macam poster filem - bubar bubaran..! |
1MDB dan 2 misteri yang belum selesai
ULASAN Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) 1MDB menyatakan dengan jelas bahawa 1MDB mendapatkan kebenaran bertulis daripada perdana menteri dalam:
- Sebarang perubahan terhadap M&A syarikat, sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagiannya;
- Sebarang perlantikan dan penamatan mana-mana pengarah (termasuk pengarah urusan dan pengarah alternatif) serta pengurusan tertinggi syarikat; dan
- Sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan untuk kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi kerajaan.
Terdapat dua pelaburan 1MDB yang sehingga masih menjadi misteri untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu:
- Pelaburan berjumlah AS$2.318 bilion melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC) yang berusia sebulan dan tiada lesen pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar.
- Penyaluran dana sebanyak AS$993 juta kepada Aabar Ltd yang 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa ia merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).
PAC gagal mengesan pengaliran kedua-dua pelaburan ini kerana keengganan pihak 1MDB memberikan penyata akaun bank luar negara.
Meskipun, laporan PAC tidak menuding jari kepada PM dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas menunjukkan sebarang keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis PM termasuk dua pelaburan yang bermasalah di atas.
Sejajar itu, PAS menuntut PM untuk:
- Memohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas isu 1MDB, yang dibiarkan sehingga berjaya ‘mengumpul’ hutang sebanyak RM50 bilion.
- Menyokong penuh tindakan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah AS$1.83 bilion yang berada di luar negara agar integriti sistem kewangan terjaga. Besar kemungkinan isu yang dibangkitkan gabenor Bank Negara mempunyai kaitan besar terhadap dua pelaburan bermasalah 1MDB di atas.
- Mengambil sikap kepimpinan melalui teladan dengan mengambil tanggungjawab penuh kelemahan pentadbiran 1MDB dengan mengundurkan diri sebagai menteri kewangan pada kadar segera.
- Memberikan sokongan penuh selaku PM kepada PAC dan Bank Negara untuk mengesan aliran tunai pelaburan 1MDB ke Bridge Global SPC dan Aabar Ltd dengan mengarahkan 1MDB mengemukakan penyata bank luar negara untuk disemak dan diteliti.
- Melepaskan laporan audit 1MDB kepada awam untuk menjaga integriti laporan PAC.
DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN timbalan presiden PAS.
Kata takde apa apa kaitan..! kan dah bersih suci murni..!
Macam mana pulak boleh timbul kenyataan ni..!
Buat hangin satu badan macai pemakan dedak jer..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
I'll just wait & see what that idiot Kejora Liberal @ Layang Hanyut gonna say this time. Only then, I'll reciprocate and lamblaste him for good.
BalasPadamJadi..apa kata macaii mohd najib..?
BalasPadamKenapa Najib perbaharui lesen IPP untuk YTL?
BalasPadamSejak cerita 1MDB meletup tahun lepas, Najib Razak dan kuncu-kuncunya tak habis-habis menyerang sesiapa sahaja yang mengkritik syarikat tersebut. Tun Dr. Mahathir yang secara lantang mahukan Najib dan 1MDB berterus terang mengenai operasi 1MDB dan juga penyalahgunaan dana yang syarikat tersebut telah lakukan, turut juga dihamburkan kata-kata yang kurang enak didengar.
Akibat dari salahguna dana yang terdiri dari hutang berjumlah RM42 billion (mengikut audit tahun berakhir Mac 2014), 1MDB akhirnya terpaksa melalui proses menjual harta benda yang diperolehi hanya untuk membayar balik hutang-hutang tersebut.
DULU CAI NAJIB CAKAP YTL KRONI TUN M... skang..ape Cer???
Kerajaan telah memperbaharui lesen janakuasa YTL di Paka, Terengganu yang sepatutnya sudah berakhir pada September 2015 yang lalu. Seorang Ahli Parlimen dari Terengganu menyoal kerajaan kenapa ini boleh berlaku:
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menggesa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Suruhanjaya Tenaga menjelaskan status sebenar Stesen Janakuasa Elektrik di Paka Terengganu yang dikendalikan oleh YTL International Berhad (YTL).
Menurut beliau, stesen janakuasa tersebut dikendalikan oleh YTL sejak tahun 1993 hingga tahun lalu malah ia juga sudah tidak lagi beroperasi setelah tamat tempoh pada 1 Oktober 2015 lalu.
“Sejak enam bulan lalu, stesen janakuasa ini tidak lagi beroperasi dan situasi tersebut secara lansung tidak menjejaskan sebarang perkhidmatan pembekalan elektri di mana-mana kawasan.
