereka. Pada hari pertabalan ‘High Commisioner’ bagi Malayan Union, Raja-raja didesak rakyat supaya tidak hadir dalam upacara itu dan mereka tidak hadir,”ujarnya.
Berikutan itu, kata Tun Mahathir, Raja-raja akhirnya menuntut supaya dibatalkan perjanjian tersebut.
“Walapun tak ada dalam Perlembagaan, rakyat masa itu tidak ramai, tidak bijak, tetapi suara rakyat adalah suara keramat,”tegasnya.
Lu Fikir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Pencacai najib semua, dah tandatangan deklarasi rakyat?

    Bukan kami tak tau, hari ini sokong najib, esok hari bila najib masuk ke dalam, korang sokong DAP plak.

    Yg penting syoru tak miss, dedak haram atau halal ke, beri makan pada anak isteri, sedara mara dan kawan2 ke, janji masyuuuk.

    Jadi eloklah pi tandatangan deklarasi rakyat tu, takda sape tau pun...ianya juga satu cara membersihkan dosa2 yang telah kamu semua lakukan, tapi tak gerenti la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mangkuk lah psycho cara picisan ni.. ingat ini zaman malayan union ke ? ini zaman digital .. tiada kekangan maklumat macam zaman madey.. semua ikut diktatorian madey je... skrg rakyat tau mana betul dan fitnah ... rakyat nampak kekayaan madey anak beranak.. rakyat tau siapa kroni madey... rakyat tau madey ada kepentingan diri.. rakyat dah tau madey busuk hati dan dendam dgn DSN.... madey diktator tua nyanyok ... go fly kite lah !!!

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Kejora Liberal Munafik (1:17).....

      Gaya tulisan kamu tahap budak tak lulus SRP, macam mana nak meyakinkan orang ramai? Hanya penuh cacian dgn berlapekkan tuduhan tak mmunabah & kebencian meluap-luap terhadap The Grand Old Statesman.

      Apa hal yg kamu temberang kali ini tentang "diktatorian madey je... skrg rakyat tau mana betul dan fitnah ... rakyat nampak kekayaan madey anak beranak.. rakyat tau siapa kroni madey.. rakyat tau madey ada kepentingan diri.. rakyat dah tau madey busuk hati dan dendam dgn DSN.. madey diktator tua nyanyok?"

      To that respect, I hereby openly challenge you for a debate or brainstorming on those subject. Saya berharap benar kamu tak akan cabut lari seperti idola kamu si Najibul Bullshit.

      Awaiting with full anxiety to your response, I leave it to the blog readers to be witness and till then...

      Viva condios amigo...!!

      Padam
  2. Majlis Raja2 dah pun menitahkan buat siasatan, tapi Najib & pihak berkuasa yang berkenaan ambil acuh tak acuh saja. Sudah tiba masanya kita rakyat bergabung dgn DYMM Raja2 mendesak Najib letak jawatan.

    Gelombang kebangkitan rakyat pernah terjadi ketika bangsa Melayu bergabung menentang & menolak penubuhan Malayan Union pd 1946 walaupun perjanjian tersebut sudah dipersetujui oleh DYMM Sultan2 dgn pihak penjajah British.

    BalasPadam
    Balasan
    1. go fly kite lah bro... bergabung go fly kite lah !!!

      Padam
    2. Ko ingat majlis raja2 tu adik beradik tun madey ke? Sedap ckp tun madey ni suka gunakan apa sahaja untuk menghalalkan semua tindakannya. Biarpun musuhnya selama berpuluh tahun, namun atas tujuan dijadikan senjata, berpeluk sakanpun tak jadi masalah. Inilah cara politik paling hanyir yg ada dlm jiwa tun madey. Kini pkr dh reject deklarasi rakyat, apa lagi harapan tun madey? Gunakan raja2 melayu?. Kemahiran hujah, spinning, menterbalik isu dan fakta memang kemahiran tun madey, tapi orang tus ini lupa bahawa Allah yg Maha Kuasa sudah ada ketetapannya sendiri. Masa semakin suntuk utk tun madey, nak berhenti atau teruskan misi peribadinya yg semakin gagal. Umur sudah melebihi 90 tahun. Ada lagi baki umur lebih 10 tahun lagi? Hanya Allah SWT yg tahu...

