Sabtu, 30 April 2016

HOT ~ Signal Semakin Kuat..!


Layan dan hadamkan..!

Tak perlu duit kocek..! tak perlu bas angkut..!

KATA PEDANG: Sebiji karipap, sebotol mineral simbolik amaran buat Najib, BN dan UMNO

MALAM tadi adalah kali pertama, seingat Pedang, selepas hampir 20 tahun tidak membuat liputan berita secara langsung ceramah atau ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sesuatu majlis.
Apa lagi setelah beliau dengan sukarela menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, tanpa melalui desakan atau mencetuskan suatu skandal kewangan dalam pentadbiran, sebaliknya, yang didengari ialah desakan supaya Tun kekal mentadbir negara dan parti. Pedang jarang sekali bersua muka dengan Tun Dr Mahathir.
Dan, seingat Pedang selama bergelumang dengan dunia kewartawanan lebih 30 tahun lamanya, tidak pernah membuat liputan majlis dan ucapan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Namun, malam tadi Pedang turut serta pada satu majlis yang dihadiri oleh Tun Dr Mahathir yang mana beliau menjadi jurubicara utama ‘Bicara Isu-Isu Semasa Selamatkan Malaysia’ di sebuah dewan di Pekan Napoh, Jitra, Kedah. 
Kebetulan Pedang pulang ke kampung di mana Pedang membesar dan bersekolah – Kodiang – pekan berhampiran sempadan Kedah dan Perlis, yang suatu ketika dahulu menjadi ‘kubu’ kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan antara kawasan ‘kesayangan’ Tun Dr Mahathir.
Pedang, pada tahun 1980-an dahulu pernah bertugas sebagai wartawan di Alor Setar dan Tun Dr Mahathir ketika itu menjadi Perdana Menteri. Kerap kali juga Pedang ditugas untuk menyambut kepulangan Tun di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim atau apa-apa majlis yang dihadirinya di sekitar Kedah, bagi mendapatkan bahan berita.
Tiap kali majlis dihadiri Tun Dr Mahathir, pastinya ribuan rakyat pelbagai kaum, kecil besar, tua muda akan hadir. 
Khususnya, di Kedah jika sebut Tun Dr Mahathir akan hadir pada sesuatu majlis, berpusu-pusu orang ramai akan datang untuk mendengar ucapannya.
Aura Tun Dr Mahathir membolehkan BN merampas semula Kedah daripada PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, tidak boleh diketepikan, biarpun janji Datuk Seri Najib Razak untuk melantik anak Tun iaitu Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah juga memainkan peranan.
Tetapi, tidak sampai sepenggal mentadbir Kedah, Mukhriz digulingkan atas restu Najib juga.
Demikian pula malam tadi, Tun Dr Mahathir hadir dalam satu majlis bukan sebagai pemimpin parti malah, telah mengisytiharkan keluar daripada UMNO buat kali kedua, dan kini menjadi pendesak utama supaya rakyat bertindak menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri – kehadiran orang ramai di luar jangkaan.
Tanpa menerima arahan wajib hadir atau ‘dibayar’ untuk hadir atau dihidangkan pasembor Kodiang, kehadiran lebih 3,000 orang malam tadi adalah amaran awal penduduk Kubang Pasu kepada Najib, UMNO dan BN, biarpun rata-rata yang datang itu hanya menjamah sebiji karipap dan sebotol air mineral yang disediakan penganjur.
Pedang jarang membuat analisis politik kerana untuk mengkaji dan memberi pendapat mengenai geo-politik, seseorang mesti sekurang-kurangnya turun ke peringkat bawahan bagi melihat dan mendengar sendiri apa kata akar umbi.
Namun, dengan kehadiran yang dilihat sendiri malam tadi, Pedang setuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir ketika berucap pada majlis itu.
Dalam ucapannya, Tun Dr Mahathir menegaskan keyakinannya bahawa BN, Najib dan UMNO akan kalah pada PRU akan datang jika Najib tidak diturunkan sekarang.
“Banyak kesalahan dilakukan Najib. Sebab itu dia harus diberhentikan. Kalau dia tidak diturunkan sekarang, saya yakin UMNO akan habis hancur,” kata.
Sebab itu, Pedang juga yakin bukan setakat penduduk dan pengundi di Kubang Pasu sahaja yang akan menunjukkan amarah mereka kepada BN, Najib dan UMNO pada PRU akan datang jika Najib tidak turun dari kerusi Perdana Menteri, malah di seluruh negara juga rakyat akan bangkit, sama ada tidak keluar mengundi atau memilih parti lain pada PRU akan datang.
Tidak pula menolak kemungkinan, BN khususnya UMNO Kedah sekali lagi akan menjadi pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri, selepas PRU akan datang.
Tun Dr Mahathir sebenarnya masih sayangkan UMNO walaupun kini tidak lagi menjadi ahli. Sebab itu, beliau tidak mahu UMNO kalah pada PRU. Beliau tidak mahu parti lain yang memerintah negara, selain daripada UMNO dan BN…..
Kata Pedang: Sebab itu, Tun Dr Mahathir dan pasukannya kini bekerja keras meminta rakyat bersatu di bawah Deklarasi Rakyat untuk diserahkan kepada Majlis Raja-Raja bagi menurunkan Najib daripada kerusi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, bertujuan menyelamatkan Malaysia.
Bukan sahaja rakyat di Kubang Pasu dan Kedah malah di mana mana pun seluruh negara yang dihuni oleh rakyat..! Ini kerana rakyat ada akal..! 
Hanya yang takde akal tetap istiqamah mengampu dan menipu..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