“Dengan penamatan perjanjian pembelian tenaga, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bukan saja tidak lagi perlu menyalurkan duit kepada YTL malah mereka juga tidak lagi memerlukan tenaga yang dijana oleh YTL,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Namun begitu, Raja Bahrin memaklumkan bahawa tindakan kerajaan menerusi kementerian dan Suruhanjaya Tenaga memperbaharui lesen YTL untuk menyambung operasi di stesen janakuasa itu menimbulkan persoalan buat banyak pihak.
Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa segala kos penjanaan elektrik oleh Stesen janakuasa bebas(IPP) sebenarnya ditanggung sepenuhnya oleh rakyat menerusi bil bulanan (bukan TNB atau kerajaan).
“Perkara ini menimbulkan persoalan mengapa lesen tersebut perlu diperbaharui memandangkan TNB tidak lagi perlu menyalurkan duit rakyat kepada YTL,” katanya.
Dalam pada itu, Raja Bahrin turut mempersoalkan adakah tindakan pembaharuan lesen tersebut melibatkan kronisme memandangkan pihak YTL diberikan lesen operasi terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian pembelian tenaga yang baru.
Jika TNB tidak memerlukan YTL lagi, mengapa Najib memperbaharui lesen untuk orang yang kononnya kroni Tun Dr. Mahathir? Bukankah lebih elok jika TNB mengambil saja semula stesen Paka secara percuma? YTL ini kroni siapa sebenarnya? Suruhanjaya Tenaga mesti menjawab keresahan rakyat. Setelah 1MDB menyusahkan TNB pada tahun lepas, kita tidak mahu Najib menyusahkan lagi rakyat dengan keputusan-keputusan yang kurang cerdik.
Macai bangang mohd najib kata fitnah fitnah fitnah, najib suci murni.
BalasPadamI luv pm.
Tuiiih!!
Good graious Lord....still no sign of that good for nothing Kejora & Layang pest.......!!!
BalasPadamPemberitahuan Semasa/Berita Terkini/Update:
BalasPadamMaaf terlebih dulu, apa yg nak saya sampaikan di luar topik dalam blog ini, tetapi mustahak untuk pengetahuan bersama.
Perjuangan kita adalah untuk membersihkan kerajaan sedia ada yang sudah teruk tercemar di mata dunia. Najib & Rosmah wajib dinyahkan dari terus berkuasa dan melakukan kerusakan yg menjahanamkan negara.
Tun Mahathir tadi minta Proton ditukar nama di bawah Penasihat & Pentadbiran/Pengurusan baru. Jika mereka berkebolehan, jangan menumpang kejayaan atas usaha atau idea orang. Proton harus guna idea & imej sendiri. Semoga mereka berjaya.
bagus idea mahathir tu, tapi kenapa sejak menjadi penasihat proton tak pernah untung. sejak dulu asyik minta kerajaan payung tak sudah2. mahathir nasihat proton ke proton payung mahathir? dah la rugi, lepas tu busukkan orang keliling seolah sebagai penasihat dia tu suci bersih. penasihat apa sejak bertahun2 nasihatnya tidak memberi untung? tak pernah rasa bersalah kot mahathir ni, yang salah ialah orang yang dia tak suka. oh ya, tiba2 lim kit siang jadi suci macam dia walaupun lebih 22 tahun jadi musuh yang paling dibenci.....
PadamBefore I respond, can you let us know what is tangible & intangible benefit/result mean to your understanding.
PadamTanpa Nama9 April 2016 5:21 PTG, Tun Dr. Mahathir mendedahkan bahawa Proton telah menerima bantuan daripada kerajaan sebanyak lebih kurang RM 14 bilion sepanjang 33 tahun penubuhan Proton, manakala Proton telah menyumbang dari segi cukai kepada kerajaan sebanyak RM 24 bilion sepanjang 33 tahun penubuhan Proton.
PadamJika apa yang Tun Dr. Mahathir nyatakan itu tipu, sila mana-mana pihak di Kementerian Kewangan, Kastam, atau pihak Proton sendiri menafikan perkara ini.
Jadi tak payahlah nak tuduh Proton ini membebankan kerajaan pula, kerana Proton beri kepada kerajaan lebih sekali ganda daripada apa yang kerajaan berikan kepada Proton, itu tak termasuk dengan pembangunan ekonomi hasil kewujudan Proton yang memberikan peluang kerja kepada ratusan ribu pekerja serta memberikan peluang niaga kepada ribuan peniaga-peniaga berkaitan Proton. Cukai dari peniaga berkaitan Proton ini tak termasuk lagi di dalam RM 24 bilion yang disumbangkan oleh Proton seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir itu.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Tuan Abu Bakar... Saya rasa 521 tak pandai membaca... Tengok tv3 suku je tu Yg komen takda nilai...dia tak dapat bezakan 24 dan 14...maafkan jelah...mcm pm kita salah Tolak...
PadamRakan2 Seperjuangan...