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Kejora Liberal Munafik (7:29).....

      Gaya tulisan kamu tahap budak tak lulus SRP, macam mana nak meyakinkan orang ramai? Hanya penuh cacian dgn berlapekkan tuduhan tak mmunabah & kebencian meluap-luap terhadap The Grand Old Statesman.

      Umur kita ketentuan Allah SWT, mana kamu budak hingusan tak cukup pelajaran tahu Tun Mahathir ada baki hidup 10 tahun lagi? Cakap kebudak-budakan kamu mengesahkan kamu ini naif & daif tentang rukun iman.

      Put this into your head....puak PKR yg menentang DR terdiri dari ahli keluarga Anwar Ibrahim & penyokong totok Al Juburi saja. Perjuangan mereka lebih mengutamakan Anwar dibebaskan dari memperjuangkan maruah bangsa, menentang penjajahan Yehudi Zionis/USA & penindasan rakyat oleh Najibul Bullshit. So to this effect, they are irrelevant & immaterial to our cause.

      Apa hal yg kamu temberang kali ini tentang politik paling hanyir Tun Mahathir? Saya cabar, let's have a debate or brainstorming on this topic. Saya berharap benar kamu tak akan cabut lari seperti idola kamu si Najibul Bullshit.

      Awaiting with full anxiety to your response, I leave it to the blog readers to be witness and till then...

      Viva condios amigo...!!

      Padam
  3. Lantik tun m jadi PM balik..cepat lagi masa untuk padan..sebab banyak fikir..

    BalasPadam
  4. Brape kali la nk recycle citer fitnah... gamba momok mudah lupa dah beratus kali mau recycle... apa2 tahniah kedah 2 jdt 1...stadiom penoh.... boboi botak mana mau letak muko.... mungkin boboi buat booth kat luar stadium...boooth dekelrasi rakyat ..tkikikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. TN 11:20 cai,...spin2,...spin2,...kekeke

      Padam
    2. Yes, all along this brainless stupid idiot only has capacity to rebut... 'spin2', 'fitnah2' & 'go fly kite'. Such a big wastage of time & space...!!!!

      Padam
    3. ya mmg kami stupid!,...tapi apakah setiap makhluk ciptaan ALLAH punya akal sempurnanya bijak seperti kamu,...yang mampu kaya seperti kamu untuk belajar setiap bidang pelajaran yang kamu sukai,...adakah makhluk stupid dan miskin seperti kami tidak layak mengeluar kata pendapat kami walaupun setiap ayat kami setaraf pelajar sekolah rendah?,....adakah makhluk stupid seperti kami selalu diblock komennya jika disoroti kembali entry2 sebelum ini,....adakah makhluk stupid seprti kami tidak boleh berjuang melalui kata2 taraf sekolah dengan niat untuk menyenyelamatkan maruah bangsa dan negara,....?,,,tak perlu lah saudara jawab apa2,...kerana soalan ini cuma taraf stupid saja,...

      dengan ini saya ucapkan terima kaseh kepada admin blog kerana sentiasa memberi peluang kepada kami yang stupid ini membaca entri2 yang berinformasi dan bermanfaat untuk tatapan kami semua,...

      terima kaseh juga kepada saudara Othman Ahmad@ mr super perfect big brain guy kerana melabel kami sebagai makhluk bodoh,....alhamdulillah amin,...

      saya tidak lagi akan memberi sebarang komen dan saya tidak lagi menjengah ke sini,...kerana makhluk stupid seperti kami tidak layak untuk berada disini,...terima kasih admin,...

      salam perjuangan (untuk yang bijaksana lagi bongkak diri only)

      Padam
  5. mahathir tu tak tahu malu ke?

    umur dah dekat 1 abad, nafsu nak terus berkuasa didunia mcm tak pernah padam. menongkat langit tak mati2 ke dia ni? mcm jin afrit ...

    (komen ni bukan utk lulusan degree, masters, phd dsbnya jawab tau ... bukan apa, nanti aku pun ikut merajuk mcm anon kat atas tu ... maklumlah komen kami komen stupid.)

    BalasPadam