26 ulasan:

  1. Suka analisis ni

    BalasPadam
  2. Hot ~ ketaikan mahataik semakin kuat tu pasal semakin tak laku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko laku sgt ker bodoh?

      Padam
    2. Mahataik ok lg tapi Makan taik Jibby n Rosmah...lg hina......ha..ha...Jibby pasti akan tersungkur dgn hina...Skrg pun dah nampak....Tak berani bersemuka ngan wartawan......U akan ingat org yg u hina skgr ni bila Najib tersniukur dan kebenaran itu muncul....

      Padam
    3. Tanpa Nama 826.. keturunan tong taik mengomen.. cam haram

      Padam
    4. Bilamana Bank Negara telah mengesahkan salah laku IMDB, ditambah pula gelombang protes rakyat semakin hebat & laporan negatif setiap hari media2 perdana seluruh dunia, kedudukan Najib bagai kapal terumbang=ambing dipukul badai di tengah samudera yg luas.

      Padam
    5. Saya amat setuju dengan analisis Putera, Othman Ahmad dan FZL.

      Kalau seorang Pemimpin takut nak berdepan dengan wartawan, macammana nak mempertahankan Negara. Ucap MatSalleh? Takkan semua kerja kena guna WANG Rakyat.

      Padam
    6. 1mdb celaka..penasihat celaka...ceo celaka... BOD celaka... caicai lg la celaka

      Padam
  3. Najib sedang terperangkap.
    Utang 1MDB perlu dibayar, jadi mungkin lepas PRN
    Sarawak, akan ada snap election untuk PRU14. Sesiapa
    undi BN memang menepah nahas.
    Kalau parti Najib menang, bersedialah GST akan naik 8-10%.
    Oleh itu, bertindaklah sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak ulas pun biarlah logik sikit..ni ulasan paling bangang

      Padam
    2. apa yang tak logiknya.. pasal kalau PRU14 BN kalah sarawak akan jadi negeri pembangkang...

      Padam
  4. sesiapa yg menipu rakyat dan mereka yg menyokong penipuan ini walau apa kedudukan pangkat mereka adalah besar punya haram jadah......

    BalasPadam
  5. Sessp yg mrndokong pluralist/syiah/komunis adalah musuh islam dan murtad

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesiapa yg letakkan parti di hadapan dan agama Islam di belakang adalah... Lu fikirlah sendiri... Tak berani aku nak jatuh hukum.

      Elo Tanpa Nama 30 April 2016 9:51 PTG, tak teringin nak mohon maaf dari blogger ke? Hidup kamu bermodalkan fitnah ke? Ataupun mungkin 'FITNAH itu REZEKI' bagi kamu?

      Padam
    2. Pendapat seperti Anon 9:51 inilah yang menyebabkan Umat Islam asyik bertengkar, bergaduh dan akhirnya membunuh sesama sendiri. Yang untung adalah orang kafir yang hidup mereka jauh lebih aman dan sentosa.
      Mana tidaknya. Umat Islam akan beli lebih banyak senjata dan bahan peledak dari mereka untuk berbunuhan sesama sendiri. Jelas perbalahan Umat Islam, terutamanya di Timur-Tengah, telah memperkayakan 'musuh'.

      Bukan setakat senjata saja kta beli dari mereka. Mesin-basuh, seterika, HP, TV/Radio dan serba-serbi keperluan kehidupan kita tidak mampu reka dan buat sendiri. Itulah akibatnya bila kita terlalu utamakan akrirat dari dunia.

      Dengan WANG yang banyak, Kafir mereka-cipta senjata baru yang lebih hebat dan canggih. Pada masa yang sama, menguji keberkesanan senjata baru, bila mereka campur-tangan atau menyerang Negara Islam. Senjata lama yang obsolete dijual kepada Islam untuk menyerang dan membunuh sesama mereka sendiri atau pun untuk mereka mempertahankan-diri.

      Ketika umat Islam sedang menghadapi Zionist di Israel dan Amerika pula, dikalangan yang extremist (Taliban dan mungkin lebih kurang sama dengan Anon ini) 'menambah' musuh lain dikalangan penganut Buddha dengan mengebom Patong Buddha (2001) yang dipahat dari dinding gunung di Pergunungan Bamiyan.sebelum Kedatangan Nabi Muhammad SAW lagi.
      Akibatnya Umat Islam Rohinya(Mynamar) dan Uyghur(China) dicurigai dan menjadi mangsa tindak-balas.

      Kepada Zionist, Sunni dan Syiah sama saja, Islam. Kaum Sikh yang berserban pun menghadapi kesusahan di Amerika kerana disangka orang Islam. Mengapa perlu kita Kafir-mengakir sesama sendiri? Adalah lebih bijak, jika Sunni dan Syiah bersatu demi mempertahankan Umat Islam, terutamanya di Palestine.

      Patutlah Umat Islam sangat marah bila diperlekeh, diperbodoh dan dihina.

      Padam
    3. Kami tak penah kafir di orang Islam, tapi dengan sembayang pakai Batu kalbala ITU apakah ITU sunahkan oleh nabi Muhamma saw , apa apakah meletakan Ali lebih tinggil nabi tak salah lebih orang bukan nabi salah sisi Islam, ucap sahadah mesti menyebut nama Ali Itu bukan ajar oleh nabi Muhammad saw, kami juga bukan penyokong Isis mahu FSA Syria ITU, kami tahu bashar ITU suni kami kaji siapa bashar kesilapan beliau ADA berkawan syiah, Arab suadi berlawan yahudi amerika supot isreal sebab mereka ada yahudi amerika adalah sama kuam yahudi mana ADA kaum tak sokong kaumnya, tapi bashar ITU terpaksa bekawan dengan setan syiah di sebab Arab suadi lebih suka berlawan dengan yahudi amerika menbina isreal itu, kesilapan bashar gagal kekang golongan syiah memasuki Syria menyebarkan agama sesat syiah ITU menyebabkan rakyat meberontak, kami tahu bashar guna Iran untuk melawan isreal sebab di perlukan sekutu di tanah Arab dengan Bantu Iran isreal berjaya di halau di lubunan ITU gagal di buat oleh syria, lagi pun syria tak ada sekutu yg boleh percaya kecuai Iran dari negara Arab lain semua terpaksa bergantung pada yahudi amerika yg mereka telah kuasai pentabiran amerika ITU kekuatan kowangan yahudi tersebut.

      Jika anda lihat cara bashar solat seperti iman syafie

      Apa bashar buat ITU terpaksa berlawan setan walau dia tak suka sebab dia tak sekutu, sekutu bashar hanya rusia Dan Iran dikalangan negara islam,

      Semoga iman mahadi hukum agama sesat syiah itu, sebab sebab itu aku cakap peperang Syria peperangan bodoh disebab kan bashar kawan dengan syiah dia iktiraf kafar, bashar ITU tak penah solat guna Batu karbala, iman ikut bashar berimankan iman syafie. Mungkin orang cakap alawate ITU iman syiah tapi ia bukan iman syiah ia kaum arab macam dekat sini panggil bugis ia juga termasuk dalam suku melayu.

      Padam
    4. Bangla 1150..ko cite ape ni..?

      Padam
    5. Mungkin kerana terlalu banyak di'suap' dengan cerita karut-marut Agama, syaitan & iblis, tangkal & azimat, santau & saka, susuk & nasi-kangkang........Anon ini menjadi jumud dan hanya fikir dia saja yang betul.

      Mungkin, itulah sebabnya juga, anak-anak Melayu jadi penakut, lemah semangat, fobia pada tempat gelap, takut pada hantu dan syaitan dan kemudiannya terdedah kepada gejala hysteria.

      Mungkin terlampau banyak menonton TV3 & TV9.

      Padam
  6. Persaing sengit tun m telah mewakil team b pkr Dan mahu dalam umno mampukah tun m team b melawan anwar wakili team a dalam pkr
    Manakala team a dalam umno di wakili najib

    Team b ketua tun m dalam pkr
    Azmin
    Rafizi
    Tony pua

    Team b ketua Tun m team b dalam umno
    Mahnyuddin
    Syafei adal
    Mukhriz

    Najib berjaya menhapuskan pengangruh kekuasan anggap rijem umno

    Mampu wan Azizah mekekalkan kuasa nya Dan peraruh pkr dalam bayangan anwar dibawah kuasa nepotisma utara

    Mampukah tun m mempunyai kuasa nepotisma utara Dan kronismanya

    Tun m mula langkah kubang pasu

    Berdebat ikut fikir 'bukan ikut bontot orang Dan ketua masing2

    Team b tun pkr and umno vs anwar pkr team a vs najib umno team a


    Cerita seterusnya tun m turuskan langkah kumbang pasu untuk menjadi menjadi mukhzir sebagai MB Kedah balik dengan bertanding di sana ITU sahaja Cara tun m meneruskan nepotisma utaranya Dan kronismanya.

    Mampu tun m menjadikan anak nya sebagai PM ,mampu najib pertahankan rejem nya, mampu anwar keluar Dari bambo river dengan pertolong tun m yg pergunakan anwar ITU,


    sila ikut cerita seterusnya

    BalasPadam
  7. AQnon 826 komen macam bu...

    BalasPadam
  8. kita suruh para siamang, beruk, monyet, orang hutan, kera, dan seangkatan dgnnya perintah Malaysia, bagi manusia pulak rehat berpolitik supaya tak payah bergaduh berpanjangan.

    pemerintahan cara Planet of the Apes. amacam ok? Mat Sabu ada pengalaman dah, boleh jadi penasihat ...

    BalasPadam
  9. Apa apa pun ..najib masih lagi pm msia yg sah..sehingga pru14.. Seandainya selepas pru14..bn masih mguasai kerajaan psekutuan...maka najib tetap akan mrneruskam tugas dia sebagai perdana menteri..suka atau tkdak..kena terima kenyataam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak2nya bila tarikh luput komen recycle haprak kamu ni wahai Joe Labu?

      Setakat tu saja ke kebijaksanaan kamu?

      Cuba try combine dgn otak kat lutut kamu tu sama, kot boleh nampak cerdik sikit!

      Padam
    2. Satu lagi sifat MUNAFIK: ~ Yang menyangkal keredhaan Allah dgn menunjukkan bukti dunia.

      Kamu samakanlah apa yg Allah izinkan kepada Mohd Najib itu dgn apa yang Allah izinkan kepada LGE. Mungkin balasannya pun akan sama juga.

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam