Buat la apa pun..! Kerana yang Maha Berkuasa tetap ada..!
Kunta Kinte Diberhentikan Sekali Lagi
A Kadir Jasin
PEMBAHAS dan pembaca blog kita ini yang juga membaca Berita Harian (BH) mungkin telah biasa dengan pojok bertajuk Kunta Kinte Original.
Pojok mingguan itu adalah tulisan saya yang keluar pertama kali pada 25 Mei 1987. Ia bermula sebagai ruangan “Biar Putih Tulang” menggunakan nama pena Kunta Kinte. Pojok ini berterusan sehingga tahun 1997 apabila dihentikan oleh sidang pengarang BH.
Himpunan kedua pojok Kunta Kinte |
Ucapan ini merujuk kepada pengkhianatan Brutus terhadap Maharaja Rome, Julius Ceaser. Saya kata, Brutus dalam ucapan Dr Mahathir itu adalah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Masa itu BH, TV3 dan Kumpulan Utusan adalah penyokong tegar Anwar.
Selepas itu saya menulis Kunta Kinte dalam bahasa Inggeris untuk akhbar Business Times.
Kunta Kinte bermula tahun 1987 |
Pada tahun 2010 Pengarah Eksekutif NSTP waktu itu, (Datuk) Ahmad A Talib dan Pengarang Kumpulan BH ketika itu (Datuk) Mior Kamarul Shahid menjemput saya untuk menulis semula pojok Kunta Kinte.
Dalam tradisi persuratkhabaran Melayu, pojok adalah ruangan memuatkan kata-kata lucu, berseloroh dan berkias tetapi pedas serta menyindir.
Bagaimanapun nama pena Kunta Kinte telah pun “diambil” tanpa izin saya oleh seorang blogger. Jadi terpaksalah saya pinda sedikit menjadi Kunta Kinte Original bagi membezakan pojok saya daripada tulisan blogger yang mengambil tanpa izin nama Kunta Kinte.
Saya memilih nama samaran Kunta Kinte sempena watak Kunte Kinte dalam novel sejarah “Roots” oleh penulis terkenal Amerika Alex Haley. Kunta Kinte adalah putera seorang raja Afrika yang diculik dan dijual kepada pedagang abdi. Walaupun dia dijadikan hamba, Kunta Kinte tatap mengekalkan maruah dan martabat beliau.
Kunta Kinte abdi yang ada jati diri |
Pada hari Selasa 12 April, saya dimaklumkan oleh Pengarang Kumpulan BH, (Datuk) Mahfar Ali bahawa mulai minggu ini ruangan itu diberhentikan.
Jadi hari ini (Jumaat), kalau pembaca BH tidak menemui Kunta Kinte sebabnya adalah ia telah diberhentikan oleh sidang pengarang BH/NSTP.
Terima kasih kepada Ahmad A Talib, Mior, Mahfar dan semua kakitangan Jabatan Pengarang BH, dulu dan sekarang, yang terbabit mengendalikan Kunta Kinte sejak ia dimulakan pada 1987.
Seperti saya beritahu Mahfar ketika menemui beliau Selasa lalu, saya faham kedudukan beliau dan saya berterima kasih kepada beliau kerana cuba mempertahankan ruangan Kunta Kinte Original. Tetapi saya tahu ada kuasa yang lebih berkuasa yang “wahyunya” wajib ditaati.
Cuma seperti yang saya tulis dalam blog ini pada 11 April lalu, petugas media arus perdana (MAP) “...wajib ingat. Di penghujungnya yang penting adalah pengedaran akhbar mereka dan bilangan penonton saluran mereka. Kalau kerana menyokong Mohd Najib membabi buta dan mencaci Dr Mahathir tanpa batasan, pengedaran akhbar mereka dan penonton stesen mereka merudum, bukan sahaja mereka tidak dapat melindungi Mohd Najib malah periuk nasi mereka sendiri terancam.
Mereka harus sedar mengapa MAP yang begitu besar dan berusia, semakin hari semakin dikalahkan oleh media atas talian?”
Koleksi pertama pojok Kunta Kinte |
Sebagai penulis, saya juga terhutang budi kepada pembaca, khususnya mereka yang berjumpa dan menegur saya, kerana mengenali saya melalui ruangan Biar Putih Tulang/Kunta Kinte dan Kunta Kinte Original.
InsyaAllah kalau ada rezeki dan peluang saya atau Kunta Kinte Original akan bertemu pembaca di tempat lain. Itulah harapan dan iltizam saya sebagai penulis.
Wallahuaklam.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Contoh money laundering / rasuah:
BalasPadam1mbodoh --> company A --> company pulau C --> company B --> kononnya derma ke akaun peribadi mr.X --> mr.x pulangkan sebahagian derma sebab kononnya tak habis guna...padahal itu sebagai balasan utk cover pasal derma --> pemakan dedak haram melompat gembira..
Nampak tak? Kah kah kah
Contoh money laundering / rasuah:
BalasPadam1mbodoh --> company A --> company pulau C --> company B --> kononnya derma ke akaun peribadi mr.X --> mr.x pulangkan sebahagian derma sebab kononnya tak habis guna...padahal itu sebagai balasan utk cover pasal derma --> pemakan dedak haram melompat gembira..
Nampak tak? Kah kah kah
KD,
BalasPadamAku rasa menyindir ini boleh bagi depa yang terpelajar dan yang tak makan dedak Najib Cash Is King. Yang makan dedak tak peduli, buat nohe saja, kata orang Bota, di tepi Sungai Perak.
Jadi, untuk dapat lebih kesan, aku rasa bagus tak payah tulis cara menyindir. Hentam saja cara terus menerus. Supaya yang kurang terpelajar pun boleh paham dan bual di kedai kopi dll.
Itu lah cara Najib merintah dengan kuku besi, nak menentukan terus pegang kuasa. Guna kuasa bagi menghalang dissent atau bangkangan.
BalasPadamDia amat gobar. Mangkin bertambah rakyat dan pengundi tak sukakan nya dan jugak bini nya. Dah tu berdentum skandal 1MDB dan RM2.6 bilion dalm ekaun2 bank nya.
Masa Spore lesenkan so-called news portals, Najib tak mahu buat gitu, Nak nunjukkan dia liberal konon. Tapi tak lama yang lalu, dia ban Malaysian Insider, block Malaysia Chronicle, dll. Banyak link yang keluar "Error 404 .. Page Not Available" dsb nya.
Tangan Ghaib si Najib ada di mana mana.
hidup najib, perdana menteri terbaik
BalasPadamLagi lama Najib di jawatan PM, lagi tipis peluang UMNO nak menang di PRU14.
Padampemerintahab kuku besi...biar betul .kalau najib perintah kuku besi , saya pasti admin lah org pertama masuk jel..banyak benar makan dedak mantan pm tu
BalasPadamPut this into your head Kejora Liberal (9:54)......
PadamNajib tidak akan keseorangan apabila keadilan bakal ditegakkan kelak. Dia tidak akan bersendirian menerima akibat perbuatan khianat terhadap negara dan rakyat Malaysia. Akan ada mereka yang beliau akan heretkan sekali, ini pasti termasuk kamu.Ramai akan dihadapkan ke muka pengadilan nanti. Tidak ada seorang pun yang akan terlepas.
Yang bersalah bersekongkol dan bersubahat dengan Najibul Bullshit akan menanggung padahnya. Mereka ini termasuklah anggota Kabinet, ahli Majlis Tertinggi Umno, ketua-ketua bahagian Umno dan kakitangan awam pangkat tinggi macam Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan dan ahli lembaga pengarah eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Tabung Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang terlibat dengan 1MDB, “derma” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib dan kebocoran RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. (Kamu juga tak akan terlepas, aduhai Kejora Liberal Munafik).
Secara perseorangan atau berkumpulan mereka akan disiasat dan jika ada bukti akan dituduh di mahkamah. Yang akan menerima padah paling buruk adalah kakitangan awam dan eksekutif GLC.
Yang kau boleh pasti ia lah Najib tak akan jadi macam Idi Amin Presiden Uganda yang makan orang dulu tuh. Atau jadi Robert Mugabe yang bikin ekonomi Zimbabwe macam tahi. - bawak berbakul wang tunai ke pasar dapat 2 biji telor dia.
PadamTapi kot tak jauh sangat beza Najib dengan depa. Hutang 1MDB dah RM50 bilion, tak tahu apa akan jadi kpd 5oo ekar "prime State land" bekas Lapangan Terbang Sg Besi yang Bumiputera sepatut nya dapat sekurang2nya 30%.
Najib kasi dedak kpd Ketua Bahagian UMNO RM1, 2 juta. Kamu dapat berapa? Ada seposen ke?
Saya setuju "Biarlah Takut Bertempat". Takut hanya pd Allah SWT. Takut akan siksa kuburNYA. Takut akan api neraka jahanamNYA. Takut tidak mendapat limpah rahmat & kurniaanANYA.
PadamTapi BUKAN TAKUT macam Najib yg asyik lari dari menjawab soalan; dan juga BUKAN TAKUT macam Kejora Liberal yg takut mendedahkan nama & identiti & menjawab soalan2 saya.
Ayat Shakespeare dalam Julius Caesar yang berbunyi “Et Tu Brute” (“Engkau juga Brutus”) mengembalikan kenangan semasa saya menduduki peperiksaan Senior Cambridge kira2 50 tahun lalu. Ianya membantu saya mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran literature. 'Et Tu' berasal dari perkatan latin yg diterjemahkan 'kamu juga' atau dalam bahasa Inggeris 'you too'. Dalam babak ini, Brutus telah menikam Julius Caesar (sahabat dan orang kanan J. Caesar) atas hasutan Cassius yg dengki terhadap kejayaan J. Caesar. Ayat 'Et Tu' terungkap oleh Julius Caesar ketika beliau di ambang maut dalam keadaan tidak menyangka sama sekali bahawa sahabat karibnya itu pun turut dalam konspirasi untuk membunuhnya.
BalasPadamLaporan terbaru dari Sarawak Report:
BalasPadamWhy Did Najib Give Sarawak's Bustari Yusof A Million Ringgit?
17 APR 2016
Najib paid his golf buddy a million ringgit, according to investigation papers
Najib paid his golf buddy a million ringgit, according to investigation papers
One of the as yet unreported recipients of Najib’s cash, according to the papers released to ABC Australia’s Four Corners programme, was the Sarawakian mover and shaker Bustari Yusof.
He received a million ringgit from the money that found its way into Najib’s personal account from the 1MDB subsidiary SRC.
People who are currently being gifted with water butts and maybe RM50 per family as bribes to vote BN in the coming election might think this is a lot of money.
But, in fact, it is nothing to either the billionaire Najib or the billionaire Bustari. The former plainly just wasn’t prepared to pay his pal out of his own money, so he used the KWAP pension fund, sourced through SRC, into his own account.
Far more serious than even this outrage, however, is the new evidence obtained by Sarawak Report that Bustari’s companies have been positioned by his friend Najib to leach out billions more public money, not only from the RM27 billion allocation to the Pan Borneo Highway, but even more shockingly from Sarawak’s under-funded public health services, which have been recently restructured to give Bustari a fat cut.
Maaf aku tak dapat copy-paste semua...
You know what, bro QQ? This is OUTRAGEOUS & OUTRIGHT CORRUPTION/EMBEZZLEMENT of public funds....!!!!!!
PadamDoes it include outraging their modesty? I mean their honesty? I mean... whatever lahhh...
PadamYang pasti Kejora Liberal pakai modest sebab takut menyahut cabaran dan menjawab2 soalan2 saya sampai kini? Ok buddy?
PadamSalam Perjuangan.
Agak2 nya raja kt tanah Melayu ni takut ker dgan ajibngok atau diaorang sama perangai dgan kb umno asal campak habuan jer ,apapon bole....agak2 ktua polis , panglima tentera takut dgan Raja ker atau takut dgan ajibngok
BalasPadamMudah-mudahan tidak begitu. Contoh terbaik...DYMM Sultan Johor & Perak .
PadamSetahu aku Najib bukanlah pengkhianat.Najib tidak mengundang campurtangan asing sebalik nya Najib membawa masuk pelaburan asing yg memberi puluang kerja kepada rakyat.Biasalah pelaburan asing membeli aset negara seperti pelabur kita yamg membeli aset dinegara lain.Tak semestinya aset yg dibeli aleh pelabur asing negara telah tergadai.Begitu juga jika pelabur kita .embeli aset dinegara asing bukan bermakna kita telah memilik negarakan aset tersebut.Ini adalah salah satu didalam prinsip ekonomi sahaja.Dengan kedudukan ekonomi dan ringgit yg semakin mengukuh kredit harus diberikan kepada pm Najib dan pasukanya.Kepada tun M dan pencacai sedarlah anda prinsip ekonomi akan berubah mengikut masa jika dahulu dasar2 ekonomi yg diterapkan berjaya contohnya mengikat matawang ringgit dgn us dollar tetapi pentadbiran Najib mengikut haluan tersediri dgn mengapungkan ringgit.Dengam asas ekonomi yg teguh dan harga minyak yg semakin setabil prinsip yg diterapkan oleh pm Najib dn team nampaknye berjaya tampa kita kehilangan wang ringgit ini kerana jika ringgit ditambat kepada us dollar kerajaan terpaksa membuat diposit berdasarkan nilai us dollar.
BalasPadamSelama 7 tahun Najib mentadbir negara...
BalasPadam1. Berapa bayak pelabur asing masuk, berapa jumlah pelaburan keseluruhan, berapa banyak peluang pekerjaan dapat dinaikmati oleh rakyat jelata?
2.Siapa & kenapa Najib melantik APCO sebagai Juru Perunding/Consultant di Putrajaya?
3. Siapa itu Goldman Sachs & kenapa Najib sanggup bayar US$500 juta, memberi lesen & mwmbenarkan Goldman Sachs beroperasi di sini?
4. Tahukah kamu tindakan TDM mengikat Ringgit Malaysia ketika krisis kewangan Asia dikagumi oleh pakar2 ekonomi dunia & sekarang menjadi bahan mata pelajaran di universiti2 di merata dunia? (Ya...Najib kamu juga pakar pelingkup ekonomi negara yang kini tersohor diperkatakan orang dari setiap penjuru bumi dgn stragei 1MDBnya).
Kejora Liberal...
PadamIf you have anything good about Najib, please write in the appropriate manner like what I did for TDM shown below.
In his twenty-two years as Prime Minister of Malaysia Dr Mahathir Mohamad transformed his country from an agricultural backwater into an industrial powerhouse that would become the seventeenth-largest trading nation in the world. The world praises Mahathir for realizing the flaws in the IMF prescribed policies of cutting government expenditures during recessions and restoring the banking system with government funds. In comparison with Philippines and Indonesia, the Malaysian economy recovered quickly from the crisis in comparison with Gross Domestic Product (GDP) based on Purchasing Power Parity terms recovering by the year 1999.
He is best known as inspiring, courageous and an outspoken defender & spokesman of the downtrodden, the Third World, and moderate Islam.
I end up my note to say with full regret that Najib is so obsessed of 'RM' that makes him under the spell of not Ringgit Malaysia, but Rosmah Mansor.
Tahniah kedah 2 vs JDT 1...malu sungguh macai boboi botak.... stadium penuh.. boboy botak momok mudah lupa ada 1 booth luar stadiom... booth deklarasi rakyat.... kah kah.. bila la nak kutip tandatangan 1 juta...kahakk puiiii...
BalasPadamAdat perlawanan ada kalah, kami terima dgn tangan terbuka. Kita tunggu & lihat perlawanan timbal balik (return match) nanti bermain di Stadium Larkin, apa kesudahannya dgn Kedah hanya berbekal 1 gol advantage saja.
PadamAku orang Kedah, kena sokong Lang Merah. Tapi bukan bermakna aku sokong Mat Bashah si penyamun tu. Orang takdak akai saja yg nak bungkuih semua masuk satu guni, nak camdek orang yg tak sehaluan.
PadamKami tak sokong MB yg tak beradab ni. Tapi kami tak sabotaj segala ekonomi, sukan dll hanya kerana nak jatuhkan Mat Bashah. Mai PRU14 nanti sahih Mat Bashah kena bungkuih.
Klau lah boleh bungkuihkan mat Basha sabelom PRU14, kalau tak, jahanam UMNO.
PadamTu pasai kena bikin Najib undoq atau di gantikan awai sebelom PRU14 supaya Mat Basha boleh basah kuyup habih.
Setuju sangat. Apa pun kena bungkuih Mohd Najib dulu. Sebelum PRU14 awal2 lagi kena bagitau rakyat Kedah Mat Bashah akan dipencenkan, baru UMNO/BN dapat bertahan. Insyaallah.
Padam