PadamTak apa, kita sama2 tunggu apa respons Kejora terhadap soalan saya pd 5:25 menguji sama ada dia faham ekonomi dan perakauanan. Salam Perjunangan kepada anda semua.
Dah 7 jam menunggu tapi kelibat Kejora Jahanam lansung takde.
PadamBesar punya harami. Kalau begini ragam penyokong Najib, memang jelas mereka tidak layak meneraju pemerintahan negara. Dah bengap, pengecut pula.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAlahai tn ibrahin tn man ni. Bikin pemimpin pas serba salah ajer. Pemimpin kata berbaik dan dengar serta ikut baru boleh dakwah kat umno. Najib kan dah gi lawat haron din sakit. Kira dah kena jampi dah tu. Dah kena dakwah dah tu. Ambil masa jer 2 3 dekad. Kenapa minta najib mohon maaf. Tn hj ibrahim nak jawatan apa? Hj hadi dah kena sumbat.
BalasPadamYANG BERSIH ADALAH TUN M YG ORANG LAIN SEMUA SALAH DIA AJE BETUL
BalasPadamPihak akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Dr. Mahathir telah dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Perdana daripada Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia.
PadamTetapi Najib pula pihak akhbar melaporkan kegiatan berbelanja boros menggunakan berjuta-juta ringgit wang di luar negara.
Lagi satu, tindakan PAC tidak membabitkan Najib dalam kegiatan salah laku di 1MDB adalah suatu yang pelik, kerana berdasarkan artikel 117 Memorandum and Association 1MDB menyatakan bahawa sebarang kelulusan kewangan termasuklah pelaburan hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Perdana Menteri iaitu Najib.
Maka apa ke halnya pula Shahrol Azral Ibrahim Halmi itu dipersalahkan terhadap pengurusan kewangan 1MDB kerana sudah tentu apa yang dibuat kena dapat kelulusan bertulis dari Najib terlebih dahulu, jika Shahrol pandai-pandai buat keputusan sendiri, maka takkan tak ada satu manusia pun dalam 1MDB yang dapat mengesan tindakan sesuka hati Shahrol itu?
Malahan Irwan Serigar, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan yang juga merupakan ahli Lembaga Penasihat 1MDB menyatakan bahawa Lembaga Penasihat 1MDB tidak pernah bermesyuarat, maka apa kejadahnya kewujudan Lembaga Penasihat 1MDB itu? Maka apakah kerja yang dibuat oleh Lembaga Penasihat 1MDB selama ini? Untuk apa mereka dibayar gaji atau elaaun jika hanya ada jawatan, tapi tak ada kerja?
Kau nilailah sendiri antara keduanya ini.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Hai ni je komen 613...baik tak payah elok tengok tv3 suku tentu banyak islam menghentam tun
PadamIlham
PadamApa lagi Khalid Abu Bakar, PAC dah menyatakan terdapat salah laku dalam tadbir urus 1MDB yang menjurus kepada kegiatan pecah amanah yang dikatakan telah dibuat oleh Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang merupakan mantan CEO 1MDB dan kini adalah salah seorang pengarah di 1MDB, bila Khalid nak cekup Shahrol ni? Ini adalah dalam bidang kuasa polis melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersila iaitu melibatkan penyelewengan dana dalam organisasi.
BalasPadamMungkin Khalid kata tak ada laporan polis lagi, maka tak boleh tangkap, maka di manakah Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Arul Kanda selaku CEO 1MDB, dan Lodin Wok Kamaruddin selaku Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB? Di mana mereka bertiga ini? Tidakkan mereka tahu yang mereka selaku pegawai-pegawai yang bertanggungjawab untuk membuat laporan polis selepas pendedahan hasil siasatan oleh Pengerusi PAC Hasan Cari Makan itu?
Mengapakah 1MDB melalui samasa Najib, Lodin Wok Kamaruddin atau Arul Kanda tidak membuat sebarang laporan polis mengenai perkara ini sampai sekarang ni? Apa yang mereka tunggu lagi?
Karang kalau Tun Dr. Mahathir buat laporan polis, korang tuduh beliau tiada locus standi pula, sebab Tun Dr. Mahathir bukanlah seorang pegawai dalam 1MDB.
Maka pegawai-pegawai di 1MDB yang punya locus standi, yang punya tanggungjawab untuk membuat laporan polis mengenai isu ini adalah Najib, Lodin Wok Kamaruddin, atau Arul Kanda, mereka bertiga ada locus standi berdasarkan kuasa eksekutif dan jawatan mereka di 1MDB.
Tak tahulah nanti tetiba sahaja seorang ofis boy pula yang membuat laporan polis mengenai isu ini sedangkan Najib, Arul Kanda dan Lodin Wok Kamaruddin lari menyorok dalam jamban pula.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar