Jumaat, 29 April 2016

1MDB ~ Bukan Terurai...Makin Terbelit..!


Layan...

Laporan PAC timbulkan lebih banyak persoalan

Pendedahan yang dilakukan oleh Presiden/Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang tidak menolak kemungkinan ada penipuan besar-besaran berlaku dalam syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu bakal merumitkan lagi isu berkenaan.  

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berpendapat, perhatian pasti terhala ke arah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sebelum ini membentangkan laporan sebaliknya.

“Ia pasti akan bertambah rumit. Isu hutang yang perlu dibayar mendapat perhatian semua. Jadi apa yang disebutkan oleh ramai ahli politik, termasuk ahli PAC, bahawa isu 1MDB telah selesai nampaknya tidak tepat.

“Laporan PAC mengenai pengurusan 1MDB yang dibentangkan sebelum ini pasti dianggap tidak menyeluruh, malah, timbul lebih banyak persoalan lain,” katanya.

Menurutnya, isu berkenaan masih penting kerana rakyat mahu tahu kebenaran, termasuk persoalan seperti kenapa laporan 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Banyak persoalan akan terus timbul, malah mereka yang memberi perhatian terhadap isu ini akan menanti sehingga persoalan mengenai siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam isu hutang 1MDB, terjawab.

“Saya juga percaya lebih banyak konflik akan timbul selepas ini apabila satu persatu isu lain timbul oleh mereka yang terlibat dengan 1MDB dan perhatian pasti diberikan kerana akhirnya 1MDB adalah tanggungan kerajaan juga,” katanya.

Kertas takkan mampu membungkus api..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. Yang Pastinya Najib akan terbelit sama.

    BalasPadam
  2. Punyala najip losmah nk belit duit negara melalui 1mdb akhirnya leher sendiri terbelit!...Aamiin...

    BalasPadam
  3. Saya benar-benar berharap mereka dapat mengaturkan beberapa pertemuan dengan beberapa orang Arab dari Semenanjung Arab sehingga ke Afrika Utara bagi mengumpul dana sebanyak mungkin untuk menyelesaikan masalah ini.

    BalasPadam
  4. Najib suci murni ma..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PERTAMA kali terjumpa orang yang suci murni dan diagung2kan oleh pemakan dedaknya bahawa dia suci murni TETAPI kantoi menipu, takut dan tak tahu! kah kah kah

      Padam
  5. Mari kita renungkan mengapa tetiba ular semalaysia mengamuk dan mengganas, semua adalah kerana mereka sendiri terasa malu dan terhina kerana gelaran sepanjang zaman buat mereka iaitu pakar belit telah diambil alih oleh Arul Kanda dan keseluruhan keluarga 1MDB. Setiap saat ada sahaja putar belit baru yang dikeluarkan.

    BalasPadam
  6. 307 ..analogi bodohh...

    BalasPadam